Sunday, March 23, 2014

Review: Frozen

Tahun Terbit | 2013
Pengarah | Chris Buck & Jennifer Lee
Pelakon | Kristen Bell, Josh Gad, Idina Menzel

Mungkin muzikal Walt Disney sudah mula hilang untuk dinikmati. Tambah pula aku dengan usia yang makin tua ni, muzikal Disney dilihat seolah olah hanya untuk kids. Aku menonton, tapi perasaannya tidaklah semeriah dulu. Zaman dimana kita bermimpi untuk menjadi apa yang difantasikan kepada minda kita. Zaman yang kita lebih percaya pada sebuah cerita dongeng tanpa melihat kepada akal benar dan sebab musabab yang jelas. 

Frozen yang diinspirasikan dari The Snow Queen adalah sebegitu. Temanya klasik mengikut ciri filem klasik Walt Disney. Cuma apa yang baru hanyalah visual terkini dan teknologinya. Menonton Frozen membuatkan aku rasa seperti menonton sebuah filem yang tidak membesarkan aku, tetapi sebaliknya memerangkap aku dalam memori kanak kanak yang dulu. Ada muzikal, cinta sejati, komedi dan sedikit elemen lagenda yang biasa. Moral tidak ketinggalan juga. 

Pada aku, Frozen mengagumkan pada visual. Gambaran musim salju yang menakjubkan mungkin memberikan persembahan menarik pada mata. Setiap inci, seperti kebanyakan filem filem animasi Disney yang lain juga, diberi penelitian yang terperinci. Suasananya fantastic dan menyebabkan penonton terbeku sekali dengan persembahannya yang mungkin agak memberansangkan setelah Monster University berada dalam zaman kegelapan Disney. 

Ya, sejak dua tiga menjak ni, Disney nampak seolah olah habis idea walaupun teknologinya makin lama makin meningkat. Dan mengembalikan sebuah cerita fantasi sebegini sudah membuktikan yang Walti Disney sudah kembali menaiki takhta untuk merangkul kembali hati peminat filem animasi di seluruh dunia. 

Frozen berjaya memberikan semangat Disney yang klasik seumpama Beauty and the Beast, Lion King, Snow White dan beberapa filem lain. Semangatnya ada bersama dengan lagu lagu muzikal yang pada aku mungkin sangat baik. Sangat catchy dan juga best! Demi Lovato mungkin tarikan yang terbaik bersama Let It Go! 

Apa yang menarik tentang Frozen, ianya juga tidak mempunyai watak jahat yang tipikal. Sekaligus, ianya memberikan sisi baru kepada sebuah filem yang meminjam gaya klasik tetapi menerima sentuhan baru. Tiada penjahat seperti dalam Snow Queen, tak ada wicked witch dan juga tiada makhluk hodoh yang perlu dimusnahkan. Frozen bercerita dengan cerita tanpa diduga dan memberikan kita perasaan ingin tahu kemana cerita ini harus dibawa. 

Walaupun aku rasakan perasaan menonton Frozen tidaklah semegah kanak kanak menontonnya, aku boleh rasakan jiwa menonton filem ni. Rupanya ada lagi jiwa kanak kanak dalam diri aku! Kesimpulannya, dengan marketing Frozen yang membawa dua puteri Disney bersama dalam satu filem, filem ni mungkin menjadi kegemaran kanak kanak. Sebuah filem yang mengembalikan kegemilangan era Uncle Walt! 

3.5/5

No comments: