Sunday, September 28, 2014

Review: Adnan Sempit Sawadikap

Tahun Terbit | 2014
Pengarah | Ismail 'Bob' Hashim
Pelakon | Shaheizy Sam, Along Champ, Yana Samsuddin, Intan Ladyana

Aku kategorikan filem ni sebagai satu pembersihan imej Adnan Sempit yang sangat sangat menarik untuk disaksikan. Orang orang di sebalik filem yang sangat dikenali dengan naik turun jatuh bangunnya berjaya menyadurkan sebuah persembahan Adnan Sempit yang fresh dan sangat baru. Umpama sebuah reboot yang berjaya memansuhkan kesempitan Adnan Sempit dalam cerita ceritanya yang makin lama makin bodoh! 

Mengasingkan Intan Ladyana dan Yana Samsuddin dalam filem ni sangat bijak. Adnan Sempit berfokus, dan memberi peluang untuk filem ni tidak menjadi bodoh seperti filem filem lepas. Walaupun filem ni dikenali dengan lawak yang similar bagi filem filem sebelumnya, aku rasa filem ni ‘pengurangan lawak cliché’ itu ada walaupun sisa sisanya masih menjengkelkan. 

Aku tak nafikan Ismail Bob Hashim berjaya memberikan Shaheizy Sam satu peluang untuk menyatukan jiwa 8 Jam ke dalam Adnan Sempit. Filem yang bersetting di Thailand ini ternyata punya aksi maksi yang sangat memuaskan, ditambah pula dengan komedi yang aku katakan sebagai menyegarkan mata memandang. 

Menyaksikan adventure Along Raja Lawak dan Shaheizy Sam dalam filem ni seperti menonton sebuah filem buddy yang boleh tahan hebatnya. Malah, gelagat mereka disulam dengan ‘serius’ dan cantek walaupun aku masih mual dengan English broken yang Adnan tuturkan. 

Aku puas hati dengan filem ni sebab adventurenya sangat berjaya walaupun ya, korang masih akan rasa filem ni masih kadangkala ada sisa sisa yang tertinggal. Upgrade seperti lumba tuk tuk dan aksi belasah belasah yang cantek dan boleh tahan, bersama dengan adegan berangan yang berjaya membuatkan filem ni ada hiasan yang menarik. 

Ceritanya ada cerita. Tak hanya berfokus pada babak dan kekosongan untuk mengisi cerita. Kejutan yang menjadi, dan semua persembahan yang memukau (untuk kategori filem Adnan Sempit sahaja) membuatkan aku rasakan filem ini antara filem Adnan Sempit paling best dari segala galanya. Komedinya ringan, ceritanya bagus, dan aksi padatnya antara bonus yang perlu diberi perhatian. 

Tidak dinafikan permulaan filem ni seperti biasa, sangat hambar, namun aku rasa baik menunggu untuk kisahnya yang sangat lain dari Adnan Sempit dahulu. 

Adnan Sempit Sawadikap berjaya mengembalikan maruah filem ni. Sepatutnya, inilah sebuah Adnan Sempit yang harus diukir dari dulu. Namun, takpe, timbul juga kekuatan filem ni yang aku kagumi. Terpulanglah pada orang lain. Pada aku, aku enjoy dan bergelak ketawa dengan filem ni walaupun ya, kau akan lihat Shaheizy Sam seperti kurang menjadi sekali sekala. 

4./5

No comments: