Wednesday, July 23, 2014

Review: The Family

Tahun Terbit | 2013
Pengarah | Luc Besson
Pelakon | Robert De Niro, Michelle Pfeiffer, Tommy Lee Jones

Filem ni lebih dari sekadar keluarga mafia. Ianya menghiburkan. Punya sisi sebuah filem keluarga yang sempurna. The Family yang juga dikenali sebagai Malavita ini seperti sebuah filem yang meriah dengan warna rasa. Ada sedih, cinta, sayang namun ada komedi, aksi dan gangster. Aku tak dapat nafikan yang aku jatuh cinta dengan filem ni walaupun aku rasakan peluang menonton filem ni datang agak lambat dari perancangan. 

The Family bukan filem family biasa. Ianya bercerita tentang gangster. Namun, Luc Besson melalui adaptasi asal novel Tonino Benacquista ini menceritakan sisi keinsafan gangster, dan halangan halangannya. Bak kata pepatah, sekali jadi gangster, maka selamanyalah kita akan jadi gangster. Maka, apa yang bakal korang saksikan ialah kisah keluarga Manzoni yang berhadapan dengan situasi sukar apabila kisah lampau masih mengejar. 

Keluarga Manzoni terpecah kepada empat. Keempat empat ahli keluarga ini, si ayah, si ibu, si gadis dan si anak lelaki mempunyai cerita mereka sendiri. Kita akan dibawa menyusuri empat kisah yang punya lifenya yang tersendiri. Namun, pada masa yang sama, kes besar yang lead kepada main event dalam filem ni tidak dilupakan. 

Luc Besson selaku pengarah tidak melayan filem ni seperti sebuah filem biasa. Kisah ini disulam dengan kekeluargaan, yang pada aku agaklah pelik kalau disebatikan dengan genre gangster. Namun, itu yang terjadi. Ianya menyuntik emosi, tentang cerita untuk menjadi baik namun tidak semua niat untuk berubah itu mampu membuatkan kita berubah. 

Pendek kata, aku gemarkan The Family secara peribadinya. Ianya tidak membawa gaya gangster yang dark dan ganas, tetapi sebaliknya ianya sebuah cerita sisi lain yang sempurna. 

Robert De Niro ialah factor sempurna yang membuatkan filem ni nampak hebat! Tambah pula ada Tommy Lee Jones! Even dua orang pelakon ni dah tersangat veteran, mereka berdua masih hebat dalam persembahan mereka. Robert De Niro nampaknya deliver lakonan dengan tersangat memuaskan. Senang cerita, tersangatlah sesuai dengan usianya, dan gayanya juga. 

Luc Besson juga bijak memparodikan filem gangster dalam filem ni. Skrip yang bagus kelihatan sangat jelas mengingatkan kita kepada filem Robert De Niro sebagai mafia seperti Goodfellas, The Godfather dan Kasino. Sebuah filem tentang kembalinya pelakon ini ke dalam filem mafia bila usianya dah semakin menjengah senja. 

Pendek kata, filem ni sangat menghiburkan. Komedinya sebati dengan mafia dan aksinya. Seperti menyaksikan parody filem mafia yang berjaya! Dengan lakonan, skrip dan gaya persembahan yang memuaskan, The Family memang akan menyebabkan korang menyukai filem ni. Bukan apa, kita jarang melihat filem mafia dari sudut komedi yang sempurna. Ini kalilah, kesempurnaan itu ada! 

4/5

No comments: