Friday, August 15, 2014

Review: The Expendables 3

Tahun Terbit | 2014
Pengarah | Patrick Hughes
Pelakon | Sylvester Stallone, Arnold Schwarzennegger, Jason Statham, Mel Gibson

Walaupun kali ini, filem yang dibintangi pelakon veteran Stallone ini bakal menggabungkan pelakon yang lebih ramai daripada gabungan superhero dalam The Avengers, filem ketiga The Expendables ini sebenarnya tidak mampu berganjak dari apa yang dikatakan sebagai biasa. Filem ni ada sesuatu yang baik, namun, garapannya tidak mampu untuk memberikan sesuatu yang lebih baru dari pembaharuan ‘gabungan’ pelakon sedia ada. 

Aku akui yang dengan membandingkan The Expendables 2 dengan yang ini, filem ni lebih yakin dalam membina naik turun ceritanya. Dalam filem kali ni, Patrick Hughes yang mengambil kerusi pengarah dari Stallone nampaknya memberikan sesuatu yang lebih gelap. Dari permulaan filem, hinggalah habis filem, kita disajikan dengan set set yang melambangkan total catastrophe yang bakal disajikan. 

Malah, filem ni, yang mana dibintangi jejaka jejaka pojaan dunia ini, seperti Stallone, Schwarzennegger, FordStatham, Gibson dan ramai lagi ini sebenarnya amat berani untuk membentuk sebuah renunion caranya tersendiri. The Expendables 3 adalah satu tribute pelakon pelakon aksi veteran yang sangat mengujakan dari auranya. 

Malangnya, kalau nak dikatakan daripada keseluruhannya, apa yang apPatrick Hughes bagi hanyalah sedikit daripada segala galanya. Filem ketiga ini nampaknya kelihatan jelas seperti sebuah filem gred B yang mempunyai pelakon gred A. Garapan pengarah ini memberikan rasa yang agak kaku, tidak memberi peluang untuk merasa aksi dengan lebih dalam, dan tidak berjaya membawakan sebuah jiwa yang baru. 

Filem ni yang lebih nampak bersifat peribadi, yang bertitik tolak dari keputusan Barney setelah berjumpa Stonebanks nampak dipenuhi emosi jejaka yang pada aku sampai. Namun, apabila pemberatannya lebih kepada aksi lasak yang dilakukan pelakon yang ramai, filem ni tak ubah seperti sebuah permainan video yang dikawal oleh Patrick Hughes. Tak ada cerita yang tough, yang ada hanyalah aksi yang lasak dengan CGI yang lemah! 

Tabik spring kepada Antonio Banderas dalam lawaknya yang mampu memberi rasa baru. Namun, aku masih rasakan karakternya tidak mampu menampung banyak kelemahan filem ni. Paling ketara, ialah dialog dan ceritanya yang mendatar. Tersangatlah mendatar sampaikan apa yang aku nampak, hanyalah sebuah filem yang tidak ber’getar’. Macam drive di jalan rata. Tanpa rasa tapi seronok. 

The Expendables 3 sebenarnya cuba untuk membawa generasi baru, dalam sinisnya Stallone sebagai penulis cuba untuk berkata ‘jom, akhirnya dah sampai masa untuk kami bersara’. Tetapi, mereka akhirnya berkata ‘no lah, kami tua, tapi kami masih mampu beraksi!’. Dan itulah apa yang anda akan dapat dengan The Expendables 3. 

Ok, pada aku The Expendables 3 hanyalah sebuah filem aksi yang walaupun letupannya gah, namun hanya mampu digelar filem Gred B. Penataan Patrick Hughes amatlah tidak mampu untuk memberikan filem ni kekuatannya yang tersendiri. Mungkin bagi peminat filem aksi, aku rasa seronok melihat reunion berganda dalam filem kali ni. Dan disebabkan itulah, aku rasa pejam mata sebelah lah melihat plot yang digarap dengan mendatar itu. Biarlah reunion menjadi reunion. 

3/5

No comments: