Sunday, March 23, 2014

Review: Cuak

Tahun Terbit | 2014
Pengarah | Khairil M Bahar, Lim Benji, Manesh Nesaratnam, Tony Pietra dan Shamaine Othman
Pelakon | Ghafir Akhbar, Dawn Cheong, Iedil Putra, Tony Eusoff

Plot yang ada Tony Eusoff tu sangat mengkhayalkan. Serius, menonton serpihan filem itu membuatkan aku rasa khayal, terawang awing dengan narration yang sangat bagus cengkamannya. Dialog yang sepatah sepatah baik lontarannya dan permainan visual dan lakonan yang tidak melebih lebih dan simple menjadikan ianya antara paparan Cuak yang paling baik untuk dirasai. Itu baru rasa satu bahagian. Rasa yang lain bagaimana pulak? 

Sebelum tu, kita kembali bicara pasal filem ni sendiri. The whole filem. Diarahkan oleh lima pengarah iaitu Khairil M Bahar, Lim Benji, Manesh Nesaratnam, Tony Pietra dan Shamaine Othman, Cuak sangat lain. Tidak seperti Kolumpo, Cuak tidak ada tiga cerita. Ianya hanya ada satu plot asas yang bahagiannya diagihkan kepada lima pengarah untuk diarahkan. Setiap pengarah menonjolkan auranya dan campur aduk lima pengarah ini membentuk keseluruhan Cuak. 

Ada lima tajuk yang diberikan kepada setiap serpihan cerita, namun rasanya aku abaikan sahaja tajuk tajuk itu sebab aku melihat kepada setiap satunya sebagai satu filem. Filem yang bermula dengan biasa ini bergerak dengan ke sana ke mari. Kadangkala aku rasa konfius, namun lama lama aku terbiasa dengan gayanya, sehinggalah satu titik, aku rasa terjentik dan terkejut dengan isinya yang agak berani dan lain macam. 

Satu bahagian filem ni, yang mana menyentuh sensitivity agama yang agak berani nampaknya dinukilkan dengan begitu cantik. Isunya agak panas dan agak panas telinga sekali sekala, namun ianya membentuk bela dan balas yang agak baik sehinggakan isu yang panas dan provokatif itu nampak membela dengan caranya tersendiri. Jentikannya halus dan tegas dengan wataknya menerima pemikiran bersilang yang akhirnya membentuk satu situasi provokatif tapi terkawal dengan pembisuan beberapa dialog oleh LPF, mungkin. 

Cuak dibantu dengan kerja grafik yang sangat cantik dan memuaskan. Setelah berjaya memuaskan hati menonton Kami Histeria, Cuak berjaya memberikan nafas segar dalam visualnya. Kadangkala, rasa seperti menonton sebuah filem Hollywood yang hanya dilakonkan oleh pelakon Malaysia. Malah, dengan gaya bahasanya yang sangat catchy dan baik, Cuak nampak tak ubah seperti sebuah filem Inggeris yang ada gred. 

Lakonan pelakonnya, even aku nampak ini kali pertama aku nampak dua pelakon ini beraksi, meyakinkan. Dan disebabkan muka muka diorang ni tak pernah aku nampak, maka Cuak sekaligus mengurangkan rasa kebiasaan melihat pelakon popular dalam membawa cerita yang luar biasa sebegini. Apa lagi yang aku harus katakan, mereka berjaya memberikan sebuah persembahan yang agak baik sehinggakan Cuak berjaya men’cuak’kan. 

Overall, aku berharap filem filem sebegini akan memenuhi senarai filem 2014. Mungkin pengarah zaman dulu tak mampu untuk berfikir idea sebegini lagi. Nah, masa untuk orang muda untuk bangun dan luahkan apa yang ada di dalam kepala diorang. Jika beginilah idea dan persembahan sebuah filem Malaysia, maka aku rasakan sedikit masa lagi dunia akan melihat kita untuk memberikan kita peluang untuk melihat dunia. Cuak sebuah ke’cuak’an yang berani, provokatif dan pada masa yang sama funny dan romantik! 

4/5

No comments: