Sunday, March 23, 2014

Review: Kami Histeria

Tahun Terbit | 2014
Pengarah | Syamil Othman
Pelakon | Fazura, Diana Danielle, Sara Ali, Mila Jirin

Dah lama agaknya Malaysia ketandusan sebuah filem yang betul betul segar macam buah epal yang sangat enak. Dah lama juga kita disajikan dengan ketakutan yang tidak lagi memberi perasaan yang sama seperti mana pemulanya dulu dulu. Dah lama kita menanti sesuatu yang ajaib, dan sedikit sentuhan segar yang akhirnya memberikan perasaan yang sangat berbeza dalam menonton filem Melayu. Kami Histeria mengubat. Ianya pelengkap! Sempurna! 

Menonton filem ni, ianya tak ubah seperti melihat filem Rock! Arahan Mamat Khalid yang ada sesikit elemen Scooby Doo pada gayanya, dengan sedikit rencah seram komedi biasa yang dipersembahkan dalam cara yang sangat pelik. Mana tidaknya, muzik dan hantu agak janggal untuk dibawa tetapi benda itulah yang memberikan Kami Histeria sesuatu yang memberikan perasaan tertarik menarik untuk ditonton. 

Sekumpulan kumpulan kecil yang sedang cipta lagu diberikan pemulaan cerita yang cukup mantap. Dalam menyembunyikan apa yang Kami Histeria bawa, filem ni berjaya menimbulkan rasa yang sangat lain dari yang lain. Ditambah pula dengan muzik Monoloque yang agak memberikan emosi dan rasa yang sangat klasik, Kami Histeria sempurna dari segala aspek. 

Dan yang paling pelik dalam filem ni semestinya Nur Fazura. Melihat wataknya bercakap utara mungkin sekali sekala agak geli sebab ketidakmenjadiannya dan kadangkala tersalah lebih tutur loghat. Namun, sisi Nur Fazura yang aku suka ialah persembahannya sebagai cik Langsuir yang berjaya memberikan satu sisi berbeza kepada genre komedi seram. 

Tabik kepada skrip yang sangat ohsem walaupun aku sebenarnya tertanya tanya tentang arah filem ini disaat Afdlin Shauki muncul menjadi premis cerita. Sudah disongokkan dengan janggal yang agak baik pada awalnya, plot menculik Afdlin Shauki itu seolah olah kelihatan seperti memenuhkan sebuah ruang yang banyak kosongnya. Walaupun kesinambungannya ok, aku rasakan kemunculan Afdlin sangat menjanggalkan. 

Apa yang aku respek dalam filem ni ialah visual yang sangat menakjubkan. Pengarahnya, Shamyl Othman yang pernah terlibat dalam pembikinan drama pendek Disney Waktu Rehat melakukan pengalamannya dalam memberikan filem ni sentuhan yang agak cute, manja, cantik, tetapi pada masa yang sama memberikan rasa seram, kejam dan juga drama dengan sama rata. 

Visual efek yang agak baik digunakan untuk membuatkan Kami Histeria nampak gah dan jitu. Setiap kata kata, subtitlenya serta visual efek cik Langsuir dan tiny miny detail diberi perhatian yang sewajarnya sekaligus menjadikan filem ni antara filem yang agak cun dalam filem Malaysia. 

Nad Zainal, Mila Jirin, Sara Ali, Diana Danielle, Salwana Omar serta Nor Fazura memaparkan yang Kami Histeria boleh wujud sebagai filem yang menyimbolkan feminine dalam filem. Keseluruhannya, filem Kami Histeria seolah olah memaparkan semangat wanita dalam segenap aspek. Sebuah filem yang menghiburkan dengan jenakanya, segar pada ceritanya dan agak kreatif dalam setiap pembikinannya. Good job Red Films! 

4/5

No comments: