Tuesday, August 5, 2014

Review: CEO

Tahun Terbit | 2014
Pengarah | Razaisyam Rashid
Pelakon | Beto Khusairi, Remy Ishak, Christine Suzanne

Kau tahu, filem ni lebih cun dari Karipap Karipap Cinta, lepas dapat tahu yang penulis novel catchy tu yang menulis skrip cerita ni. CEO nampak macam kelibat filem biasa yang tak ada taring, tapi sekali layan baru aku dapat rasa yang filem ni dibikin oleh orang yang benar benar tahu tentang filem. Ada kuasa yang menunjukkan filem ni seharusnya menjadi ‘cikgu’ kepada filem lawak popular Adnan Sempit. Ya, inilah cikgu kamu, ‘Adnan Sempit’. 

Itu cina punya filem, yang ada itu Shaheizy Sam punya pelakon, sama itu Yana Samsudin, seharusnya menjadi sebegini. Inilah yang dikatakan sebuah komedi yang benar benar tahu komedinya. Tidak slapstick, tidak mengada ngada, cukup rasa, dan permainannya nampak ringan tetapi boleh terapung dengan situasi yang santai. CEO sah sebuah filem komedi yang punya kelainan, dalam ayat biasa. Ayat aneh sikit, macam coklat Cadbury. 

Bijak, kelakar, dan inovatif. CEO membuktikan yang filem korporat mampu menerima layanan komedi cara mereka. Apa yang Adnan Sempit 3 buat, tak silap aku, hanyalah macam hingus meleleh. Dan CEO, dah lap menjadi wajah yang centik. Filem komedi korporat yang tahu apa yang seharusnya diberi, tahu seharusnya penonton mahukan. Tahniah, Razaisyam Rashid. 

Kau tahu, Remy Ishak tidak berada pada tahap meluat seperti dalam Cun. Gayanya, cukup cukup rasa, lawaknya pula ada feel, dan tahniah pada skripnya yang bagus, beserta juga dialog yang sangat kena. Beto pula, amatlah cantik karakternya, dengan lakonannya yang selamba bersama gandingan gigirlnya Christina Suzanne, memberikan satu rasa kebudak budakan yang kena gaya. Bulls eye! 

Bagi yang rasa tak percaya, filem CEO hanyalah filem yang simple. Cerita si kaya jadi si miskin tetiba. Si miskin pula jadi si kaya tiba tiba. Dua kehidupan yang pada masa yang sama mengungkap sebuah perjalanan hidup. Dan cerita ini mengingatkan aku kepada filem Hollywood yang ringan dan tidak memerlukan kita untuk pecah kepala tetapi mampu untuk pecah urat perut untuk ketawa dengan gayanya. 

Aku tak nafikan, setiap babak dalam filem ni tidak ada pun yang macam bawang goreng yang sengaja ditabur atas nasi goreng untuk sengaja kasi hiasan. Setiap babaknya, ada lawaknya tersendiri. Berantai pula tu. Dan ianya pertama kali aku gelak, hanya dengan menonton lawak yang berulang ulang tapi dalam situasi yang berbeza. 

Oh, jatuh cinta dengan filem ni. Alangkah baiknya kalau filem macam nilah yang menghiasi industry. Ini lawak yang tidak kosong, tidak syok sendiri, dan tenang dalam penyampaiannya. Oh, CEO, ruginya tidak menonton di pawagam! 

Adnan Sempit dengan sedikit sentuhan yang mengingatkan aku kepada Hollywood dan French! Itulah CEO. Dan aku tak rasa bersalah jika aku kata, siapa sajalah yang memegang genre komedi, dan sedang membikin filem komedi yang syok sendiri untuk ditayang dipawagam, untuk belajar dengan mamat yang bikin filem ni. Karya ringan, komedi yang cantik. Ternyata, komedi yang seringan ini, bukanlah diambil ringan ketika skrip dibikin. Tahniah untuk CEO! 

4.5/5

No comments: