Tuesday, December 31, 2013

Novel: Savages (Don Winslow)

cover depan
(klik untuk gambar lebih besar)
Savages - Don Winslow
Simon & Schuster Paperbacks, Movie tie-in Edition 2012

cover belakang
(klik untuk gambar lebih besar)

Ini adalah novel yang jika dilihat pada pandang pertama saja, ianya menimbulkan satu pandangan, ya, ianya lain sangat. Sangat sangat lain! Itu bukan tengok pada ceritanya lagi. Lihat pada persembahannya saja sudah cukup berbeza. Dengan penulisannya yang tidak berperenggan yang sempurna dan macam puisi, ditambah pula dengan bab yang sangat pendek kadangkala tak sampai satu muka, ya Savages memang identity penulis ini. 

Penulis ini nampaknya macam tulis ikut suka. Bila mana dia nak tulis dengan gaya puisi, dia buat. Bila mana dia nak berperenggan, dia buat. Pendek kata, Don Winslow ni macam novel ikut suka. Tidak pada ceritanya ok. Tapi pada persembahan. 

Persembahan Don Winslow dalam Savages lebih berani. Ada unsure dewasa yang mencengkam, konflik dadah, mafia dan aksi yang sangat best. Memang tak hairanlah buku ini mendapat perhatian Oliver Stone untuk dijadikan filem. Novelnya sangat pantas, dan memang mendebarkan dari helai ke helai. Chon, Ben dan O yang menjadi watak utama memang best! Dunianya juga sangat Americano! Macam lihat filem mafia! 

Pendek kata, Savages untuk dewasa. Kelainannya ada. Persembahannya sangat berbeza menjadikan plotnya sangat segar. Persahabatan dan dadah, Savages memang bad boys punya barang! 

3.5/5

Novel: Vibrator (Mari Akasaka)

Faber & Faber, 2005

VIBRATOR Telah dijadikan filem yang mendapat pandangan positif, novel karya Mari Akasaka yang ketiga ini tak ada kaitan pun dengan ‘vibrator’. Malah, ini bukan buku yang berkaitan dengan alat seks ataupun hanya sekadar permuas nafsu. Ianya sebenarnya berkisah tentang gema yang dilayarkan oleh memori. Ya, kisahnya tentang permainan minda dan juga fikiran. Hanya mengisahkan watak utama, Rei dan perjalanan semalamnya bersama dengan Okabe Takatoshi, seorang truck driver, Vibrator sebuah kisah yang berani. 

cover belakang
(klik untuk gambar lebih besar)
Selepas membaca karya ini selepas membaca Norwegian Wood, aku dapat rasakan yang karya Japanese memang ada auranya tersendiri. Malah, dengan keberaniannya memaparkan adegan adegan yang sangat out of box dan juga tidak sesuai untuk kanak kanak, perjalanan ceritanya naik turun. Vibrator memang meresahkan, malah bermain dengan simbolismanya tersendiri. Kisahnya banyak berlatarkan tentang perubahan hidup. 

Kisah yang banyak berlatar belakangkan kabin truck si Okabe ni penuh dengan berahi, dan juga prinsip penulis tentang kehidupan. Walaupun tak ada vibrator pun dalam cerita ini, bagi yang tahu pekebenda vibrator tu, pasti akan sedar bagaimana vibrator itu dikaitkan dengan watak utama. Resah, kepuasan, dan kemuncak perubahan. 

Novel yang simple, tanpa ada bab/bahagian. Kisah satu malam yang meresahkan, malah membuatkan pembacanya bergetar! 

3.5/5

Friday, December 27, 2013

Review: Penanggal

Tahun Terbit | 2013
Pengarah | Ellie Suriati Omar
Pelakon | Ummi Nazeera, Azri Iskandar, Fasha Sandha (klik untuk senarai penuh pelakon)

Ada benda baru dalam filem ni. Sudah mula hidu itu saat filem ni bermula. Apa yang aku nampak awalnya, pandangan aku menyatakan yang filem ni ada unsur seram yang sangat serius. Pada masa yang sama, aku rasakan bagaimana ceritanya diceritakan juga bukan satu usaha main main. Daripada Ellie Suriati Omar, Penanggal nampak macam mahu bercerita tentang hantu dalam masa yang sama mahu membawakan jiwa masyarakat yang dipapar. 

Pertama, aku rasakan Penanggal memang sebuah fasa filem seram yang sangat lain. Bila lihat si Azri Iskandar bertutur bahasa Melayu lenggok arab, ianya sudah memberikan suasana lain. Ellie tak letak filem ni atas dunia sebenar. Tak ada masa untuk bandingkan apa kaitan reality benar palsu filem dan dunia. Yang ada, sebuah dunia Melayu fantasi ikut acuan Ellie. Sekaligus, ini membenarkan Ellie bercerita sesukanya seperti mana Shuhaimi Baba bercerita dengan Ponti Sundalnya dulu. 

Apa yang bagusnya Penanggal. Dalam banyak banyak fasa hitam kelam visual yang sangat menarik, Penanggal nampak seperti sangat mahir dari segi visual. Melihat dari kerja visual separuh masa pertama filem sahaja, aku rasakan Penanggal punya visual yang sangat bertaraf Asia. Hampir mirip filem filem seram Indonesia jika dilihat visualnya, kan? 

Keduanya pula, Ellie tidak memaksa penonton untuk berasa seram dengan Penanggal. Malah, makhluk terpisah kepala badan itu sebenaranya tidak digambarkan sebagai watak jahat yang menerima pengakhiran selayaknya seperti filem seram biasa. Ada elemen drama dan pemikiran yang digembar gemburkan. Cerita persepsi masyarakat, dan juga sifat dendam kesumat yang tak sudah sudah menjadikan Penanggal ada isi. 

Itu semua bagus. Dari segi kerja visual serta editing, ditambah pula dengan muzik yang sangat mendayu dan cukup sifat, Penanggal ada sisi positif yang wajar disanjung. Untuk pertamakalinya di bangku pengarah, Ellie sudah bikin habis bagus walaupun pada penceritaan, aku rasa dia masih sederhana.

Namun, dalam kebagusan itu, seperti biasa, ada juga sisi sisi yang masih menjadikannya nampak jelas seperti filem Melayu. Melihat kepada kerja visual yang sangat cantik, malang sungguh babak akhir filem tidak mendapat CGi yang sewajarnya ada. Aku kurang tertarik dan hilang jiwa bila melihat adegan Syed Yusof dan Murni yang berada dalam kebakaran yang sangat fake. 

Malah, Fasha Sandha itu sendiri adalah watak yang sangat sepatutnya tidak ada. Masakan ceritanya sebegitu besar tetapi tetiba sahaja dia dimatikan tanpa ada apa apa cerita yang layak untuknya.Mandi perigi, kena sembur dek penanggal, the end? Apekah? Aku sangat rasakan yang Fasha Sandha hanya buang masa kerana konfliknya kalau tak ada lebih bagus, secara peribadi lah. Watak extra yang namanya terlekat di poster! 

Ellie juga banyak menggunakan close-up untuk babak penanggal sekaligus menghilangkan mood nak tonton makhluk seram tersebut. Ada satu dua babak yang ditunjukkan tapi kurang meyakinkan. Malah, penggunaan POV penanggal itu sendiri, walaupun nampak meyakinkan, tapi bila digunakan terlalu banyak, nampak benar mahu menyembunyikan kelemahan. Atau mungkinkah, Ellie mahu kita bayangkan rupa penanggal itu ikut apa yang kita tahu? Kurang suka itu! 

Bagi yang belum tonton, ceritanya sangat lain. Ada misteri yang dikekalkan pada awal cerita sehinggalah filem ni bergerak ke penamat. Namun, dalam misteri yang ditanam, Penanggal macam ada sesuatu yang tidak kena. Sekali sekala babaknya agak dragging sehinggakan Penanggal itu sendiri menjadi drama yang sangat gelap. Pada aku, ianya kelainan seram yang bagus pada satu sisi. Bahasa Arab campur melayu itu kreatif, tapi rasanya tak ada pun tak apa. Aspek ceritanya ok cuma, aku rasakan masih ada perasa perlu ditambah di masa depan. Mungkin, seramnya perlu lebih. 

3.5/5

Review: Kisah Paling Gangster

Tahun Terbit | 2013
Pengarah | Brandon Lee
Pelakon | Shaheizy Sam, Wan Hanafi Wan Su, Wawa Zainal (klik untuk senarai penuh pelakon)


Kalau KL Gangster tak memulakan semuanya, filem filem gangster tak berlambak macam apa yang ada sekarang ni. Ada si pembikin yang buat dengan sengaja mahu parodikan gangster, dan ada yang mahu paparkan keseriusan gangster. Dan campur tolak darab bahagi, apa yang ada sekarang adalah filem gangster yang kualitinya payah mahu diketahui nilainya. Ada yang buruk, dan ada yang bagus. Dan paling kurang enak, tipikaliti masih ada. Hasilnya, setiap filem tak ada beza. 

Jadi, bila cerita pasal filem gangster, pada akulah, yang nak menjadi jurang jauh dekat filem gangster di Malaysia ini ialah pembikin cina versus pembikin melayu. Dari pembikin cina, filem dalam bahasa melayu bertema gangster yang terang dan jelas kelihatan ialah Dampak dan apa yang akan diperbincangkan, Kisah Paling Gangster. Dua filem ni ada objektif. Kelihatan yang mereka, si cina bervisi ini mahu katakan yang beginilah filem gangster harus dilayan! 

Benar, Dampak ada idea. Asli dan segar. Dan malang sedikit apabila caranya sedikit menghambarkan. Namun, ideanya harus dipuji. Bagaimana dengan Kisah Paling Gangster? Hah, inilah yang mahu aku cerita. Filem arahan Brandon Lee yang mengarahkan separuh filem Chow Kit ini nampak menarik. Atas faktor Shaheizy Sam dan juga wajah wajah pelakon familiar yang kita tengok dalam filem MIG, file mini bergerak pergi dengan cara tersendiri. 

Walaupun muka muka familiar semuanya, ceritanya berjaya bawa semua tipikaliti si Zul Handyblack, Mikael Andre dan Wawa Zainal pergi. Alex Yanz dan Epy Raja Lawak juga nampaknya punya lakonan yang cukup baik dari filem filem MIG yang pernah dilakonkan. Apa yang aku nampak, di tangan orang yang membikin filem atas keinginan mahu menjadikannya filem, ianya membentuk pelakon itu menjadi satu bahagian filem itu sendiri. 

Kisah Paling Gangster nampak ada plot yang bagus. Tidak dilengah lengahkan dengan blab la bla ceritanya. Ada permulaan yang sangat menarik dan bagaimana si Remy keluar dari kubur itu satu situasi yang sangat melekat. Dan bagaimana separuh filem ni bermula, ianya sangatlah sederhana dengan aksi tetapi lengkap dengan drama. 

Itu thorbaik! Cuma, walaupun aku rasakan ceritanya sudah mula bergerak dengan sangat baik, separuh masa kedua kelihatan sangat meleret dengan pelbagai insiden seperti novella. Plotnya agak kucar kacir dengan kejutan kejutan yang menjawab soalan kenapa Remy direkrut dan kemunculan pembelot dalam kumpulan Megat nampaknya tidak menjadi. Hasilnya, separuh masa kedua antara bahagian yang agak kurang menjadi. 

Campur tolak darab bahagi, dibandingkan dengan Dampak, filem sepersaingan yang ada dalam bahasa yang sama, aku lebih suka Kisah Paling Gangster. Walaupun kucar kacir pada plot, pengarah nampak berjaya kawal aspek lakonan sehingga tahap tinggi. Shaheizy Sam dengan tipikalitinya sungguh hebat! Ditambah pula dengan sisi lakonan Alex Yanz, Zul Handyblack, Epy Raja Lawak, dan Mikael Andre yang sangat berbeza. Dan, Wawa Zainal yang berkesan, Kisah Paling Gangster ada sisi menjadi. 

Nak kata kisah ni paling gangster, aku rasa taklah sangat. Dengan aksinya yang tidak seberapa, namun sangat kemas visualnya, aku rasakan filem ni ada kontra ada pro. Suka lakonan, visual dan solekan serta kerja tembak menembak yang meyakinkan. Walaupun tidak segengster tajuknya, aku rasakan Kisah Paling Gangster berjaya tekankan drama dan lakonan paling hebat. Brandon Lee mungkin tidak melihat aksi itu penting tetapi sebaliknya, dalam gangster, lakonan yang meyakinkan itu adalah ‘gangster’ sebenar kepada penonton. 

3.5/5

Saturday, December 21, 2013

Review: Machete Kills

Tahun Terbit | 2013
Pengarah | Robert Rodriguez
Pelakon | Danny Trejo, Michelle Rodriguez, Lady Gaga (klik untuk senarai penuh pelakon)

Dari fake trailer dalam filem grindhouse beberapa tahun lalu, Machete jadi filem besar. Filem pertamanya memang menarik. Ada elemen klasik filem lama, ditambah dengan gaya komedi campur darah yang menjadi ikon filem ini. Seperti dikhabarkan dalam filem pertama, Machete akan jadi trilogy dan filem kali ni ialah sekuel kedua daripada keseluruhannya. Danny Trejo nampaknya sangat menjadi dalam persembahannya, itu aku yakin. 

Nak tonton Machete ni, tak kiralah apa saja filem Robert Rodriguez mahupun Quentin Tarantino, perlu ada kekuatan menunggu dan kesabaran dalam segenap aspek. Bagi peminat mainstream, pecah letup kebabom dan semua gaya normal filem aksi, mereka jarang mengikut kebiasaan. Robert Rodriguez dalam gayanya tersendiri dan aku lihat, orang suka atau tidak, dia akan tetap buat apa yang dia suka. 

Membandingkan sekuel Machete dengan yang pertama, aku rasakan filem ni ada lebih ada kurang. Sebagai filem yang satu satunya bermula dengan plot baru, ianya nampak macam seperti dirancang. Tidak seperti filem pertama yang memang ideanya sudah ada dalam fake trailer yang dipersembahkan. Melihat kedua duanya, jelas yang cara membikin ceritanya sudah berbeza, dan keseluruhannya juga berbeza. Filem pertama lebih bercerita. 

Filem ni pula macam novella. Pengarah nampaknya menyesakkan ruang filem ni dengan casting yang sangat banyak. Kita ada special appearance dari Lady Gaga, Antonio Banderas, Cuba Gooding Jr dan pelbagai karakter lain yang memang kebiasaannya dah berlakon filem pengarah ni sebelum ni. Justeru, plotnya memang nampak dibikin untuk memasukkan semua casting ini dan bukannya fokus sangat kepada cerita. 

Malah, filem kali ni yang nampak mirip kepada filem klasik sains fiksyen tambah aksi tahap gila ini punya plot yang sangat biasa. Pada aku, Machete nampak diberikan layanan yang sangat simple dalam persembahannya. Pengembaraannya nampak flat apabila setiap plot yang direka sangat mempunyai idea yang sangat kurang segar. Namun, disebabkan tarikan pelakon pelakonnya, aku rasakan plotnya tak perlu dipertikaikan sangat. 

Robert Rodriguez banyak bermain dengan filem. Lantas, filem ni ialah benar benar sebuah filem yang sangat mememorikan filem. Kita akan lihat gaya filem klasik yang ditonjolkan. Amat pelik apabila aku sendiri boleh menerima gaya klasik yang ditonjolkan ditambah pula dengan babak aksi dan cerita yang kadangkala kelaut itu. Haha.. tapi itulah apa yang aku suka pasal Rodriguez, cerita kelaut pun aku rasa sangat mahu menonton. 

Dengan gaya klasik dan juga aksi ganas yang agak kelakar, Machete mungkin agak kurang sesuai ditonton oleh yang tak sesuai menonton. Malah, pada yang kurang biasa dengan gaya pengarah ni, mungkin ianya akan jadi seperti menonton sebuah filem sampah. Machete Kills pada aku secara peribadi memang sangat ditunggu tunggu. Walaupun aku tak ambil kisah sangat plotnya nak bergerak bagaimana, aku suka untuk lihat bagaimana pengarah ini bermain dengan visual. 

4/5

Thursday, December 19, 2013

Review: This is the End

Tahun Terbit | 2013
Pengarah | Evan Goldberg & Seth Rogen
Pelakon | Seth Rogen, James Franco, Jonah Hill (klik untuk senarai penuh pelakon)

Cerita kiamat kedua aku tonton selepas At World’s End. Masing masing ada ciri yang sama, Cuma kekuatan komedinya dan gaya penceritaan sudah pasti berbeza. This is the End adalah sebuah filem yang diarahkan Evan Goldberg bersama Seth Rogen yang mana juga bertindak sebagai penulis lakon layar. Kesemua nama ini mungkin korang pernah dengar. Kalau sebut pasal filem yang ada dadah, seks dan lucah, merekalah antara pelakonnya. 

Adalah menjadi perkara normal apabila filem filem sebegini ada benda lucah dan lucah itu melawakkan. Dalam This is the End, Seth Rogen yang bertindak sebagai penulis lakonlayar bersama rakannya menggunakan idea apokalips dengan caranya tersendiri. Persembahannya lebih kepada kutuk kutuk suka suka then dengan event yang cliché sains fiksyen. Filem ini unpredictable. Bergerak seperti kepala otak mamat mamat penulisnya saja. 

Apabila bercerita tentang kiamat dalam filem Hollywood, totally kita kena serius pandang semua ni sebagai satu bahan hiburan. Mungkin ada agenda bla bla bla yang mahu disampaikan, tapi let just put that away. This is the End vs At World’s End, mana lagi best? Dua dua lebih kurang. Namun secara peribadi, filem Seth Rogen ini lebih dekat di hati. 

Filem ni bermula dengan gaya biasa filem Seth berlakon. Dengan sembang sembang macam sebuah reality dan bukannya filem, filem ni makin lama makin berkembang apabila pengakhiran dunia tiba. Dan apa yang korang akan saksikan ialah bagaimana enam orang pelakon popular yang sedang berpesta ni cuba untuk survive sepanjang kiamat berlaku. 

Jujur aku katakan filem ni memang for adults. Tak ada ruang untuk lawaknya untuk kanak kanak. Konsepnya simple dan apa yang mahu disampaikan sampai. Komedinya, walaupun sukar untuk aku catch up sebab kadangkala refer kepada beberapa filem lakonannya yang aku belum tonton, boleh dikatakan tak bosan. Bagaimana Seth bersatira dengan kehidupannya dan sekeliling mungkin antara perkara yang menarik untuk disaksikan. 

Sebagai orang dewasa, This is the End memang sebuah filem yang memenuhi jiwa untuk santai dan suka suka. Lawaknya tak ada batas. Sumpah seranah yang menjadi kebiasaan. Semuanya pelengkap untuk filem lawak kasar Hollywood ditambah pula dengan idea kiamat dunia serta cerita syurga neraka yang sangat Biblical. Pada aku, the best moment dalam filem ni pasti kemunculan Backstreet Boys di syurga pada akhir filem. 

Pada yang suka komedi yang agak kasar dan sedikit dewasa, This is the End mungkin antara filem untuk korang. Bagi yang tak suka, just hentikan. Bukan apa, isinya agak sukar diterima akal dan berbaur komedi agama yang sangat memerlukan bimbingan orang dewasa. This Is The End mudah difahami dan sangat menyeronokkan. Menonton keseluruhan filem, aku faham yang Seth sebenarnya menyindir keseluruhan kiamat Biblical dengan komedi ini. 

3/5

Monday, December 16, 2013

Review: Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang

Tahun Terbit | 2013
Pengarah | Pierre Andre
Pelakon | Shiro, Zalif Sidek, Mikael Andre (klik untuk senarai penuh pelakon)

Beginilah, hmm.. Ok. Baik buruk pun filem ni, satu je aku nak cakap, apa yang Pierre buat untuk sebuah filem sebegini perlu dipuji. Suka atau tidak itu belakang kira. Bila Pirre berjaya membawa islamik jauh dari tipikal 99 Kali Rindu, 7 Petala Cinta, Salam Cinta dan lain lain, akhirnya kita ada satu filem islamik dalam sisi baru untuk dinilai. Tahniah untuk apa yang diberikan. Apa yang ada dalam ni ada kritikan, sindiran dan ilmu. Jarang kita lihat semua itu. 

Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang memang sebuah filem komedi yang kurang menjadi. Itu kalau kita lihat dari komedi kumpulan Shiro yang macam tidak sampai walaupun komedi gaya mereka sudah dipersembahkan. Walaupun mereka tidak segah gabungan Sepahtu mahupun Jozan, gabungan mereka menjadi pada drama tetapi kurang menjadi pada komedi. Namun begitu, Shiro masih berjaya tampilkan lakonan yang menjadi. 

