Wednesday, September 17, 2014

Review: A Million Ways To Die In The West

Tahun Terbit | 2014
Pengarah | Seth McFarlane
Pelakon | Seth McFarlane, Liam Nelson, Charlize Theron, Amanda Seyfried

Satu benda yang buat korang nak tengok filem ni pasti pasal Liam Nesson kan? Of course la! Maklumlah, pelakon yang dah pernah berlakon jadi tuhan, jadi hero kepada family, dan juga telah berjaya solve misteri dalam kapal terbang ni belum pernah pegang watak komedi sepanjang kariernya. Justeru, menonton A Million Ways To Die In The West memberi kita peluang nak judge mamat ni sama ada dia ni pandai melawak atau tak. 

Yup, sangatlah lawak bila Liam Nesson cuba untuk menjadi pak lawak. Ianya tak menjadi langsung. Namun, sekurang kurangnya, dia sudah berjaya memberikan satu lagi sisi baru lakonannya. Dia masih agak ‘gagah’, ‘arrogant’ dan kurang ‘longgar’ untuk komedi. 

Filem arahan Seth McFarlane ini, yang mana sebelum ni dikenali kerana mengarahkan filem Ted ni adalah filem santai. Filem ni sangatlah kosong, tidak bermoral, dan hanya nak buatkan penonton lihat, santai dan tu je. Tak ada apa yang membuatkan filem ni untuk diperbincangkan. Ah, lebih kurang macam Scary Movie, yang just bercerita macam ular kena bedal. Tak ada arah tuju yang sempurna. 

A Million Way To Die In The West ni mengikut watak Stark, atau nama penuhnya Albert Stark, si pengembala yang pengecut. Perjalanan hidupnya, dari dipermainkan kekasihnya, hingga dia bertemu si gadis cantik misteri, Anna adalah premis cerita. Perkara paling besar yang Albert Stark tak pernah tahu ialah, Anna ialah isteri kepada penjenayah besar, Clinch. 

Dengan cerita yang simple dan mudah, filem ni menekankan komedi yang sangat dewasa dan tidak sesuai untuk golongan muda. Seperti anda menonton Ted, macam tulah ragam filem ni. Sangat rude, namun untuk golongan dewasa, ia mungkin menghiburkan. 

Aku rasa, membandingkan editing filem ni dengan Scary Movie ialah wajar. Filem ni punya editing yang sangat simple dan nampak murahan. Pendek kata, editingnya kadangkala mengurangkan logika, dan menjadikan filem ni nampak kurang berkualiti. A Million Ways To Die In The West terlalu santai dan ringan dalam kerja suntingan. Sangat mengecewakan! 

Kalau nak kata komedinya kelakar, aku rasa tidak sangat. Namun, ada juga satu dua part filem ni yang mampu buat aku ketawa. Jadi, aku kira lawaknya ok. Boleh diterima. Mungkin aku kurang biasa dengan lakonan Seth McFarlane yang nampak sangatlah terlalu jadi diri sendiri. Maklumlah, dia pengarah, dialah pelakonnya. 

Tapi, aku tak nafikan yang skor filem ni sangat best! Joel McNeely membuatkan filem ni kelihatan seperti filem koboi Walt Disney untuk orang dewasa. Ada roh yang sangat pelik bila bergabung dengan filem yang berada di tempat yang salah, pada masa yang salah ini. Musiknya antara yang menjadi kegemaran aku untuk filem ni. 

Totally, sederhana. Tak kelakar sangat, ringan dan weird. Aku tak janjikan yang filem ni mampu puaskan semua orang. Tapi, aku rasa, bagi yang nak rileks otak, jauhkan kanak kanak, dan layan filem ni. Kalau bosan, terus tidur. Kalau best, layan sampai habis. Jangan rasa pelik dengan gabungan elemennya, sebab awal filem ni dah cakap filem ni ‘at the wrong place, and at the wrong time’! 

3/5

No comments: