Akan Datang!

Wednesday, May 21, 2014

Review: I, Frankenstein

Tahun Terbit | 2014
Pengarah | Stuart Bettie
Pelakon | Aaron Eckhart, Yvonne Strahovski, Bill Nighty, Miranda Otto

Melihat Aaron Eckhart sebagai Frankenstein a.k.a Adam ialah seperti melihat seorang actor yang tidak sesuai dengan apa yang ingin disampaikan. Aaron gagal memberikan persembahan Frankenstein yang sepatutnya dan pada masa yang sama, gagal menyerlahkan aura filem ni yang sepatutnya lebih terurus dari segala aspek. I, Frankenstien mungkin cuba mencari sisi baru filem Underworld untuk diterjah. Namun, ianya mungkin sebuah persembahan yang mengecewakan. 

Pada mulanya, aku nak rate filem ni sebagai sederhana. Bukan apa, aku berpuas hati dengan persembahan aksi Aaron yang nampak cantik pada koreografinya. Pendek kata, persembahannya seperti melihat filem martial art dalam dunia Underworld yang cantik. Malangnya, dari skala sederhana, dalam menyelami filem ni, akhirnya skala filem ni aku jatuhkan ke tahap kecewa. 

I, Frankenstein tidak membawa sebuah persembahan yang cantik. Pada aku, filem ni macam sebuah filem yang tidak dijayakan dengan persembahan yang gempak dan memukau. Dalam erti kata lain, filem I, Frankenstein nampak seperti biasa. Seperti filem Hollywood yang hanya memberikan apa yang sepatutnya Hollywood patut bagi. Hanya visual yang cantik, tetapi ceritanya sekadar melepaskan batuk di tangga. 

Persembahannya ringan dan tidak ditangani dengan baik. Filemnya tidak mampu untuk membawa penonton dari satu ke satu dengan baik. Segala ceritanya nampak tidaklah serius ceritanya. Entah kenapa, aku rasa macam ceritanya sangatlah mudah sangat dengan hanya untuk secebis dialog hujung filem yang menyebut tajuk filem. 

Jelas sekali aku confius sama ada Gargoyles atau Frankenstein yang harus dijadikan teraju utama. Penulisan cerita macam cuba nak bina sebuah lagenda baru namun tetiba entah kenapa tersembul keluar nama Frankenstein sebagai tajuk filem. Dah nama filem I, Frankenstein, aku rasakan filem ni sepatutnya lebih dari sekadar makhluk itu mencari asal usul dan tetiba terjerumus dengan satu perang yang tidak berkait. 

Muziknya hanya macam sekadar buat memenuhi ruang. Tidak ada perasaan yang mendalam mampu dimasukkan dalam muziknya yang sepatutnya lebih tajam dan betul betul menaikkan mood filem ni. 

Cuma, aku respek dengan koreografi aksi lawan yang menampakkan Aaron Eckhart seperti pelakon martial art yang hebat. Melihat aksi lawannya, sebelum filem ni menjadi lesu di tengahnya, ialah seperti melihat sebuah filem martial art yang bergred A. Cuma, kalau aksinya sahaja yang betul hebat tanpa cerita yang betul betul terbaik, koreografi itu sangat malap dalam ceritanya. 

Menonton Underworld lebih bermakna. Itu pun jika korang tonton sebab terpengaruh dengan poster filem yang menjaja nama filem itu. I, Frankenstein adalah sebuah filem yang lesu dan cuba meniru filem Underworld. Namun, in the end, filem ni gagal untuk menyerlahkan kekuatannya yang tersendiri kerana kucar kacir dalam plotnya yang tidak tentu hala. Sebuah filem yang betul betul berada di ‘underworld’ untuk bersemadi dengan aman tanpa penonton. 

2/5

No comments:

Review: Kingsman 2 - The Golden Circle (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Matthew Vaughn Pelakon | Colin Firth, Taron Egerton, Julianne Moore, Halle Berry Tak banyak filem ...