Akan Datang!

Thursday, June 12, 2014

Review: 300 - Rise of an Empire

Tahun Terbit | 2014
Pengarah | Noam Murro
Pelakon | Sullivan Stapleton, Eva Green, Lena Headey

Apa yang Zack Snyder lakukan dalam filem 300 nampaknya seperti tidak wujud dalam filem ni. Filem Rise of an Empire kelihatan seperti sebuah filem yang cuba mengikuti tetapi pada dasarnya hilang taring, semangat dan ketulusan dalam persembahannya. Sekaligus, aku rasakan 300: Rise of an Empire hanyalah sebuah kisah yang memenuhi tuntutan untuk menyaksikan kembalinya Zack Snyder namun malangnya apabila dia tiada di kerusi pengarah, sangat mengecewakan. 

Jujurnya, menonton Rise of an Empire ialah tidak semeriah filem pertama. Malah, dari awal filem, korang akan sedar yang semangatnya tidak semeriah filem dahulu. Kita dibawa ke sebuah filem yang baru tetapi tidak ada sesuatu yang baru. Dengan visual efek yang cuba menjadi trademarknya yang tersendiri, Rise of an Empire gagal untuk memberikan magis filem pertama. Sebuah kejatuhan yang agak kurang memuaskan hati. 

Namun, kita rewind sikit, melihat kepada perkembangan plotnya. Rise of an Empire diset untuk berlaku sebelum dan ketika 300 pertama berlaku, dan selepas itu. Dalam tiga fasa masa, filem dan dunia yang dicipta pada filem pertama diluaskan. Dan itu sangat menarik kerana korang akan melihat bagaimana kebangkitan Xerxes dan juga kisah kisah yang tidak dikisahkan dalam filem yang pertama. 

Plotnya pada aku menarik. Walaupun aku sebenarnya berharap untuk melihat Sparta, aku rasakan apa yang dipersembahkan mungkin bagus untuk mengembangkan dunia 300 even aku rasa macam banyak sangat storytelling dan babak babak yang sedikit membosankan dengan persembahan yang biasa biasa. 

Efeknya mungkin seikhlas hati aku akui cantik. Memang nampak seperti filem pertama, namun tidak semeriah filem pertama. Visualnya tidak menjanjikan sesuatu yang agak mengagumkan. Cukup sekadar memberikan trademark 300 yang biasa. Aku agak kurang puas hati dengan efek darah yang kelihatan sangat menyerabutkan visual. Kelihatan seperti percubaan untuk membawa penonton masuk ke dalam dunia 300 yang dihiasi darah berakhir dengan kerimasan melampau. 

Eva Green adalah kegagalan yang paling tahap gaban dalam filem ni. Filem seperti ini, pada akulah, perlu seorang pelakon yang betul betul rough dan juga seductive. Namun, Eva Green hanyalah kelihatan seperti seorang pelakon jelita yang hanya menjadi pelakon yang tidak mampu untuk memberikan kekuatan sempurna atas watak Artemisia yang dia lakonkan. Tidak mampu untuk memberikan antagonis yang sempurna, aku sifatkan Eva Green adalah objek yang gagal. 

300: Rise of an Empire tidaklah menggambarkan kebangkitan malah kejatuhan. Kejatuhan sebuah ikon Zack Snyder yang seharusnya ditangani dengan lebih baik dari ni. Namun, bagi sebuah filem yang mengembangkan cerita 300 yang pertama, ianya ialah satu setup yang cantik untuk sekuel terbaru. Cuma harapnya, next time aku lebih selesa melihat Zack Snyder mengarah di kerusi pengarah dengan mencipta satu lagi ikon 300 yang lebih hebat dari yang pertama. 

Aku anggap saja 300: Rise of an Empire ni sebuah filem dari pengarah yang nak mencuba jadi Snyder tapi akhirnya tidak mampu melebihi apa yang sudah ditakdirkan. 

3/5

No comments:

Review: Kingsman 2 - The Golden Circle (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Matthew Vaughn Pelakon | Colin Firth, Taron Egerton, Julianne Moore, Halle Berry Tak banyak filem ...