Akan Datang!

Saturday, May 24, 2014

Review: Apokalips X

Tahun Terbit | 2014
Pengarah | Mamat Khalid
Pelakon | Jehan Miskin, Farid Kamil, Iqram Dinzly, Adam

Satu benda yang aku suka pasal Mamat Khalid ialah dia tidak semudah pengarah filem 90an lain yang sudah menyerah. Di saat pengarah lain macam Aziz M Osman dan beberapa lagi nama yang tak ingat di kepala dah malas dengan suramnya industry, Mamat Khalid tidak pernah berhenti untuk berkarya. Dia macam ular. Satu masa, dia tukar kulit dan cuba untuk rasa segar. Sekali sekala dia ke hulu mencari nafas baru. Sekali sekala dia kembali kepada tempatnya. 

Ambil masa untuk Apokalips X muncul pada aku bukanlah benda yang melemahkan. Malah, kesabaran Mamat Khalid untuk memperoleh visual efek mengikut imaginasinya nampak membuahkan hasil apabila Apokalips X menjadi sebuah filem apokalips yang mungkin sangat menjadi bagi sebuah filem Malaysia. Usahlah dibandingkan dengan Hollywood yang sememangnya jauh untuk dicapai buat masa ini. Kemunculan Apokalips menjadi satu lagi keberanian pengarah ini. 

Dalam filem ni, Mamat mencipta dunia apokalips seperti mana dalam filem filem Hollywood. Namun, dalam ideanya yang nampak sangat Barat, Mamat cuba sebolehnya untuk menTimurkan idea tersebut dengan cara caranya tersndiri. Dan disebabkan proses menTimurkan semua itu, maka nama nama klan dalam filem ni sangat lah lawak dan sedikit comel. Namun, abaikan sahaja kerana nama klan tidaklah penting mana dari ceritanya. 

Farid Kamil ibarat the God yang menjadi. Lakonannya cukup sifat dan tidak keterlaluan. Bagus. Cuma aku rasakan Jehan Miskin mungkin tidak dinaikkan dengan sempurna dalam filem ni. Dia nampak fierce dan menakutkan, namun aku rasakan keganasannya tidaklah gah dengan penampilannya yang tidak dibawa dengan baik. 

Plotnya juga cantik. Aku suka garapan misteri X dan Y, dan kisah kisah subplotnya yang cuba menyuntik elemen persahabatan, dan semangat kekeluargaan. Nampak Mamat Khalid berusaha keras memastikan ceritanya sesuai dengan suasana yang ingin dipaparkan. 

Di dalam kesemua benda yang aku ceritakan, aspek yang harus dilihat ialah CGI. Mamat Khalid nampaknya memberikan ruang untuk CGI dengan banyak dalam filem ni. Aku suka paparan kota KL yang hancur walaupun aku perlukan sedikit visual close-up yang lebih meyakinkan dari apa yang dipaparkan. Mamat, seperti pengarah lain cuba bermain dengan ruang kecil untuk menutup kelemahan visual efek yang tidak dapat dijana. 

Penerapan animasi kepala putus dan kredit yang cantik juga menjanjikan kepuasan yang tersendiri. Malah, tatkala melihat Farid Kamil bersayap dan juga malaikat yang kurus kering dengan rambut wig yang sangatlah poyo mungkin agak menggelikan. Namun, jika dilihat pada animasi yang cuba direka, Mamat kelihatan mahu buat lebih baik dari hanya sekadar animasi sayap tumbuh di belakang badan jika teknologi lebih baik ada. 

Mamat bijak memanipulasi dan menipu LPF untuk memberi ruang untuk adegan yang tidak sesuai dengan budaya kita berada dalam filem ni. Kebijakan itu sangat aku puji. Malah, sebuah filem apokalips seharusnya lebih ganas, pantas, dan berani daripada apa yang dipaparkan. Akur kepada kehendak industry Malaysia, aku rasakan Apokalips X adalah sebuah visi Mamat Khalid yang berani dan sekaligus menunjukkan yang kita mampu membina sebuah filem yang baik jika kita berani untuk melawan arus. 

3.5/5

No comments:

Review: Kingsman 2 - The Golden Circle (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Matthew Vaughn Pelakon | Colin Firth, Taron Egerton, Julianne Moore, Halle Berry Tak banyak filem ...