Monday, June 2, 2014

Review: Sniper

Tahun Terbit | 2014
Pengarah | Pierre Andre
Pelakon | Mikael Andre, Fadian Hazim, Pablo Amirul

Walaupun aku rasa agak kagum dengan idea ‘game’ yang ada dalam Sniper, aku rasa Pierre Andre masih lagi tidak mampu untuk memberikan perasaan beautifully crafted dalam filem ni. Sniper mungkin punya idea yang lebih baru, segar dan mungkin mengingatkan aku kepada Battle Royale dan mendekati cerita Saw (filem yang pertama). Sniper bukan sebuah filem perang okeyh! Ianya sebuah filem thriller yang sangat lain dari lain. 

Mungkin benar sangkaan aku bila filem ni bermula dengan cara paling bijak, Hollywood-style punya moment yang sangat mencengkam. Namun, seperti mana filem filem MIG lain, sejauh mana pun filem ni bermain dengan idea, filem ni semakin lama semakin menjadi filem biasa yang hanya diselaputi idea fresh.

Kemunculan Ahmad sebagai sebuah karakter misteri yang menjadi permainan utama sebenarnya sudah aku jangka. Malah, dia ialah Jigsaw versi Pierre yang sudah sebenarnya berjaya menipu namun pada masa yang sama tidak berjaya untuk menipu sesiapa yang menonton Saw seperti aku. Saat telefon bimbit berdering ketika Ahmad tiada sudah menjadi kick-starter yang gagal untuk mencengkam misteri. Namun, kekaguman dalam Pierre menyajikan permainan ini tetap ada. 

Gaya permainan filem ni nampaknya menepati sebuah filem aksi. Namun, dah nama pun pelakon yang glemer saja lebih, maka moment yang betul betul ‘sniper’ tidaklah dapat dirasakan. Saat melihat Mikael Andre menjadi psikopath juga hanya sekadar tangkap muat yang tidak mampu membawa filem ni ke depan. Kalaulah seseorang yang betul betul tough dibawa menggantikan Ahmad, maka aku rasa idea ini sudah mendekati S.A.M. 

Pierre juga didapati tergesa gesa, sekaligus meninggalkan ruang untuk Ahmad kelihatan kabur. Tidak jelas pada sebab musabab permainan, dan juga di akhirnya menampakkan Ahmad sebagai seorang penembak tepat yang bodoh dan hanya berlagak pandai. Apa kejadah boleh pula dia buang bullet proof vest di hutan dan jalan kaki untuk menembak kat flat pekeliling? Oh my! 

Plotnya juga celaru dalam menjelaskan beberapa point dan hanya meninggalkan game yang dibina terkial kial dalam fikiran penonton. Aku kagum dengan ceritanya, namun, aku rasakan crafting cerita perlu lebih mantap dan tidak seharusnya tergesa gesa dihabiskan tanpa ada momen yang lebih baik dari sekadar sebuah babak yang hanya direka untuk memenuhi filem. 

Lakonan pelakon pelakon baru mungkin ok. Cuma kadangkala apabila cerita yang berasaskan Hollywood-style ni berjalan, ia nampak kelakar. Sekali sekala, saat dua watak utama kita memperkenalkan diri, aku rasakan kejanggalan sempurna apabila ianya jelas meniru dan tidak ada originality yang baik. 

Apapun, aku puji Pierre atas usaha untuk menampilkan sebuah filem aksi sebegini. Mungkin pada aku, misteri yang dibina kurang berkesan sebab aku sudah boleh agak rules untuk filem game macam ni. Fan tegar Saw katakan! Pada aku, tidaklah mengecewakan. Cuma, bagi yang kurang biasa dengan filem sebegini, anda akan rasa plotnya sengaja dilengahkan dan boleh diselesaikan dalam hanya beberapa minit saja sebenarnya. 

4/5

No comments: