Friday, March 28, 2014

"The Raid" Berjaya Sebab Dijajah dan Ada Kabel Besar?


Amat dukacitalah seluruh peminat filem Malaysia apabila The Raid 2: Berandal yang dijadualkan ditayangkan serentak bersama filem Captain America: The Winter Soldier (klik utk baca review) akhirnya dikhabarkan telah diharamkan tayangannya atas sebab tertentu. Aku tidak menulis ini untuk bercerita tentang kelemahan LPF Malaysia atau sebarang kaitannya dengan pengharamannya. Aku terfikir sesuatu yang agak lain. Menilai dari kejayaan The Raid, aku bertanya pada diri aku, jika The Raid adalah filem Malaysia, adakah kita akan bangga? 

Jawapan aku, tidak. Tetapi, sedikit sedikit adalah sebab ianya datang dari tanah tumpah darah aku. Sepertimana rasa bangga aku yang hanya sedikit untuk filem The Journey sebab dibikin oleh orang Cina, seperti itulah rasa aku terhadap The Raid. Jika anda lihat, The Raid bukanlah sebuah filem yang betul betul dibikin dengan tangan orang Nusantara. Ya, Gareth Evan itu bolehkah dikira sebagai seorang rakyat Indonesia yang asalnya dari Indonesia? Aku rasa, dari namanya sahaja kita boleh teka yang dia adalah orang putih yang sedang membikin filem Indonesia. 

Dan kesimpulannya di sini ialah, The Raid tak akan seberjaya ini jika pengarahnya ialah pembikin filem Indonesia yang banyak pakai Julia Perez dalam filem filem mereka. Industri mereka takkan dipandang dunia pun kalau Gareth Evan tidak menjual The Raid ke luar negara. 

Gareth Evan sepertinya penjajah yang mengambil alih industry perfileman Indonesia dan kemudiannya memperkenalkan kekuatan filem negara itu mengikut acuan Hollywood. Lihat saja bagaimana skor muzik filem The Raid pertama yang terpaksa diubah dengan muzik garapan Mike Shinoda hanya untuk filem ni keluar dari Indonesia. Maksudnya apa? Kita kena buat apa yang mereka nak, dan barulah kita dapat apa yang kita nak. Pembikin Malaysia pulak, asyik persoal 'kenapa aku mesti buat apa yang diorang suruh, aku tahulah apa yang aku buat'.

Hanya kerana Gareth Evan, maka kabel besar sudah tercipta. Hanya kerana dia orang putihlah The Raid boleh berjaya. Jika korang perasan, The Raid tidak seperti filem Indonesia biasa. Ianya seperti melihat filem Hollywood dalam bahasa Indonesia. Rakyat Indonesia, fan movie khasnya bukan seharusnya membenci, tapi bersuka ria saat pembikin ini berjaya memberikan ruang untuk pembikin lain mengeluarkan produk mereka ke luar negara. 

Dan penjajahan ini tidak berlaku di Malaysia. Tidak ada pembikin filem luar yang mahu bikin filem berbahasa Malaysia. Sebab itulah, Yusry dengan perasaan tak tahu malu mengambil alih mitos Viking dan meng’hang tuah’kan mitos itu. Maknanya, kita nak cuba keluar, tapi tak ada kabel besar yang betul betul boleh menyokong dan memberi tunjuk ajar bagaimana filem yang sebenar. Dan akibatnya, Vikingdom dan Merong Mahawangsa diperlekeh antarabangsa. Dari dua filem Malaysia yang kononnya besar ini juga, kita lihat bagaimana pembikin kita cuba cakap yang 'kita mampu buat dengan hebat' sedangkan definisi 'hebat' di luar lebih dari apa yang dikatakan 'hebat'.

Namun, penjajahan kecil dalam industry kita hanyalah pembikin Cina yang cuba membikin filem Bahasa Melayu. Adalah jugak yang menjadi. Contohnya The Journey. Soalnya di sini, adakah pembikin filem Malaysia, khasnya pembikin Melayu bangga dengan filem Malaysia tersebut? Atau adakah pembikin Melayu rasa geram sebab filem Cina itu berjaya mengalahkan KL Gangster? Kalau pembikin filem Melayu tidak bangga dengan The Journey, sebenarnya kita sedang jatuhkan industri kita sendiri secara diam.

