Thursday, May 22, 2014

Review: Pompeii

Tahun Terbit | 2014
Pengarah | Paul WS Anderson
Pelakon | Keifer Sutherland, Kit Harrington, Emily Browning

Apa akan jadi kalau filem 2012 berlaku sebelum masa kini? Apa pula akan jadi kalau cerita cinta Titanic sudah berlaku saat kita masih berhibur dengan gladiator? Bagaimana agaknya kalau filem Gladiator yang memenangi anugerah dulu tu berada di zaman 2014 yang serba canggih? Itulah yang Paul W.S Anderson, mamat yang membikin Resident Evil lebih dari sekadar permainan game mahu bercerita dalam filem Pompeii. 

Pendek cerita, Pompeii ialah Titanic versi zaman dulu kala. So, apa yang korang akan lihat ialah bagaima sebuah cinta darjat dan politik yang mencetuskan sebuah persembahan yang menghiasi filem ni. Nampaknya, Paul W.S Anderson tidak mahu gunakan premis lain untuk menarik penonton untuk tertarik dengan kejadian sejarah ini. Maka terciptalah sebuah cerita cinta dua darjat yang diakhiri dengan letupan gunung Vesuvius yang dasyat. 

Malangnya, dengan sebuah campur aduk yang mungkin sangat meyakinkan penonton untuk bersama dengan cerita dan mengungkit sejarahnya, Pompeii gagal untuk menjadi sebuah filem disaster yang betul betul epic. Malah, filem itu sendiri ibarat Vesuvius yang dipaparkan. Filem ni termusnah dengan pelbagai kelemahan yang sangat menjadikan filem ni penuh dengan moment mendatar yang tidak mampu terhadam. 

Pertama sekali, paling jelas, korang akan dapat saksikan Kiefer Sutherland yang sangatlah plastik. Lagaknya mungkin nampak gah. Tetapi, apa pun orang nak kata, aku tetap rasakan lakonannya ialah paling kayu aku pernah saksikan dalam tahun 2014. Lagaknya plastik, tidak menjadi dan gagal memberikan sisi jahat yang seharusnya ada. Wataknya gagal untuk memberikan apa sahaja yang mampu membuatkan Vesuvius bertindak sebagai penghukum! 

Malah, Kit Harington dan Emily Browning tidak memberikan persembahan yang betul memuaskan. Bukan salah diorang. Aku rasakan penceritaannya nampak tidak tentu hala dengan cinta Corvus-Cassia yang tidak betul betul dapat dirasa ditambah pula dengan Milo-Cassia yang masih kurang perencah sebuah filem cinta. Ya, mungkin adegan akhir, dimana spoilernya Milo-Cassia mati dalam keadaan bercium dan menjadi batu akibat debu2 ada kesan, tetapi ia masih belum cukup! 

Aku rasakan tenaga bagi setiap aksi aksi yang dipaparkan agak kurang. Pertarungan mungkin sekadar pertarungan dan nampaknya Paul W.S Anderson seperti mengulangi apa yang dia buat dalam siri Resident Evil; mementingkan 3D yang seharusnya diketepikan untuk filem purba sebegini. Ya, 3D tak menjanjikan apa apa kepuasan pun sebab ini disaster movie yang perlu penekanan pada disasternya. 

Moment paling best, pada akulah, ialah masa letupan gunung berapi Versuvius. Even letupan itu masih nampak tidak terlalu ‘berkait’ dengan cerita, aku rasa still oklah. Nampak macam Versuvius itu hanya meletup untuk menghukum Corvus namun pada masa yang sama buat parti membunuh seluruh Pompeii yang penuh dengan pesta seks dan juga perilaku seks luar tabii (sila google untuk tahu lebih lanjut tentang fakta ini) 

Pompeii mampu buat korang google balik insiden ini. Namun, untuk sebuah persembahan filem cinta dan disaster movie yang baik, aku rasa ianya tidak mencapai tahap. Energy yang kurang, Kiefer Sutherland yang layak keluar dari casting sebab keplastikannya, dubbing suara yang sangat mengecewakan untuk certain character, serta cerita cintanya yang tidak ditekankan dengan baik menjadikan Pompeii tenggelam dalam Versuvius yang membaham di depan penonton. Sederhana. 

3/5

No comments: