Akan Datang!

Sunday, June 22, 2014

Review: The Raid 2 a.k.a Berandal

Tahun Terbit | 2014
Pengarah | Gareth Evan
Pelakon | Iko Uwais, Arifin Putra, Julie Estelle
Gareth Evan nampaknya menjadikan filem ni Titanic saganya tersendiri dengan menjadikan durasinya antara yang terpanjang aku pernah tonton. Menghadap filem aksi brutal ini selama 2 jam 30 minit sebenarnya ibarat berada di satu pusat penyembelihan, melihat penuh darah di lantai dan tangan penyembelih, dan pada masa yang sama, design tempat itu sangat menarik seperti sebuah hotel. Bau busuknya hilang, namun terganti dengan hiburan ganas di depan mata. 

Melihat Iko Uwais beraksi kali ini tidak akan merasakan yang pelakon ni masih lagi keras dan kaku dalam lakonannya. Walaupun aku rasakan ada babak babak jiwa/emosi yang agak kurang meyakinkan, Iko Uwais nampaknya cuba tackle keseluruhannya dengan jaya. Dan emosi campur seni bela diri menghasilkan satu lagi level baru pelakon Indonesia ini yang terus meyakinkan peminat filem martial art untuk up kepada sebuah persembahan lebih luar kotak, kebrutalan! 

Tidak berada dalam ruang lingkup kecil dan plot yang simple seperti filem yang pertama, The Raid 2 benar benar membesarkan dan mengagungkan sebuah masterpiece yang sudah mempesonakan dunia ini. Filem ni bangkit dengan jiwa Hollywoodnya yang sangat cult, tetapi tidak meninggalkan sisa Nusantara yang berada di sipi, menghias sisi sisi filem yang menjadikan ianya sebagai sebuah filem Indonesia yang sangat internasional. 

Brutalnya The Raid 2 aku rasa lebih hebat dari Ong Bak 3. Malah, aku rasakan, dalam melihat kepada filem seni bela diri yang ada, The Raid 2 antara filem seni bela diri yang berani untuk tunjuk semua aksi yang luar jangkauan dan sangat menjijikkan bagi yang tidak biasa dengan babak pembunuhan yang melampau. Justeru, aku rasakan selayaknya filem ni tiada di wayang Malaysia. 

Plot The Raid 2 dikembangkan. Namun, dalam pada aku menonton filem ni, aku merasakan apa yang berlaku pada awal filem, malah pada beberapa babak dalam filem ni banyak menunjukkan yang Gareth Evan melebihkan style daripada isinya. Beberapa babak nampak sangat panjang dan hanya kekal sebagai sebuah visual artistic dan gagal menyampaikan isi dan misi yang harus ada. Namun begitu, timbul tenggelam mood ini sebenarnya tidak jelas kelihatan kerana aksinya menjadi tumpuan. 

Kalau filem yang pertama, aksinya lebih melibatkan Iko Uwais sahaja, The Raid 2 sebenarnya membuka bakat bakat baru dalam filem seni bela diri. Aksi lebih besar, dengan keganasan yang lebih maha dasyat menjadikan filem ni sangat umph! Koreografi yang cantik, ditambah dengan aksi kejar mengejar yang mirip Hollywood menjadikan filem ni sangat sempurna dalam koreografi aksi. 

Gareth bijak menahan jiwa penonton dari merasa mual dan bosan dengan aksi aksi yang terlalu banyak. Suntingan yang cantik, dan beberapa babak aksi yang terhenti momentumnya tiba tiba membawa satu perasaan ‘nak lagi!’ dari masa ke masa. Malah, muzik yang agak berkesan menjadikan jiwa aksinya sangat baik dan terkesan. 

Jika ditanya, fighting scene mana paling best, aku rasakan semestinya babak akhir filem, walaupun jiwanya tidak segah jiwa Mad Dog punya fighting scene dalam The Raid. Malah, adegan car chase dan juga scene gaduh dalam selut dalam penjara tu pun antara scene yang sangat brutal, energetic dan sangat menarik! 

Mungkin bagi yang mengharapkan plotnya sesenang filem pertama, The Raid 2 bakal membosankan korang. Jangkakan sebuah cult yang sangat artistik, seperti menonton Quentin Tarantino! The Raid 2 tidak dapat dinafikan lagi antara filem terbrutal dari Indonesia! Untuk dewasa, hiburan mungkin menanti! Bagi teenagers aku rasakan filem ni seharusnya dijauhi! Kalau nak tonton, sila fikir fikirkan sendiri. Filem ni mengandungi sedikit nudity.... sekian.

4.5/5

No comments:

Review: Kingsman 2 - The Golden Circle (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Matthew Vaughn Pelakon | Colin Firth, Taron Egerton, Julianne Moore, Halle Berry Tak banyak filem ...