So, dari the Raid yang melihat penjajahan pengarah luar ke dunia filem Indonesia, dan The Journey yang memotong kejayaan filem Melayu, kedua dua situasi ini lebih kurang sama. Cuma, dalam konteks filem Malaysia, penjajahan yang lebih besar seharusnya perlu. Mungkin KRU Films boleh ajak pengarah luar untuk bikin filem Malaysia. Dan in the end, pengarah kita, belajar dari mereka. Kalau pakai kepala hotak sendiri dan hanya fikir untung sahaja, filem kita tak ke mana. 

Filem adalah tentang seni. Seni itu juga perlu kepada penjajahan dan peniruan. Maka, disebalik The Raid yang dibikin si orang puteh ini dan membuatkan Indonesia bangga diri, kita harus lihat satu kenyataan besar terhadap industry kita. Filem Malaysia seharusnya melihat kekuatan The Raid sebagai satu motivasi untuk industry kita berjaya dan bukannya banned filem tersebut sebab Malaysia sendiri tak mampu untuk bikin sehebat itu. Pada aku, filem ni boleh saja ditayangkan dengan kenakan syarat tontonan 18 tahun ke atas. Sekian!

SOUNDTRACK THE RAID 2


01. Alarm (01:14) 02. The Equation (02:17) 03. Toilet Nightmare (01:54) 04. Suck It Up (02:03) 05. Prison Riot (04:32) 06. Ball Inspection (01:53) 07. Phone Call (02:02) 08. Porn Den (03:04) 09. Prakoso (02:01) 10. Undercover (05:13) 11. Club Battle (02:09) 12. Reog (07:06) 13. Punch It (01:37) 14. SIM Card (00:54) 15. Betrayal (01:00) 16. The Assassin (00:56) 17. Pursuit (01:57) 18. Motor Chase (03:24) 19. Wasteland (02:35) 20. Warehouse Stomping (02:03) 21. Uco Dining (01:55) 22. Hammerballs (02:45) 23. Showdown (06:52) 24. Hush (05:06)

download link (uploaded.net) - aku bukan uploader kepada fail ini. sekian

8 comments:

Anonymous said...

how about VIKINGDOM?? film malaysia tapi punya pemeran white man

erisa mantap said...

untuk flim action memang gareth evans memberikan warna baru di perfliman indonesia. tapi untuk kategori drama flim indonesia sdh byk memenangkan penghargaan di bbrp festival dunia. jadi bukan karena gareth evans flim indonesia dikenal. kalau genre horor memang dibuat berdasarkan kuantiti bukan kualitas. film horor sexi exmple cast Julia perez tidak masuk kategori filim baik di indonesia. coba anda masuk ke forum flim2 indonesia, sebelum the raid laskar pelangi and sekuel sdh terkenal ke berbagai negara, pengarahnya orang indonesia asli. dan masih banyak flim indonesia lainnya. salam damai. semoga perfliman indonesia dan malaysia makin maju. :D

AbduL QaDir said...

The Red Kebaya dibikin org puteh yah...tapi tak meletup

yiyih said...

maaf saya kurang setuju dengan pendapat Anda yang menyebutkan bahwa Gareth sebagai 'penjajah' karena arti kata 'jajah' memiliki sifat menguasai,menghancurkan atau merusak sedangkan faktanya Gareth tidak seperti itu.

Secara pribadi saya merasa gareth lebih berjasa di bandingkan saya yang orang Indo asli tapi sampai sekarang saya belum bisa mengharumkan nama bangsa dan negara.

SiRiri Riri said...

saya pribadi berpendapat bahwa The Raid 1&2 adalah sebuah karya seni yang indah dan itu patut di apresiasi,tidak peduli siapa itu Gareth Evan,apa warna kulitnya atau dari negara mana dia berasal

Anonymous said...

Kurang berjaya, tapi boleh dianggap sebagai penanda aras revolusi filem Malaysia...

Anonymous said...

Filem horror Indonesia yg pnah sya tonton setakat ini ialah Rumah Dara

coco cocoz said...

Proud to be indonesian