Shahrol Shiro berjaya membawakan lakonan yang maksima. Itu aku puji. Malah, Ajak berjaya membantu walaupun aku nampak Shahrol lebih mendominasi. Tambahan pula, kemunculan Along Eyzendy, Zalif Sidek dengan Mikael Andre telah menambah elemen penting filem MIG, pelakon recycle! 

Keseluruhannya, filem ni lebih bermain dengan perjalanan Dadu dan Muiz yang mana terjebak dengan insiden insiden yang tak diingini. Di sini, aku nampak yang semua insiden hanya seperti tangkap muat. Iya benar, insiden itu sebenarnya ada momen menasihat yang mahu ditonjolkan tapi, ianya terlalu ringan untuk sebuah filem yang ada mesej besar. Malah, ianya nampak seperti sebuah babak isi suka suka saja. 

Aku nampak Pierre masih menekan gaya seperti Highland Tower. Gaya arahannya dipenuhi babak babak yang agak santai, sekali sekala editing memainkan peranan untuk membentuk ruang komedi dan sindiran tertentu. Itu aspek baru yang Pierre tonjolkan. Aku suka momen dan editing walaupun ianya telah diterukkan dengan muzik latar yang sangat sampah. 

Tak tahulah apa yang tukang buat muzik buat. Filem ni komedi drama, tetapi bunyinya dah macam mengajak penonton untuk bersedih. Muzik dan situasi sangat tidak kena. Mood hilang. Kasihan. 

Dalam semua perbincangan ini, tak kira apa saja perbincangannya, Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang adalah filem yang sangat istimewa. Semestinya kehadiran Ustaz Azhar Idrus dalam filem ni menjadi taruhan utama. Maka, baik atau tidak badan filem ni, jika ada si penceramah itu, pastinya ia menjadi filem yang ditunggu tunggu segenap penonton. Menggunakan ustaz itu sebagai tarikan sebenarnya berjaya menyelindungkan apa saja kelemahana filem ni. 

Pierre menyampaikan semua ilmu agama yang dia tahu dalam setiap babak dakwah yang diberikan. Hal ini menunjukkan yang Pierre ada matlamat untuk mendidik melalui filem. Seharusnya ianya sebuah filem yang berilmu. Cuma bagi menilai sebagai sebuah filem, ianya masih belum menepati sebuah filem agama yang ada elemen tarik minat menonton yang pelbagai. Sekadar UAI sebagai penarik, ianya sangat kurang menjadi lagi. 

Macam aku kata tadi, sekadar melihat filem untuk memberi pengetahuan tabligh dan perjalanan mencari keredhaan, Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang ada mesej itu semua. Sifatnya yang mendidik menjadikan filem ni dibikin dengan niat mendidik. Namun, dengan kekurangan pada tarikan filem yang hanya bersandarkan kepada UAI, Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang masih belum memenuhi standard filem islamik sebenar! Tapi, usaha ini sudah cukup bagus setakat ini. Tahniah, Pierre! 

3/5

Review: Hantu Tok Mudim

Tahun Terbit | 2013
Pengarah | Wan Hafez
Pelakon | Izzue Islam, Andrea Abdullah, Soffi Jikan (klik untuk senarai penuh pelakon)

Mulanya, melihat pada tajuk, isu dan juga cerita yang bakal dipaparkan, aku mula rasa bangga sikitlah sebab Hantu Tok Mudim nampak seperti mahu berbicara tentang isu paling weird pernah dengar. Isu berkhatan ditambah dengan hantu menjadikan filemnya antara yang wajib ditonton untuk dinilai. Aku mahu lihat bagaimana Showbiz mahu bawakan isu khatan ini dalam sedikit selindung untuk jaga norma filem Malaysia. 

Pada pandangan pertama, aku kagum. Watak Hantu Tok Mudim itu sudah menjadi ikon hantu paling best setakat ini. Layak watak itu menjadi satu ikon hantu yang jelas boleh menakutkan siapa saja yang belum berkhatan. Misi menakutkan kanak kanak dengan watak hantu itu, walaupun ianya bukan hantu yang really really hantu, mungkin berjaya. Aku sebagai orang dewasa pula amat memuji solekan dan karakteristik hantu yang diberikan. 

Melihat pada visualnya pula, tidak dapat dinafikanlah yang Showbiz amat jauh bezanya dengan MIG. Semua aspek filem ni ditangai dengan baik. Malah, antara filem filem Showbiz yang ada, aku rasa Hantu Tok Mudim antara filem yang mendapat sentuhan visual yang kemas dan gah selain Ular. Ternyata, kualiti visual menjadi keutamaan. 

Bagaimana pulak dengan plot. Hah, ini yang aku nak bercerita. Tak tahulah panjang atau tidak, aku rasakan plotnya sedikit bermain main sehinggalah ianya lalai untuk berada pada tahap yang dikehendaki. Dalam erti kata lain, Hantu Tok Mudim cuba menyindir, sekali sekala membina playground suka suki dalam beberapa babak, dan in the end, penulisannya seperti terbelit. Plotnya tersekat sebelum sampai penghujung. 

Bukan apalah, aku paham filem ni sebenarnya filem biasa. Sekadar filem buat duit biasa saja. Tapi, aku rasakan walaupun dengan visual yang kemas, filem murah sebegini bersama watak yang sudah bagus ini sepatutnya menerima layanan plot yang lebih kemas dari ini. Tidak sepatutnya filem Hantu Tok Mudim ini nampak seperti buat lawak sampai lupa plot yang mahu diceritakan. Tidak patut! Sangat tidak patut! 

Aku sangat confius dengan permainan babak akhir yang aku rasakan menjadi percubaan terakhir untuk akhiri filem ni dengan murah. Aku tidak faham bagaimana Borhan, dan Lebai Kulup boleh saja dilepaskan sebegitu saja macam tak ada apa apa yang berlaku. Come on, dah berkapak berdarah bagai. Sampai satu kampung kena sunat macam apa apa entah, takkan orang kampung sangat senang memaafkan. 

Pada aku, Hantu Tok Mudim boleh ada komedi. Namun, seriusnya perlu ada. Cinta Borhan dan Wiwi itu cantik. Tok Mudim ditipu Lebai Kulup disebabkan cintakan Wiwi itu semuanya cantik. Pendek kata, permulaannya segar. Namun, bagaimana pertengahan filem ini dilayan menjadikan filem ni sangat biasa. Malah, emosinya semakin lama semakin kosong. Lawaknya juga makin lama makin basi. 

Sofi Jikan mungkin tak segelabah filem filem sebelum ini. Bagus. Harun Salim Bachik nampaknya sudah makin banyak mengisi filem Showbiz. Lakonannya bagus. Izzue meyakinkan. Andrea Abdullah pula sangat menarik! 

