Friday, September 12, 2014

Review: The Maze Runner

Tahun Terbit | 2014
Pengarah | Wes Ball
Pelakon | Dylan O'Brien, Will Pouter, Kaya Scoledario

Nampaknya, banyak filem sekarang menumpukan sasarannya kepada young adult. Adaptasi novel trilogy bacaan orang muda diadaptasi bergilir gilir. Ada yang gagal, ada yang menyerlah. Dari siri Divergent, Twilight sehinggalah Mortal Instruments, semuanya ada naik turun. Hunger Games tidak ketinggalan. Dan, The Maze Runner adalah adaptasi terbaru untuk percubaan. 

Sebelum filem ni ditayang di panggung, aku sangat skeptical tentang kejayaan filem ni. Membandingkan filem ni dengan The Hunger Games tidak mampu dielakkan. Yalah, konsep ‘game’, ‘setting yang dicipta’, dan isu yang hanya wujud dalam dunia itu saja adalah idea yang mirip dan lebih kurang. 

Selepas menonton, aku tak nafikan yang filem ni ada auranya yang tersendiri. Filem arahan Wes Ball, yang mana menjadi filem full length pertamanya, so far, lebih baik dari The Hunger Games. Casting yang sempurna untuk sebuah cerita yang simple dan menarik menyebabkan filem ni kelihatan macam Resident Evil untuk young adult dengan rencah Lost! Ceritanya dipenuhi dengan aksi yang padat dan cemas dan cukup kuat untuk menarik golongan dewasa untuk menontonnya juga. 

Namun begitu, filem ni tidak mampu menyajikan sebuah drama dystopian yang baru. Cara ceritanya dihidupkan, sebenarnya hanyalah cara biasa. Tiada sesuatu yang menakjubkan dalam aspek itu. Namun, misteri ceritanya, sempurna. 

Walaupun filem ni dibarisi casting muda yang mungkin tak ramai kenali, dan ada yang hanya dikenali melalui siri tv, gabungan mereka membentuk sebuah filem yang segar. Watak Thomas lakonan Dylan O’Brien boleh dipuji. Malah, Blake Cooper sebagai Chuck antara karakter yang menambat hati. 

Aku tak nafikan yang filem ni sedikit lambat rohnya dan kadangkala longgar dalam beberapa perkara termasuk the maze itu sendiri. Namun, aku tak rasakan ianya satu perkara yang mengganggu kerana ada sisi lain filem ni yang masih menarik untuk disaksikan. 

Pengarahan Wes Ball jelas berjaya mengupgrade filem ni daripada menjadi filem young adult biasa. Aksinya sangat menjadi. Garapan screenplay Noah Oppenheim dari tulisan novel James Dasher ini sangat menjadi walaupun aku masih rasakan persoalan kenapa the maze itu diwujudkan untuk gladers adalah persoalan yang perlu diperjelaskan dengan lebih besar. 

In the end, filem ni sebenarnya satu permulaan. Berakhirnya filem ni bakal menentukan sama ada korang akan terpaut untuk saksikan sekuelnya atau tidak. Pada aku, aku dah terpaut. Ternyata tidak mengecewakan. The Maze Runner bakal menyaksikan satu lagi filem yang bakal diikuti oleh peminat novelnya. Dan untuk tahun ini, aku pilih filem ni untuk menjadi filem young adult terbaik di hati! 

Jujurnya, benda yang paling aku suka tentang filem ni ialah maze itu sendiri. Tanpa maze tu, The Maze Runner akan jadi filem biasa.Sekuelnya nanti, aku fikir adakah auranya akan sama kerana filem ni sudah menghampiri gaya Resident Evil dan meninggalkan maze yang menjadi satu faktor penting untuk filem ni. 

4/5

3 comments:

The Maze Runner said...

Selepas ingatan dipadamkan, Thomas berada bersama Komuniti 60 Remaja lelaki. Mereka terperangkap dalam sebuah Kota Sesat. Tiada cara untuk melarikan diri. Situasi memerlukan mereka bekerjasama. Tapi Ending dia.. emm happy ending la

Cyntha Kirana said...

Ending dia msh trgntung lgi...nak thu ksdhan itk next filem...love Dylan O'brien a.k.a Thomas...hihi...enjoy flem ni...

Asip Travel_Er said...

bg sye bro,, ini filem yang bagus,, banding hunger games, divergent (mcm vitagen),, post-apokalip movie ni,, misteri,,, keseluruhan jalan cerita terbaik,, sbgai orang yang hilang ingatan,, penemuan benda baru sesuatu yg akan dicari,, action pump-in dari hunger games byk ckp,, sedap tgok Battle Royale lg,, novel maze runner ade 4,,, sbb xpenah baca,, tau buku die, nak tgok ape terjadi selanjutnye,, sedap tgok dalam filem.. haha