Akan Datang!

Thursday, May 1, 2014

Review: The Amazing Spiderman 2

Tahun Terbit | 2014
Pengarah | Marc Webb
Pelakon | Andrew Garfield, Jamie Foxx, Emma Stone

Nah, akhirnya satu filem yang benar benar memberikan kepuasan bila menontonnya dalam 3D. The Amazing Spiderman 2 bukan sahaja sebuah sekuel yang mana hanya perlu dilihat pada cerita dan juga persembahannya, korang perlu lihat kepada 3Dnya yang sangat meyakinkan. In fact, kalau korang tak faham sepatah haram pasal filem ni, dengan berbekalkan spec 3D yang diberi, korang boleh rasa berbaloi gila melayan visual filem Spiderman ini. 

Itu antara kepuasan yang dijamin best kalau korang betul betul penggemar filem 3D. Aku sangat puas dengan visualnya sehinggakan ‘wow’ muncul di bibir beberapa kali. Namun begitu, disebalik visualnya yang mungkin antara sisi terbaik filem ni yang harus dipuji, aku rasa The Amazing Spiderman 2 nampak seperti tidak memenuhi kepuasan aku dalam penceritaannya. 

Maaf aku cakap, secara peribadi, sebagai bukan pembaca komik Spidey, tetapi penonton semua filem Spiderman, aku rasakan filem ni tak ubah seperti filem Spiderman 3 yang dikatakan menjadi penyebab utama reboot ini terjadi. Persoalan besar di sini ialah, jika filem kedua ini, sudah menjadi seperti filem ketiga asalnya arahan Sam Raimi itu, maka adakah ianya macam rugi je menjadi sebuah reboot? 

Benar, filem versi Andrew Garfield ini lebih berat pada emosinya dan dramanya, namun aku rasakan persembahan The Amazing Spiderman 2 dari Marc Webb ini tak lebih dan tak kurang seperti dibina hanya untuk menutup persoalan yang tertinggal untuk dijawab dalam filem pertama iaitu apa yang terjadi kepada ayah si Peter Parker. 

Dan dari awal hingga akhir, persembahan filem ni nampak sangat sendat dan padat sehinggakan aku rasa Electro yang sepatutnya menjadi villain utama tidak lebih dan tidak kurang sudah menjadi satu watak yang hanya memenuhi tuntutan villain-superhero dalam sebuah filem. Malah, dengan kehadiran Green Goblin dan juga Rhino yang rasanya sangat waste of time, filem ni nampak seperti filem yang perlu dibahagi kepada dua bahagian. 

Memang benar, adegan kejar kejar ala Die Hard pada awal filem yang menyaksikan kemunculan watak Rhino itu sangatlah best. Langgar sana, langgar sini. Tapi, apa gunanya kalau babak itu hanyalah sebuah babak untuk have fun dengan watak kelakar si Spiderman yang tidak ada banyak kaitan pun dengan apa yang akan berlaku pada ceritanya. Cinta Gwen Stacy dan Peter Parker mungkin cantik, namun aku rasakan terlalu banyak dramanya sehingga kita seperti lihat drama mereka lebih dari Electro dan the real Spidey movie. Namun, aku akui elemen cinta itu antara pemberi impak besar bagi filem ni di hujungnya. 

 Disebalik ceritanya yang agak sendat, lakonan Andrew Garfield mungkin boleh dibangga. Namun, aku kurang suka bila watak Spiderman dan Peter Parker seperti dua dunia yang berbeza. Saat jadi Peter Parker, dia penuh emosi. Namun, bila jadi Spidey, lawaknya melebih lebih sampai aku rasakan macam itu bukan Peter Parker. Kesian Jamie Foxx tidak diberi peluang untuk lebih menonjol sepertimana The Lizard dalam filem pertama. 

Malah, dengan ceritanya yang sendat dan kadangkala tak tahu nak cerita yang mana satu, filem ni sekali sekala akan mengalami fasa boring. Korang akan merasakan yang filem ni bukan seperti sebuah filem yang satu tetapi korang akan rasa seperti sebuah filem yang di dalamnya ada cerita pendek yang pelbagai dan berkisar tentang Spidey dan orang orang disekelilingnya. 

Plot sendat, terlalu taksub nak jawab soalan yang tertinggal dalam filem pertama, villain tidak diberi peluang untuk menonjol dengan selayaknya menyebabkan The Amazing Spiderman 2 mungkin agak sederhana, secara peribadinya lah, pada plotnya. Namun, aku rasakan filem ni harus tonton sebab disebalik plotnya yang sendat dan padat tu yang sedikit mengecewakan, filem ni memberikan persembahan visual 3D yang sangat memukau. Sebuah filem yang biasa saja dan tidak lebih dari sekadar Spiderman bercerita bersama persembahan 3D yang menggila. 

3/5

2 comments:

Anonymous said...

terbaik opm, dh lebih dua tahun sy rujuk kt opm sblom tngok movie...keep it up..

Anonymous said...

hahaha,,, jenis la,, mmg la filem ni ni dibuat tok jawab soalan filem pertama... filem kedua ni bertujuan untuk memperkenalkn watak2 musuh die dalam filem akan datang,, cikgu2,, main tgok2 je,, semua filem marvel berkait tau x?? semua filem ade point masing2,, setiap filem marvel ada hint untuk filem akan datang,,

Review: Kingsman 2 - The Golden Circle (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Matthew Vaughn Pelakon | Colin Firth, Taron Egerton, Julianne Moore, Halle Berry Tak banyak filem ...