Saturday, May 24, 2014

Review: Dhoom 3

Tahun Terbit | 2013
Pengarah | Vijay Krishna Acharya
Pelakon | Aamir Khan, Abhishek Bachchan, Uday Chopra, Katrina Kaif

Bukan janji tapi pasti, pengalaman 3 jam menonton Dhoom 3 terasa sebentar. Yup, plotnya memang sebuah persembahan yang sangat baik untuk sebuah filem yang layak menang besar di panggung. Bollywood yang semakin internasional berjaya memberikan sebuah persembahan filem rompakan dengan gaya yang sangat luar jangkaan. Sekaligus, Dhoom 3 adalah sebuah filem aksi yang sangat memberikan anda ruang untuk kagum. 

Filem ni memberi ruang penghargaan untuk aksi ala Singham-style pada awal filem. Sekadar kick-starter untuk filem ni berjalan, Dhoom 3 membawa kepada sebuah cerita yang mana terinspirasi dari filem magician Hollywood. Idea yang sangat baik untuk membawa ‘helah filem’ ke dalam filem ni. Yalah, magician can do anything. So, filem ni pun seperti sebuah filem apa saja boleh jadi. 

Kalau nak bandingkan filem ketiga ni dengan dua filem yang sebelumnya, aku akan kata filem ketiga ini sebenarnya sebuah nafas baru. Filem ni tidak banyak membawa gaya filem sebelumnya dan seperti kelihatan berada dalam kelompoknya tersendiri. Dengan penambahbaikan dari segi teknologi, penceritaan filem ni juga ditambah baik. Maka, kelihatanlah plot yang lebih simple, less main main, kurang Hindustani dan hampir universal. 

Ali dan Jay sebenarnya bukanlah kekuatan utama filem ni. Ya, mereka seperti sidekick yang hanya membantu watak Amir Khan untuk melakukan ‘magic’ kepada penonton. Dan aku rasakan Amir Khan adalah pemain terbaik untuk filem ni. Lakonannya yang sangat baik dan kejutannya yang membantu cerita membuatkan aku rasa yang dia ni ialah the best villain dalam Dhoom series. Maka, tunduk rebahlah John Abraham dan Hrithik Roshan. 

Dengan ketiadaan Rimi Sen yang muncul dalam dua filem sebelumnya, Dhoom 3 memberikan ruang untuk kita fokus kepada cerita. Maka, Amir Khan ditonjolkan dengan lebih berkaliber, dan dua pelakon utama kita si Abhishek dan Uday Chopra menjadi pembantu yang baik. Dari setiap babak ke babak, Dhoom 3 memang memberikan persembahan filem hiburan aksi yang sangat menarik. 

Lagunya juga tak kurang hebat. Malang dan beberapa lagu, including title song seperti biasa memberikan persembahan tarian dan visual yang memukau. Sekaligus menambahkan gahnya filem ni sebagai filem Hindustani. 

Kau tahu, bila merasakan 3 jam itu seperti hanya satu jam, aku dapat putuskan yang Dhoom 3 sudah memberi dos ‘khayal’ yang sempurna dalam persembahannya. Jadi, tidak hairanlah kalau filem ni mampu meraih kutipan paling tinggi dalam sirinya. Maka, kalau korang rasakan ianya filem biasa seperti Dhoom 2 dan sebelumnya, korang memang silap. 

Sebuah filem aksi yang menghiburkan, kurang Hindustani, plot yang simple dengan persembahan visual yang memukau. Dhoom 3 ibarat satu pukauan saat melihat Amir Khan memberikan kita perasaan untuk bersimpati dengannya,. Katrina mungkin sekadar menghiasi. Sebuah filem Amir Khan yang mempunyai Abhishek dan Uday sebagai sidekick. Filem Dhoom paling hebat dalam sirinya, dan Amir pula conform the best villain ever in the series! 

4.5/5

No comments: