Tuesday, May 20, 2014

Novel: Sumbat (Faizal Sulaiman)

klik untuk gambar besar

Buku ni macam buku memasak cerita. Kita ada karakter karakter yang ada seperti satu susunan ingredient yang kita selalu tengok dalam rancangan masak masak. Lalu, ramuan tu dimasukkan dalam tempat sepatutnya, dikisar, digelek, dikukus, distim, dirincik halus, tumis, goreng, kacau dan wallah! Maka siaplah satu hidangan. Dan hidangan itulaha Sumbat, sebuah ‘masakan’ yang diluarnya nampak cantik tapi dalamnya penuh ‘dendam’. 

klik untuk gambar besar
Faizal Sulaiman memberikan rasa meleleh air liur pada setiap minit dengan cerita masakan dan makanan. Namun, Sumbat lebih dari tu. Ianya sebuah paparan masyarakat yang mengikut gaya urban Fixi. Kita tidak akan mampu menyangka Sumbat tentang apa sehinggalah kita baca hingga akhir helai. Dan memang ya, Sumbat ada ramuan rempah ratus yang mampu menipu daya pembaca untuk memberi rasa teruja yang tersendiri. 

Aku suka dengan setiap paparan. Especially penghujungnya yang sedikit mengejutkan. Dan setelah membaca akhir buku, pasti korang tak percaya di sebalik cerita cantik ini ada kehitaman yang tidak pernah dikesan. Dan ianya mampu membuatkan rasa loya muncul saat jamahan Sumbat korang sudah berada di perut menari nari untuk dicerna. 

4/5

1 comment:

QweensheesZ said...

Macam interesting je buku ni.