Sunday, March 23, 2014

Review: Firestorm

Tahun Terbit | 2013
Pengarah | Alan Yuen
Pelakon | Andy Lau, Chen Yao, Ka Tung Lam

Dah lama tak tonton filem Chinese. Sekali sekala terdengar nama nama besar dalam sebuah filem besar nampaknya menarik aku untuk menonton. Firestorm terpilih sebab adanya Andy Lau. Bukannya sebab aku minat dia pun. Cuma hanya tertarik apabila filem ini dilihat menonjolkan aksi hijacking dan juga bukan tipikal martial art movies. Ya, Firestorm bukan filem martial art, tapi ya ianya filem aksi. Banyak tembak menembak, banyak emosi dan banyak CGI. 

Menjadi filem kepolisan 3D pertama China, Firestorm menjanjikan visual yang sangat menakjubkan. Aksi letupan sangat maha besar dan memberikan kepuasan. Mungkin itulah antara sisi paling hebat filem ni apabila aksi visualnya memberikan gambaran aksi yang sangat mengujakan walaupun aku rasakan kerja sinematografinya masih tidak banyak menunjukkan sesuatu yang baru. Mengapa aku kata gitu, sebab aku melihat adegan car chase yang masih tidak hidup dengan cantik walaupun ada energy. 

Menonton Firestorm juga seperti melihat seorang superhero Tamil dalam filem Chinese. Andy Lau memang sangat susah untuk mati, sangat heroic dan jug kalis letupan. Cuma apa yang dia tidak kebal hanyalah pintu kereta yang dirempuh. Dan itu tidaklah mengecewakan. Aku hanya rasakan kepelikan apabila setiap letupan bukan melemahkan watak ini tetapi sebaliknya menjadi ‘charge’ baru yang membuatkan orang semua tertanya tanya watak polis ini ‘tuhan’ atau manusia. 

Namun, itu semua mungkin tak mengapa. Aku suka aspek ketamilan yang ditonjolkan. Sangat heroic dan menjadikan filem kepolisan yang ada gayanya tersendiri. Bukan senang tu nak tonton actor Chinese dalam gaya Tamil! Hak3 

Bahagian ceritanya pula, Firestorm punya cerita yang hanya banyak berteraskan kebetulan. Kita ada polis dan penjenayah yang mana sisi gelapnya ialah mereka ini teman sekolah. Kita ada kebetulan yang sangatlah banyak sehinggakan final scene selepas letupan bawah tanah Hong Kong dimana sebuah lori langgar someone juga sangat kebetulan. Aku rasa kebetulan itu bagus, cuma apabila kebetulan terlalu banyak, aku pulak yang rasa menonton filem ni juga satu kebetulan. 

Mungkin Alan Yuen banyak mengabaikan banyak aspek dalam membikin Firestorm. Emosi Lui pada aku mungkin hanya sederhana walaupun persembahan ceritanya mungkin cantik. Kisah cinta yang kecil diselitkan sangat sikit sebagai satu plot kecil. Terdapat ketidakkonsisten yang diwujudkan dalam beberapa bahagian sehinggakan kita sebenarnya terlupa apa yang sebenarnya mahu diceritakan. 

Tapi, the best part yang aku suka dalam filem ni ialah adegan pertempuran akhir yang menyaksikan Hong Kong berubah menjadi sebuah warzone. Adegan yang sangat brutal namun sangat memberikan suasana perang polis criminal yang sangat hebat dan cantik walaupun terlalu banyak Tamil act dalam setiap babak Lui. Adegan yang sangat panjang ini memberikan kekuatan yang tersendiri dan cukup memberikan adrenalin rush yang sempurna. 

Jujurnya, Firestorm bukanlah filem yang sempurna. Dalam pergerakannya, filem ni macam terlebih pada visual dan kadangkala terabai dalam menyempurnakan 3D yang diwar warkan. Namun, pada aku secara peribadi, Firestorm mungkin sebuah filem kepolisan yang sangat brutal dan paling gila aku pernah saksikan. Pertempuran yang amat gila di tengah Hong Kong mengaburkan sisi hitam filem ni sekaligus memberikan ruang untuk memuji ketidaksempurnaan filem ni. 

3/5

1 comment:

twOne said...

white storm da tgk?cite cina gak