Saturday, February 1, 2014

Review: RoboCop

Tahun Terbit | 2014
Pengarah | Jose Padilha
Pelakon | Joel Kinnaman, Gary Oldman, Samuel L Jackson (klik untuk senarai penuh pelakon)

Aku tak rasa Robocop versi remake ini benar benar mahu hiburkan penonton dengan semua perubahan yang dilakukan. Jelas dari mata aku, sesaat bendera Amerika berkibar besar di skrin layar sambil si Samuel L Jackson dengan semangatnya berkata ‘Amerika ialah negara terbaik di dunia’, aku rasakan yang sebenarnya semua ini ialah satu propaganda Amerika yang sungguh jelas dan terang. Malah, sejak melihat situasi robo-phobic itu sendiri, ada sesuatu tersembunyi. 

Kononnya, Amerika sangat robo-phobic sebab tidak mahu negara mereka diperintah robot. Tapi, dipaparkan yang Amerika mengeluarkan robot untuk mengawal negara selain negara mereka sendiri. Sebuah paparan bagaimana Amerika memerintah negara lain secara halus dengan menjaja keselamatan tahap hi tec yang mereka sikitpun tak guna untuk memerintah negara mereka sendiri. 

Berbalik kepada Robocop versi 2014, persoalan paling penting, adakah filem ni lebih baik, ataupun filem ni lebih teruk. Pada aku, Robocop 2014 adalah sebuah filem yang sebenarnya mahu membina sebuah elemen baru menggunakan elemen lama. Robocop versi kali ini diubah menjadi wajah baru seolah olah mahu menunjukkan yang new facelift untuk watak ini mungkin menjadikan ianya lebih cool! 

Ya, pada aku, itu satu satunya elemen yang sentuhannya sangat menjadi. Walaupun aku rasa Jose Padilha masih mahu menyanjung Robocop yang lama, watak Robocop yang menerima sentuhan baru mungkin lebih elegan dan bergaya. Itu aku suka! 

Namun, dalam memberikan sebuah cerita, aku rasakan Robocop gagal memberikan satu elemen yang aku rasakan sangat penting untuk sebuah file mini. Tidak pada aksi sebab aku rasakan ianya wajar sebegitu. Tidak pula pada visual sebab aku rasakan ianya dah cukup ok. Tapi, satu satu yang aku rasakan agak jatuh ialah elemen emosi. Come on, untuk sebuah kisah keluarga, dan rebel of human robot, sepatutnya emosi patut ditekankan dengan baik! 

Tapi, apa yang aku nampak, filem ni memang kekurangan emosi dari awal hingga akhir. Aku sedar yang filem ni sebenarnya lebih kepada drama dan konflik Alex Murphy dan keluarganya. Namun, dari awal hingga akhir, konflik kekeluargaan itu ialah elemen paling gagal untuk dibentuk. Aku sepatutnya rasa simpati, rasa geram, sedih dan perasaan sewajarnya untuk seorang ibu dan anak yang terpaksa terima perubahan kepada seorang suami dan ayah. Tapi, semuanya tiada! 

Plotnya juga nampak terlalu mahu dipadatkan untuk menjadikan filem ni sebuah sejarah Robocop yang baru. Aku patutnya melihat benda penting dalam hubungan Alex Murphy dan rakannya. Aku juga harus lihat apa sebenarnya motif besar Omnicorp yang jelas dan nyata. Namun, semuanya, dari awal hingga akhir, semuanya nampak samar samar. Malah, cerita revenge Alex Murphy terhadap siapa yang letupkan keretanya juga samar samar! 

Totally sebuah filem yang bercampur gaul dengan cerita yang sangat kucar kacir. Mungkin visual dan rekaan kostum Robocop yang baru sangat menjadi. Tapi, dengan cerita yang kurang jelas, agak terumbang ambing dan tidak berani untuk pergi jauh dari sebuah konflik keluarga, Robocop versi 2014 adalah satu kegagalan yang jelas. Dengan propaganda yang terang terangan dipaparkan, filem ni tak ada yang bagus dari sekadar memaparkan Amerika adalah negara terbaik dunia!

2.5/5

4 comments:

liena said...

Sy setuju..sy xnmpak chemistry antara alex murphy,isteri dan anak mereka..kisah alex yg penyayang kurang dipaparkan dan filem ini..ade watak2 yg tidak dikembangkan dgn baik..cth:ape jadi pd ketua polis yg korup & knp vallon cpt sgt matinya..sy mgharapkan ade aksi mencabar antara vallon n robocop memandangkan vallon adalah musuh utamanya..scene awal n scene samuel L.jackson jika ditiadakan pon lebih bgus..xdinafikan scene tembak2 tu mmg smart la tp agk mengecewakn ending xberapa nk drmatik ..mgkin filem ini bukanlah filem favourite sy utk tonton 2,3kali kat wayang..
P/s:sy peminat filem aksi n sains fiksyen..
Rating 3/5

Anonymous said...

aku baru tnegok cita ni smlm...btul la, x memuaskan langsung...ending cm taik..opm, wat review psl i, frankenstain leh?

Jiman Najmi said...

sepertimana filem robocop lama, filem robocop baru ni juga adalah satira, so u should watch it as such. sekali imbas mmg mcm propaganda, tapi sebenarnya byk perli amerika. soal foreign affair, high level corruption, capitalism, medical costs, crimerate dsb byk dikritik. tv show novak element tu lebih kurg mcm fox news yg bias n terlalu mengagungkan amerika yg berlagak mcm polis dunia padahal dialah penjahat utama. its not propaganda, its satire.

3.5/5 for me

Mr Noble said...

Susah nk buat cerita remake ni, especially cite yg asal tu mendapat sambutan yg hebat. So x terkejut la cite ni x best sgt