Saturday, June 28, 2014

Review: Transformers - Age of Extinction

Tahun Terbit | 2014
Pengarah | Michael Bay
Pelakon | Mark Wahlberg, Peter Cullen, Nicola Peltz, Jack Reynor

No soul! Itulah yang terjadi pada filem yang aku rasakan antara filem yang ditunggu tunggu untuk tahun ini di tayang di depan mata. Filem arahan Michael Bay ini, tidak berjaya memberikan apa yang pengarah ini beri pada filem pertama yang ditayang 2007 dulu. Malah, dengan Revenge of the Fallen yang aku kira satu satunya filem yang ada soul paling gaban bagi siri ini, maka bermulalah kejatuhan Transformers melalui Dark of the Moon, dan seterusnya melalui Age of Extinction, grafnya jatuh lagi. 

Let me get this clear, Transformers keempat ini di tangan Michael Bay tidak ada apa apa improvement. Malah lebih tepat lagi, Michael Bay tidak pernah faham apakah itu ‘reboot’. Apa yang pengarah ini sajikan, melalui tulisan lakon layar Ehren Kruger, Age of Extinction seperti sebuah tulisan yang hilang arah dalam keadaan sedaya upayanya cuba untuk memberikan ‘new face’ kepada siri ini yang sudah mulai ‘mati’ di Dark of the Moon. 

Maka, apa yang anda bakal lihat alah generasi baru Autobot yang entah apa apa, lebih human-look-alike yang sangat tidak menggambarkan ‘robot’ itu sendiri. Jauh benar improvisasi yang diberikan atas nama bikin semula. Malah, kegagalan pertama yang aku nampak ialah Autobot yang tidak ada apa apa. Kosong tanpa kekuatan yang dititikberat pada karakternya! Semuanya tidak ada kekuatan yang menjadikan setiap karakter Autobot dipuja seperti karakter2 filem sebelumnya. 

Lakon layar filem ni longgar. Usah bandingkan dengan filem filem Transformers terdahulu, ianya tetap sama. Namun, apa yang Michael Bay sajikan pada filem ni tidak ada sekelumit improvement. Apa yang ada ialah sebuah lakonlayar yang sangat tidak ada jiwa, lebih teruk dari Dark of the Moon. Terumbang ambing antara tiga cerita yang tidak diimbangkan dengan baik, Age of Extinction sangat membosankan dari segi ceritanya. 

Malah, melalui garapan muzik yang pada aku sangatlah tidak membantu, Age of Extinction mempunyai pelengkap yang tidak melengkapkan. Disebalik visual yang pada aku menakjubkan, Steve Jablonsky dan Imagine Dragons tidak mampu mengulangi kekuatan skor muzik filem Transformers terdahulu. Apa jadah kalau pertarungannya cantik dan hebat tapi disulam dengan muzik yang tidak kena dengan jiwa visual. Rasa sesak! Sesak dan sukar bernafas! 

Dari segi visual efek, ianya masih tak dapat menandingi kehebatan visual efek filem Dark of the Moon. Kelihatan pengarah cuba untuk meniru, atau sekadar mereka semula beberapa visual efek yang gempak namun tidak mampu sampai ke level yang sempurna. Malah, beberapa babak kelihatan tidak kemas pada penataan kesan khas sekaligus mencacatkan beberapa saat filem ini. 

Bay tidak mampu memberikan apa apa yang baru. Apa yang ada dalam Age of Extinction hanyalah apa yang pernah anda lihat dalam filem Transformers terdahulu. Jika anda peminat tegar Transformers dan menghafal babak babak ikonik filem filem ini, anda pasti sedar yang beberapa babak filem ni hanyalah ‘reboot’ beberapa babak filem Transformers terdahulu yang di improvekan situasinya. Malah, plotnya, jika anda perasan, mirip Dark of the Moon yang disatukan dengan Revenge of the Fallen! 

Battle kat China tu nampak tersepit. Tidak mampu memberi ruang untuk melihat meganya battle seperti di Egypt dan Chicago. Hampa! 

Lakonan Mark Wahlberg, Nicola Peltz dan Jack Reynor tidak blend in. Tidak ada keserasian. Tidak ada sesuatu untuk memberikan emosi yang seharusnya. Aku patut rasakan sesuatu tentang hubungan ayah-anak seperti mana aku tonton dalam Transformers terdahulu. Namun, apa yang aku liihat hanyalah sekumpulan watak yang mengembara mengikut kehendak cerita dan diakhirnya tiada apa apa point. Pointless! 

Running time yang panjang menjadikan filem ni tidak mampu memberikan kekuatan dalam segi skrip, lakonan dan arahan. Mungkin next time, Bay perlu selayaknya membikin Transformers dan bukan Bay-formers. 

Pada aku, Transformers: Age of Extinction adalah kegagalan paling abadi untuk filem Transformers. Walaupun kepujian harus diberikan pada visual efek dan juga letupan maha besar yang ditampilkan, kekurangan pada arahan, skrip dan segala gala yang diberitahu tadi menyebabkan aku rasa Transformers perlu beralih tangan. Bay perlu angkat kaki sebentar dan lihat jika Transformers lebih indah kalau berada di tangan pengarah lain. Malangnya, ianya takkan terjadi, sebab filem Transformers seterusnya akan datang tahun 2016 nanti dari pengarah yang sama. 

2.5/5

4 comments:

weschairs said...

Dari awal gua dah berapa berkenan dgn transformer ni..

Micheal Bay said...

orang mlyu bab mengokem no 1.... bila bt filem haram jadah pa pun tak boleh.

Azam said...

Syukurlah bukan aku seorang yang rasa cerita ni tak best, teruk dan tak sehebat paling hebat ROTF.

JSV said...

Sorry bro..saya tak bersetuju dgn kenyataan anda d atas.... kawan2 kita yg tidak tahu tntg asal usul citer transformer mg akan merasakan citer ni membosankan.sorry to said...saya dan mereka yang meminati cerita ini amat menyukainya...