Akan Datang!

Thursday, March 27, 2014

Review: Captain America - The Winter Soldier

Tahun Terbit | 2014
Pengarah | Anthony & Jue Russo
Pelakon | Chris Evan, Scarlett Johansson, Robert Redford, Samuel L Jackson

Inilah yang aku tunggu tunggu dalam Marvel Cinematic Universe. Sejak dua menjak ini, selepas Thor: The Dark World yang agak nampak jelas beraksi agak malap pada mata aku, Marvel punya karakter nampak bergelut untuk memenuhi tuntutan plot dan dunia yang makin membesar. Semakin karakter itu membesar dengan ceritanya, semakin payah untuk setiap kaitan dihubung jalinkan untuk membentuk dunia filem Marvel yang sempurna. 

Thor: The Dark World malap. Seperti yang aku sudah katakan dulu. Justeru, aku tidak berharap apa apa pada Captain America: The Winter Soldier. Namun, menonton filem ni mengubah persepsi. Boleh aku katakan filem arahan pengarah duo Anthony dan Jue Russo ini memberikan pengalaman melihat Michael Bay punya gaya dalam dunia filem Marvel. 

Captain America: The Winter Soldier tidak hanya sekadar memenuhi tuntutan sesebuah sekual. Padanya ada gaya, aksi dan semua rencah yang cukup untuk menjadikannya sebuah filem superhero yang sangat mengagumkan. Sebagai peminat filem aksi, semestinya aku melihat pada aksi, dan emosinya. Dan ya, ternyata filem ni taklah mengecewakan sepertimana tuhan guruh mengecewakan aku beberapa bulan lalu. 

Filem ni bermula dengan tenang, dan cantik. Dramanya cukup dan kaitannya dengan New York dan semua insiden sebelum filem ni berlaku memang menarik. Lucunya juga tidak janggal. Sekadar cukup sifat. Dan adegan klimaksnya antara sesuatu yang ditunggu tunggu. Confem korang akan rasa seperti sedang menonton sekuel Avengers! Antara ending filem Marvel yang terbaiklah aku pernah saksikan. Puas dengan adrenalin rush yang disajikan. 

Membandingkan filem ni dengan filem yang pertama pun sudah cukup memadai. Filem ni lebih banyak misteri, dan tidak bergantung kepada penceritaan yang terlalu mengikut komik. Ianya seperti melihat Captain America cuba untuk menerima sedikit sentuhan penceritaan sepertimana Iron Man 3 namun pada masa yang sama, tidak melupakan apa yang sebenarnya definisi sebuah filem superhero. Dalam kata lainnya, Captain America lebih dalam segalanya. Sebuah upgrade yang menjadi!

Mungkin apa yang mampu membuatkan korang rasa filem ni bukan hanya sekadar superhero ialah bagaimana Steve Rogers terpaksa melawan seorang musuh yang sebenarnya bukanlah sekadar musuh biasa. Dia bertarung dengan kisah silamnya dan pada masa yang sama, SHIELD dipaparkan mengalami satu era gelap yang akan memberikan kejutan luar jangka kepada penonton. 

Malah, aku melihat yang filem ni lebih menyamai atau lebih kurang kekuatan filem The Avengers apabila besarnya skala kemusnahan itu dan juga Nick Fury yang dibesarkan plotnya. Ada banyak kejutanlah yang korang bakal saksikan dalam filem ni. Tak payah aku cakap banyak sebab kejutan seharusnya disimpan untuk mata korang. 

So far, ini antara filem Marvel yang sangat memuaskan bagi aku selepas Iron Man 3. Ada banyak konflik, banyak misteri, banyak aksi, dan banyak adrenalin. Captain America: The Winter Soldier berjaya memberikan satu ruang untuk watak Steve Rogers membesar dengan cara yang lebih baik daripada superhero lain. Al maklumlah, superhero pertama kan! Jadi, memang sesapa yang tak tonton filem ni amatlah rugi sebab pelbagai hint untuk filem Marvel akan datang menunggu di post kredit scene! 

4.5/5

1 comment:

Ezwan Amrin said...

dah tengok...memang terbaik! Rase mcm nk tgok lagi..setanding dgn filem Avengers. Setuju, Thor: The Dark World sedikit kureng...

Review: Kingsman 2 - The Golden Circle (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Matthew Vaughn Pelakon | Colin Firth, Taron Egerton, Julianne Moore, Halle Berry Tak banyak filem ...