Tuesday, March 25, 2014

Review: Need For Speed

Tahun Terbit | 2014
Pengarah | Scott Waugh
Pelakon | Aaron Paul, Dominic Cooper, Scott Mescudi

Aku tak letakkan harapan yang tinggi bila Need For Speed ni diadaptasi ke filem. Bukan apa, mengadaptasi sebuah game yang mempunyai kurang cerita berbanding permainan aksi bukan mudah. Nak mereka cerita yang bercerita, pada masa yang sama pulak kena berikan roh permainan ke dalam filem sebagai identiti. Menterjemahkannya supaya bukan hanya sekadar lumba dan menang tetapi bercerita tentang ke arah kemenangan, itu sepatutnya yang terjadi. 

Ya, sepanjang menonton filem ni, aku akui, filem Need For Speed ni seolah oleh sebuah filem Fast & Furious versi orang kaya. Nak dibandingkan dengan geng lumba haram filem Fast & Furious dan filem Need For Speed, filem NFS ini memang meletakkan lumba haram dalam sisi orang kaya. Kereta mewah dan orang kaya serta gambaran kuasa yang mereka ada jadi ceritanya. 

Jujurnya, aku rasakan Need For Speed beraksi dengan baik. Memenuhi criteria sebuah filem racing yang tidak bercampur aduk dengan rompakan, jenayah dan lain lain, filem ni seperti mengembalikan kita ke zaman bermulanya Fast & Furious. Agak sukar untuk menjauhkan perbandingan dengan filem F&F sebab aku rasa filem itu lah yang membawa kepada penterjemahan Need For Speed ke layar. Kalau F&F tak berjaya, tak akan ada NFS versi filemlah! 

Aksi filem Need For Speed mungkin pada aku, ok ok sajalah. Kita ada adegan racing yang boleh dikatakan berjaya walaupun aku rasakan adrenalin rush yang diberi masih belum cukup dos. Namun, aku rasa aksinya yang sudah mampu membawa ikon permainan itu sendiri sudah cukup untuk berkata yang peminat aksi racing mampu berpuas hati dengan apa yang disajikan. 

Masalah yang agak besar pada Need For Speed adalah pada plotnya. Seperti aku cakap tadi, rekaan ceritanya nampak terlalu mendatar, diceritakan satu persatu tanpa susunan yang mampu membuatkan penonton bertaut untuk duduk dan menanti rahsia, misteri dan kejutan. Menonton ceritanya yang agak straightforward menjadikan filem ni hanya menyegarkan mata saat aksi racing. Ya, plotnya bukanlah predictable, tapi terlalu lurus. 

Malah, muziknya juga agak kurang menyengat sekaligus tidak mampu memberikan emosi dan semangat yang seharusnya ada untuk penonton merasa, menjiwai dan juga terus memandang ke skrin. 

Malang juga apa yang Tobey Marshall dan Dino Brewster seharusnya lakukan tidak dilakukan seperti sepatutnya. Melihat dua watak ini beraksi seperti tiada apa apa yang berlaku padahal sudah ada konflik besar yang harus ditunjukkan sangat mengecewakan. Sepatutnya, plot Dino Brewster bermula lebih awal, namun, semuanya bermula pada minit 40 ke atas. Agak lama untuk sebuah cerita bercerita permulaannya. 

Ceritanya juga hilang konsisten saat Dino Brewster menawarkan ganjaran hadiah kat some guys yang mampu halang Tobey. Juga love story Tobey dan Julia yang tak konsisten membantutkan perjalanan cerita even aku akui komedinya ada. Emosi Tobey kadangkala tenggelam timbul. Benny melucukan. Ceritanya sudah terumbang ambing sejak awal lagi namun ya, racing menyelamatkan the whole film. 

Overall, macam aku kata tadi, tanpa Fast & Furious yang berjaya, maka Need For Speed takkan wujud. Usaha untuk menjadi the other F&F nampaknya gagal disebabkan penterjamahan dari game yang agak gagal. Walaupun Aaron Paul mungkin membawa ikon baru dalam filem filem racing, namun keseluruhannya, Need For Speed perlu lebih kelajuan dalam plotnya, emosinya dan juga segalanya. Sebuah filem racing yang Gred A namun hanya mampu berada di gred B. 

3/5

No comments: