Akan Datang!

Tuesday, May 20, 2014

Review: The Secret Life of Walter Mitty

Tahun Terbit | 2013
Pengarah | Ben Stiller
Pelakon | Ben Stiller, Kristen Wiig, Sean Pean

Kau tahu, melihat Ben Stiller melakonkan watak yang serius mengingatkan aku kepada Jim Carey. Filem ni, bukan sekadar memberikan satu keseronokan dan juga bayang bayang imaginasi tetapi memberikan ruang untuk kita melihat Ben Stiller dari satu sudut yang tidak pernah terjangka. Tropic Thunder dahulu mungkin filem komedinya yang aku rasa ohsem. Dan apabila Ben Stiller memilih untuk menjadi bukan pak lawak dalam filem ni, dia sebenarnya lagi ohsem! 

Filem The Secret Life of Walter Mitty sebenarnya filem drama yang membawa kita kepada melihat seorang insan yang mana hidup angan angannya adalah lebih indah dari dunia sebenar. Kita melihat kepada kehidupan yang mana kita selalu inginkan; hidup lebih baik dari apa yang ada sekarang. Tetapi, pada dasarnya, bukan mudah untuk dapat apa yang kita inginkan. 

Bagi aku, filem ni sangat dekat dengan mesejnya. Cerita tentang berhenti untuk berangan dan buat sesuatu yang rasakan perlu dibuat untuk jadikan hidup korang lebih baik dari apa yang korang idamkan. Suntikan yang sangat bagus menjadikan The Secret Life of Walter Mitty bukan sekadar sebuah filem yang penuh dengan mainan liar Mitty yang dibuat untuk hiburan suka suka. 

Aku memang sangat suka dengan lakonan Ben Stiller yang sangat jauh dari apa yang dia selalu berikan dalam filem filem sebelumnya. Lakonannya berjaya memberikan satu rasa kasihan dan juga keinginan untuk mengikuti ceritanya walaupun ianya hanyalah tentang misi gila untuk mencari gambar nombor 25 yang hilang. Misi yang kecil tetapi mempunyai satu impak besar kepada hidup. 

 Mungkin ramai yang setuju yang part paling best dalam filem ni ialah part angan angan Walter Mitty yang sangat best. Di situ ada kekuatan untuk membuatkan penonton untuk tidak bangun dan ikuti pengembaraannya dari satu ke satu. Dan kejutannya juga mungkin antara yang terbaik untuk menjadikan Secret Life of Walter Mitty tidak mengecewakan. 

Filem ni tidak berat dan tidaklah terlalu bermain main. Dalam perjalanannya membawa penonton dari saat ke saat, kita akan dibawa kepada satu perasaan yang rasanya agak dekat dengan hati. Ada motivasi yang secara tak sedar akan tertanam dalam setiap penonton. Aku suka filem filem yang sebegini. Berjaya mendekatkan penonton dan cerita. 

Oh ya, aku terkejut yang Sean Pean begitu sasa. Bukan apa, aku terbayang bayang karakternya dalam I Am Sam dan filem filemnya yang menampilkan rupanya yang kurus kering. Overall, filem ni adalah cerita tentang semangat untuk terus lakukan apa sahaja yang kita rasakan perlu dalam kehidupan. Sebuah filem yang sangat luarbiasa. Ada inti yang mampu memotivasi dan pada masa yang sama mampu menghiburkan penonton. The Secret Life of Walter Mitty memang sebuah filem yang ada warna yang tersendiri. Dan jika anda rasa anda seperti Mitty, ianya masa yang sesuai untuk menonton filem ni. 

4.5/5

No comments:

Review: Kingsman 2 - The Golden Circle (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Matthew Vaughn Pelakon | Colin Firth, Taron Egerton, Julianne Moore, Halle Berry Tak banyak filem ...