Overall, Hantu Tok Mudim macam biasa, terperangkap dalam benda baru yang berada di tangan orang yang mahu berfikiran lama. Benda sebegini, mungkin kalau dibuat slasher komedi yang lebih bagus penterjemahannya mungkin boleh menjadikan watak Tok Mudim itu sebaris pembunuh dari filem filem Indonesia. Malangnya, apabila ceritanya sudah tidak berjaya sampai dengan jaya, Hantu Tok Mudim hanya jadi tunggul yang penonton perhati, kemudian berlalu pergi tanpa apa emosi. 

3/5

Friday, December 13, 2013

Review: Aku Pilih Kamu

Tahun Terbit | 2013
Pengarah | Eyra Rahman
Pelakon | Fezrul Khan, Intan Ladyana, Zain Hamid (klik untuk senarai penuh pelakon)

Pengarah yang sentiasa hadir dengan filem yang lebih membincangkan persoalan wanita, cinta dan kehidupan ini nampaknya terjatuh jauh apabila menghasilkan Bencinta. Filem yang terlalu mencari car originality dari adaptasi itu gagal menjadikan isu yang dibangkitkan sesuai dengan apa yang dipaparkan. Eyra Rahman nampaknya tak putus asa lalu tampil dengan filem bergenre sama, Aku Pilih Kamu. Dalam fikiran aku ada satu soalan, adakah ini akan menaikkan semula graf pengarah ini? 

Menjadi pengarah wanita dalam kelompok pengarah di MIG itu sendiri menjadikan pengarah ini mampu membina identitinya sendiri. Di setiap filemnya, tak kira dari Dua Kalimah sehinggalah aku pilih kamu, masyarakat dan isu sosial menjadi perbincangan. Aku Pilih Kamu menjadi taruhan apabila ianya mendekatkan filem pengarah ini kepada unsur cinta yang kuat serta tambah campur konflik setiap karakter untuk mengembangkan cerita. 

Pada aku, cerita Qesya dalam filem ni meyakinkan. Sekaligus, apa yang terjatuh dalam Bencinta berjaya diangkat naik dengan filem ni. Nampak benar yang pengarah ni ada kekuatan tetapi, apa yang melemahkan ialah bagaimana penghasilan skrip dan ceritanya. Walaupun Aku Pilih Kamu sebuah filem yang biasa bercakap tentang cinta dan konflik cliché, aku rasa penghayatannya lebih baik.

Aku Pilih Kamu menyingkap soal kahwin janji, cinta perkahwinan dan juga persoalan tentang hati. Walaupun pada awalnya nampak ianya macam nak jadi tipikal love triangle, filem ni nampak macam cepat cepat padamkan Iskandar daripada disalah ertikan sebagai watak yang jahat. Dan apa yang korang nampak hanyalah bagaimana Alif cuba untuk mencari titik sentuhan supaya Qesya jatuh hati dalam hubungan yang dirancang keluaga itu. 

Permulaannya meyakinkan. Pada aku, dengan filemnya yang tidak tergesa gesa, ditambah pula dengan lakonan Fezrul dalam dialog dialog yang sangat menjadi, ianya sangat memenuhkan jiwa romantik filem ni. Malah, aku suka bagaimana Qesya dan Alif itu digerakkan sehinggalah ketinggian paling tinggi, yakni Qesya jatuh hati pada Alif. Ianya menjadi. 

Tetapi, apabila titik itu sudah tercapai, aku rasa filem ni semakin lama semakin tidak segah awal. Aku nampak rahsia Alif itu nampak dilengah lengahkan. Namun, keseluruhannya, plotnya boleh aku gambarkan dengan tiga kata. Satu, drama. Dua, romantik. Tiga, tipikal. 

Aku Pilih Kamu sebenarnya bawa cerita yang sangat biasa. Macam korang tonton kat tv. Cuma dalam perbincangan cinta yang menjadi lambakan tu, Eyra sebegitu berani membawa cerita romantik yang agak berat dan betul2 perlukan kesabaran ini ke wayang. Dan dalam lambakan itu juga, Aku Pilih Kamu sebenarnya berada pada aras filem cinta yang biasa dan sama sahaja dengan kualiti drama tv. 

Namun begitu, kualiti visualnya sangat baiklah dalam konteks filem MIG. Eyra menjauhkan dunia metropolitan dan membawakan flora hijau yang menggambarkan ketenangan filem ni. Itu mungkin satu kekuatan filem ni yang boleh dipuji. 

Pada aku, filem ni menebus maruah kegagalan filem Bencinta. Dengan pertaruhan filem yang sedikit simple dan biasa, Aku Pilih Kamu boleh layan. Tambahan pula, apabila Azhan Rani pula berada dalam filem ni, ianya sedikit sebanyak mengurangkan perasaan pelakon ‘recycle’ yang menjadi kebiasaan MIG. Sebuah drama biasa, namun kualiti emosinya sangat menjadi kekuatan dan pelengkap sempurna filem ketiga Eyra ini. 

3.5/5

Thursday, December 12, 2013

Review: The Hobbit - The Desolation of Smaug

Tahun Terbit | 2013
Pengarah | Peter Jackson
Pelakon | Ian McKellen, Martin Freeman, Richard Armitage (klik untuk senarai penuh pelakon)

Amaran awal, kalau sesapa yang tak tonton The Unexpected Journey dan merancang untuk tonton installment kedua The Hobbit ini atas dasar suka suka, baik korang hentikan saja niat korang. Filem ni bukan sebuah filem yang jenis suka beritahu apa yang berlaku sebelum filem ini untuk mudahkan korang catch-up. Ianya terus bermula dari apa yang tertinggal dan yang sudah tertinggal akan terus tertinggal lalu ditinggalkan. 

The Desolation of Smaug lebih kelam. Tak ada masa kali ni untuk kita berpeluang untuk bertenang sambil hayati muzik Howard Shore yang nyaman tu. Namun, dalam kelam kelam tu pun, tidak semestinya ianya sebuah filem yang wajar ditonton jika korang bukanlah seorang pengikut tegar Tolkien dan Middle-earth. Bagi aku, filem ni sendiri bukanlah betul2 filem lengkap. Ianya macam sekeping filem yang masih menunggu untuk dilengkapkan. 

Peter Jackson dengan barisan penulis lakonlayarnya kali ni lebih memberikan penekanan terhadap plot , subplot dan segala watak watak baru. Tidak seperti An Unexpected Journey yang lebih nampak macam memanjangkan sesuatu yang pendek, sekuel The Hobbit kali ni ada konflik yang makin banyak serta plot yang memang betul2 memenuhi ruang 2 jam 45 minit tayangan. 

Sekuel kedua ini sebenarnya berjaya membuatkan pandangan yang buku kecil itu tak boleh dibelah tiga salah. Mungkin kita sudah nampak kenapa An Unexpected Journey sengaja dileretkan sampai begitu sekali dengan tujuan untuk memberikan The Desolation of Smaug lebih kepuasan. 

Pada aku, secara peribadi, walaupun aku rasakan The Desolation of Smaug sudah berjaya memuaskan hati aku dari aspek plot dan penceritaan, aku sebenarnya rasa kurang berkenan apabila Peter Jackson kurang menyelitkan aksi aksi yang impaknya lebih seperti filem pertama. Sepanjang The Desolation of Smaug, pertarungan yang ikonik yang aku rasa ada feel hanyalah adegan tong yang dihanyutkan. Yang lain, drama menjadi inti. 

Sebenarnya, The Desolation of Smaug memberikan peluang untuk korang lihat pembesaran semua plot LOTR dan The Hobbit. Menontonnya mungkin menjadi pelengkap bagai yang mengimpikan cerita middle-earh yang baru ni. Banyak plot yang nampak dibina sekadar untuk paksa korang untuk tonton filem ketiga. Malah, ada sesetengahnya menjadi permulaan kepada apa yang berlaku dalam LOTR. So, yang mengikuti LOTR, pasti teruja. 

Mungkin filem ni dibuat untuk memenuhi kehendak plot dan bukannya aksi. Mahu pengembaraan dan aksi, plotnya meleret. Mahu plot berkembang, aksi pula jadi kurang. Ada give and take kat situ pulak. Apapun, filem kedua ini berjaya melepaskan geram selepas setahun aku tunggu nak lihat Smaug punya wajah. Bertapa pandainya Peter Jackson tu sembunyikan naga sehinggalah selepas setahun, baru kau nak tunjuk wajah. Haish! 

Oh, ya. Disebabkan filem ni bercerita tentang Smaug, maka berbincang pasal Smaug dan adegan yang diberikan patut rasanya ada. Pada aku, filem ni macam memberikan Smaug terlalu banyak ruang untuk bercakap dan bermain. Dan sehinggalah pada satu masa, aku tertanya tanya apa motif adegan Smaug dan Bilbo berbual yang panjang tu. Malah, aksi akhir yang menjadi kejutan besar di akhir filem, pada akulah, kurang impak yang besar. 

Sedikit kecewa dengan muzik latar Howard Shore yang agak kurang menyerlah dalam filem kali ni. Beberapa ruang nampak kosong dan kurang sengat tanpa muzik latar yang membantu. Itu kekurangan filem The Hobbit kali ini. 

Overall, menonton The Desolation of Smaug ada pro dan kontra. Pronya, filem ni sekuel yang menjadi pelengkap kalau korang nak tonton yang ketiga. Kontranya, yang tak tonton filem pertama conform akan rasa bakar duit bila tonton filem hampir 3 jam ni. Anda yang mana satu? Ingat tau, filem ni tak ada permulaan dan pengakhiran. Menonton filem ni macam korang masuk panggung masa filem dah separuh ditayang dan keluar panggung semasa klimaksnya baru nak mula. 

3.5/5

Tuesday, December 10, 2013

10 Sebab Big Bad Wolf Book Sale Wajib Dihadiri



Admin dah hadir selama dua hari di pesta buku ni, 9 dan 10 Disember 2013. Pesta ini tamat pada 15 Disember 2013. Kenapa korang kena hadir? 

1. Pesta buku dengan kemeriahan infiniti

Pesta buku BBW ni sebenarnya dah jadi pendefinisi baru pesta buku. Tidak dinaungi atau dimonopoli kompani penerbit, BBW bersikap sama berat sama rata dengan semua buku yang ada. Apa yang korang harapkan mungkin tak mungkin dijumpai semuanya. Tetapi, aku yakin korang akan jumpai lebih dari apa yang korang mahu jumpa. Ini baru pesta buku sebenar!

2. Ianya diadakan di tempat yang besar
Tahun 2012 dan 2013, BBW memilih tempat yang sama iaitu di The Mines Convention Centre. Dengan komuter Serdang yang berdekatan, dan kemudahan teksi yang sedia ada menunggu, BBW menjanjikan pengalaman memilih buku tahap paling gila pernah korang rasai. 

3. 24 jam tanpa henti!
BBW kali ini memberikan ruang untuk berpesta dalam mana mana minit yang korang mahu. Jika tidak mahu bersesak, korang pilih tengah malam sambil lepak di mamak berdekatan. Pendek kata, datang saja bila bila masa, pintu terbuka untuk korang membeli.

4. Harga murah giler 
Cukup sekali korang beli di sini. Bekalan untuk sepanjang tahun. Bawa satu kereta, dan selamat membeli stok stok bacaan tahun 2014. Dengan potongan harga yang sangat tinggi korang akan rasa mana mana kad diskaun atau ahli kedai buku tidak diperlukan lagi!

5. Buku hardcover dengan harga tak layak dengannya!
Kalau korang tengok buku hardcover, harganya mencecah ratusan. Malah, dengan visual yang berwarna penuh setiap helai, korang pasti takkan beli punyalah. Di sini, buku sebegitu dijual serendah RM10! Memang gila!

6. Keseimbangan novel muncul!
Tahun lepas, 2012, BBW lebih menjual novel bahasa inggeris. Tetapi, tahun ini, BBW memberi ruang kepada novel melayu untuk dijual. So, nak dapatkan novel melayu murah di sini, confirm korang takkan rasa rugi.

7. Keselesaan, itu prioriti mereka!
Yang nak rileks selepas penat pilih buku, tak pun menunggu suami, isteri, anak anak, sepupu sepapat cari buku, luangkan masa di ruang rehat yang disediakan. Kemudahan simpan barang jugak ada! Jadi, boleh shopping, tonton wayang, then datang ke pesta semula untuk tuntut barang.

8. Title baru ada, title lama pun ada. 3 juta semuanya!
Yang tak berkesempatan atau takde fulus tahun lepas untuk beli buku, jangan risau. Buku tahun lepas punya masih ada dijual dengan harga yang masih sama. Jadi, datang, ambil dan bacalah.

9. Boleh beli t shirt lanun!
Big Bad Wolf ada sediakan t shirt dan pelbagai cenderahati. Boleh beli dan selamat berbangga!

10. Masa nak guna troli ataupun kotak lama!
Hadir BBW Books sale tanpa troli dan kotak sendiri memang tak sah. Sebab konfom korang tak menang tangan nak beli semua buku yang ada. Jadi, bawa troli sendiri dan juga kotak sendiri kalau mahu beli pada kuantiti yang agak besar.

update pesta buku ini, layari : https://www.facebook.com/bbwbooks

Yang tertinggal, pastikan jangan lepaskan peluang untuk jualan Aftermath mereka nanti. Senarai buku yang berjaya admin buru di BBW Sales seperti berikut! (nanti admin tunjuk.. ehehe)

Monday, December 9, 2013

Review: Ular

Tahun Terbit | 2013
Pengarah | Jason Chong
Pelakon | Yusry Abdul Halim, Lisa Surihani, Nam Ron (klik untuk senarai penuh pelakon)

Selepas KRU buat kura kura jadi bintang dalam Cinta Kura Kura, sekarang tiba masanya untuk anak kompaninya, Showbiz buat lagi gempak. Dengan itu, muncullah Ular, sebuah filem arahan Jason Chong yang dibintangi pasangan famous giler nih, sape lagi kalau bukan Yusry dan Lisa Surihani kan? Pada aku, filem Ular berjaya pecah sekali lagi rekod filem malaysia apabila menjadi filem creature feature pertama rasanya di Malaysia. 

Berjaya atau tidak filem ni? Hmm.. itulah yang aku nak ceritakan. Menjadi sebuah filem creature feature yang mahu mengikut tradisi Anaconda mahupun apa saja filem haiwan membunuh di Hollywod bukan mudah. Malah, untuk menjadi seperti mereka, filem makhluk sebegini sebenarnya perlu penelitian lebih bagus dari apa yang korang saksikan dalam Ular. 

Bukan aku nak kata yang filem Ular tidak bagus. Bagus sudah tu kalau Showbiz berjaya buat apa yang korang lihat. Cuma, pada aku, untuk menjadikan sebuah filem haiwan sebegini lebih dekat untuk menakutkan penonton, ada elemen yang sangat perlu ada tetapi tidak dilengkapi dala filem ni. Aku teruja dengan filem ni. Namun, ya, aku rasa mereka sudah sedaya mungkin buat, tapi still Ular sepatutnya lebih baik ceritanya dari ini. Tolak ke tepi CGI yang masih belum matang itu, judt kemaskan plot dah cukup dulu. 

Okeyh, dengan memulakan filem ni dengan idea lucky draw, ceritanya dipickup dengan mudah. Cara malas untuk membina talian silaturahim antara karakter ini sebenarnya sudah menunjukkan filem ni akan pincang. Mungkin penulis skripnya sedang tonton Charlie and te Chocolate Factory masa tulis pembukaan filem. Terwujud pasangan gay, pak cik ubat gila seks, tiga gadis gatal dan sepasang suami isteri dan pasangan reporter pelengkap yang sempurna. Tapi kekurangannya, konflik dan emosi antara orang asing ini kurang!

Kesemua watak kemudian diberi peluang untuk melakukan ‘dosa’ untuk menjadikan ular itu sebagai malaikat maut yang akan menghukum. Lumrah filem Hollywood! Itu baik. Sangat bagus. Sekurang kurangnya, pendosa dihukum dengan sempurna. Dan itu yang penonton mahu tonton. Apa yang gagalnya ialah, kita tidak dipersembahkan dengan permainan ular menghukum itu dengan jelas. Mereka dihukum tanpa kita dapat merasai. 

Ya, benar si pak cik jual ubat tu punya kematian yang sangat dasahattt sehinggakan aku pun ngilu nak duduk atas lubang jamban! Tapi watak lain pula bagaimana? Takkanlah dia seorang mendapat kematian ekslusif yang menjadi hiburan ngeri penonton sedangkan yang lain hanyalah kematian yang tidak diutamakan? 

Malah, melihat daripada keseluruhan plot, ceritanya nampak seperti cuba sehabis baik untuk minimakan kewujudan ular dalam visual. Aku lihat visual ular yang sangat simple diberikan ruang untuk dipaparkan. Justeru, apa yang kita nampak ceritanya yang lebih besar ialah konflik Lisa dan Yusry dalam membongkar sedangkan pada masa yang sama ular yang nak dipertontonkan tu hanya dipaparkan melalui CCTV dan few syot saja. 

Tambahan lagi, beberapa syot pandangan Ular itu sendiri tidak ditangani dengan jaya. Satu kekurangan di situ ya! Di tambah pula syot Lisa Surihani atas sampan yang entah pape, tanpa apa apa explanation tentang ular tersebut, i mean ya ianya pengakhiran yang nampak macam anti klimaks, tapi kalau macam mana kotak tu ada dalam sampan atas apa sebab dan macam mana Lisa boleh jumpa sampan itu tidak diexplen, ianya still anti klimaks yang gagal! 

Namun diatas kekurangan tu, Ular ada sesuatu yang berani. Penuh dengan elemen gay, seks dan juga moral moral yang mendosakan manusia, aku rasa ianya sangat berani! Namun, aku rasakan elemen itu terlalu besar sehinggakan dah nampak macam filem separa lucah pun dah! Tak sampai tahap bogel, cuma cukup untuk dewasa memahami tersirat. Sangat berani sehinggakan ianya dilabel tontonan dewasa ok! 

Bila penekanan terhadap seks dan kelucahan dewasa itu ditekankan, disinilah kekurangan berlaku. Lihat saja bagaimana filem luar menguatkan pertalian antara karakter. Bukan CGI! Karakter! Sehinggakan setiap kematian dalam filem itu menjadi kejutan demi kejutan! Ular tak ada itu.Terleka dengan elemen seksual sehingga terlupa elemen penting, kekuatan hubungan setiap karakter. 

Emosi Yusry dan Lisa lemah. Malah, kematian Yusry sangat tidak ada impak. Sekadar mentuturkan dialog cliche dan kemudian, mati katak. Oh, hanya satu saja yang mungkin sampai emosinya, kematian Izzue Islam dan bininya.

Tolak tepi CGI yang biasa itu. Aku sebenarnya dah kagum dengan visual ular yang diberikan. Sangat mengujakan. Ada ngeri pada solekan yang dikenakan walaupun tulang lutut Izzue yang patah tu still nampak tak real. Settingnya yang dark, isu seks yang berani menjadi bahan utama, serta kematian ngeri mangsa si ular, semua tu kepuasan yang cantik dan boleh dibanggakan. 

Ular sebagai filem creature feature pertama Malaysia, pada aku sudah mencapai satu tahap baru. Cuma itulah, kekurangan pada emosi, hubungan antara setiap karakter dan permainan plotnya yang perlu lebih kemas menjadikan filem Ular seperti filem Malaysia yang biasa sahaja pada plotnya. Visualnya dah tahap filem Asia dah! Menontonnya memang menjanjikan pengalaman ngeri dan kejutan, namun janganlah harap sebaik filem creature feature barat. 

3.5/5

Saturday, December 7, 2013

Review: Elysium

Tahun Terbit | 2013
Pengarah | Neill Blomkamp
Pelakon | Matt Damon, Jodie Foster, Sharlto Copley (klik untuk senarai penuh pelakon)

Elysium ni lebih kurang sama lah gayanya macam District 9. Seperti filem yang telah berjayana naikkan identity Neill Blomkamp itu, Elysium tak lari dari menerima gaya visual yang bergoyang goyang dan penceritaan yang nampak seperti sedang berlaku dalam dunia sebenar. Filem ni juga masih ada sisi science fiksyen yang lebih kurang sama dengan District 9 cuma bezanya, ianya tidak lagi bercerita tentang alien lagi. 

Sifat kemanusiaan, isu migrasi dan juga kasta miskin kaya diexplore dalam filem ini. Elysium memberikan satu sisi visual yang pada masa yang sama memberi kepuasaan pada aksinya, namun pada masa yang sama, filem ni cuba menyampaikan sesuatu. Paling jelas, kita akan lihat bagaimana filem ni berkata yang pengasingan kaya miskin itu bukanlah satu perkara yang wajar ada. 

Sedikit rasa kecewa apabila aku dapati filem ni lebih berkisar tentang bumi daripada Elysium. Namun, apabila aku fahami apa yang filem ni mahu sampaikan, ditambah dengan saduran aksi aksinya yang boleh tahan even taklah terlalu hebat mana, aku puas menonton. Cuma aku sedikit kurang menyukai permulaan yang agak lambat dan masih teragak agak untuk memberi apa yang sepatutnya diberi. 

Jodie Foster sebagai watak jahat kurang meyakinkan. Kelembutannya ada menjadikan penonton boleh mengasihaninya dengan situasi yang dia lalui. Mulanya aku rasakan she is not a bad-ass yang berjaya, tetapi bila lihat saja situasi yang berlaku pada wataknya, aku rasa wataknya menyampaikan permainan politik si kaya yang sangat berjaya! 

Hebat benar apabila pengarah kelahiran Afrika ini menggabungkan pelbagai etnik dalam sisi jahat baik filem ni. Kita nampak yang kepala Elysium adalah orang India. Aku terfikir kenapa tak diletakkan orang Amerika? Malah, si pembunuh upahan Kruger itu sendiri, gayanya seperti Australian. So, tahniah kepada India, anda dihormati, dan walla Australia, korang sangat jahat! Ha3. 

Matt Damon juga adalah karakter yang sangat menarik untuk dilihat. Kita ada watak Max yang pada awalnya sangatlah mahu ke Elysium atas dasar kepentingan dirinya. Namun, bagaimana segala perjalanannya itu berubah menjadi satu misi menyelamat dunia yang jauh dari apa yang dia mahu. Walaupun emosi akhir wataknya masih kurang, aku rasakan lakonannya telah dicuba sehabis baik. Dari Bourne sampai sekarang, dia sama saja. 

Mungkin ada yang rasakan filem ni sederhana berbanding District 9. Mungkin juga yang kata yang pengarahnya still mengulang apa yang ada pada filem dulu saja. Pada aku, District 9 ada kepuasan. Benar, sekali sekala ada juga identity District 9 yang diulang. Tapi, sebagai sebuah filem aksi fiksyen yang bercakap tentang isu social, Elysium berjaya pada sisi itu. Aksinya boleh tahan, pelakonnya erm.. boleh tahan. Sederhana pada penceritaan, tetapi besar pada apa yang mahu disampaikan.

3.5/5

Review: Kick-ass 2

Tahun Terbit | 2013
Pengarah | Jeff Wadlow
Pelakon | Aaron Taylor-Johnson, Chloe Grace Moretz, Christopher Mintz-Plasse (klik untuk senarai penuh pelakon)

Kick-ass yang mula ditayangkan filem pertamanya tahun 2010 dulu mungkin membuatkan filem superhero ada sisi baru. Sisi dimana kita melihat superhero itu dalam definisi yang lebih dekat dengan masyarakat dalam dunia nyata. Walaupun filem tetap filem, Kick-ass berjaya blend in superhero yang berada dalam kehidupan normal yang sangatlah pada mata memandang superhero sebagai satu fiksyen yang tidak diterima. 

Identitinya ada. Menjadikan Kick-ass antara ikon superhero yang sangat lain macam. Dan paling penting, bagaimana filemnya sentiasa menampilkan actor popular yang berada di sisi yang agak tak berapa penting kemudiannya menerima kematian yang sangat tragik. Di filem pertama ada Nicolas Cage, dan dalam Kick-ass 2 pula ada Jim Carrey dalam role paling sangat tak lawak langsung. 

Pada aku, dari arahan Matthew Vaughn ( pengarah X Men: First Class) kepada Jeff Wadlow ( pengarah Never Back Down), Kick-ass punya sekuel berjaya naik satu tangga ke tahap yang lebih violence, matang dan juga ‘superhero’. Menyusuri Dave dalam konflik yang lebih besar selepas fenomena Kick-ass menyebabkan pelbagai real superhero muncul, plotnya diisi dengan konflik yang sangat besar dan berkata kata. 

Malah, dalam filem ni juga, Mindy yang juga nama samarannya Hit Girl diberi plotnya yang lebih besar sekaligus memberi ruang untuk explore dunia gadis yang terperangkap antara keluarga, cita cita dan juga sifat azali seorang gadis. Konfliknya, tak kiralah sama ada Mindy mahupun Dave, sebenarnya mahu berbicara sesuatu. Superhero itu sangat sukar kemenjadiannya di dunia nyata. 

Arahan Jeff Wadlow aku rasakan lebih banyak visual yang lebih cun dan juga upgrade. Kita ada lebih banyak adegan berdarah dan berani. Walaupun Kick-ass mengisahkan dunia remaja dengan fantasi superhero, ianya sangatlah dewasa. Justeru, dua sisi bersama dalam membentuk Kick-ass memberikan filem ni satu ciri yang sangat pelik namun sangat ohsem! 

Apa yang menarik untuk diperhatikan dalam filem ni ialah watak Jim Carrey yang mengulangi sejarah Nicholas Cage dalam filem pertama. Bukan satu spoiler, tetapi itulah tradisi Kick-ass yang menjadikan filem ni menarik. Pelakon ni nampak lain macam melalui solekan dan juga imej yang ditampilkan. Malah, sekali pandang, korang akan rasa betul ke tu Jim Carrey?. Tapi itulah kebenarannya, itu Jim! 

Kick-ass menampilkan superhero yang lebih besar, drama yang lebih dalam dan juga aksi yang lebih besar dan ganas. Berbanding filem pertama, aku rasakan filem kedua ni lebih tekankan aspek visual dan juga keganasan yang lebih berani. Even komedinya aku rasa kemenjadiannya lebih menjadi pada filem yang pertama, pengisian dengan elemen drama, exploration tentang kematangan, dan supervillain yang lebih mega menjadikan Kick-ass matang dalam segala aspek. 

Aaron Taylor-Johnson dalam kematangannya bersama Chloe Grace Moretz. Dua watak yang sangat menghidupkan dan cantik pengembangannya. Oh ya, pada yang tonton Ra.One, pasti korang akan dapat lihat Tom Wu, yang dalam filem SRK tu berlakon sebagai Akaashi beraksi dalam filem ni. Penampilannya sedikit. Tetapi lihat saja bagaimana skrip mampu menghidupkan karakternya. 

Overall, Kick-ass kali ni sangat lebih hebat! Aksi lebih ganas, dan exploration dramanya lebih berat. Sekaligus, Jeff Wallow berjaya memberikan penerimaan superhero dalam dunia nyata ini lebih mendekati sebuah kisah superhero. Dan semua ini sekaligus membentuk Kick-ass 2 sebagai sebuah filem superhero dalam kelasnya tersendiri. Ikonik dengan caranya tersendiri, Kick-ass 2 a must watch bagi penonton yang mahu cerita superhero yang lebih nyata! 

4/5