Saturday, December 7, 2013

Review: Kick-ass 2

Tahun Terbit | 2013
Pengarah | Jeff Wadlow
Pelakon | Aaron Taylor-Johnson, Chloe Grace Moretz, Christopher Mintz-Plasse (klik untuk senarai penuh pelakon)

Kick-ass yang mula ditayangkan filem pertamanya tahun 2010 dulu mungkin membuatkan filem superhero ada sisi baru. Sisi dimana kita melihat superhero itu dalam definisi yang lebih dekat dengan masyarakat dalam dunia nyata. Walaupun filem tetap filem, Kick-ass berjaya blend in superhero yang berada dalam kehidupan normal yang sangatlah pada mata memandang superhero sebagai satu fiksyen yang tidak diterima. 

Identitinya ada. Menjadikan Kick-ass antara ikon superhero yang sangat lain macam. Dan paling penting, bagaimana filemnya sentiasa menampilkan actor popular yang berada di sisi yang agak tak berapa penting kemudiannya menerima kematian yang sangat tragik. Di filem pertama ada Nicolas Cage, dan dalam Kick-ass 2 pula ada Jim Carrey dalam role paling sangat tak lawak langsung. 

Pada aku, dari arahan Matthew Vaughn ( pengarah X Men: First Class) kepada Jeff Wadlow ( pengarah Never Back Down), Kick-ass punya sekuel berjaya naik satu tangga ke tahap yang lebih violence, matang dan juga ‘superhero’. Menyusuri Dave dalam konflik yang lebih besar selepas fenomena Kick-ass menyebabkan pelbagai real superhero muncul, plotnya diisi dengan konflik yang sangat besar dan berkata kata. 

Malah, dalam filem ni juga, Mindy yang juga nama samarannya Hit Girl diberi plotnya yang lebih besar sekaligus memberi ruang untuk explore dunia gadis yang terperangkap antara keluarga, cita cita dan juga sifat azali seorang gadis. Konfliknya, tak kiralah sama ada Mindy mahupun Dave, sebenarnya mahu berbicara sesuatu. Superhero itu sangat sukar kemenjadiannya di dunia nyata. 

Arahan Jeff Wadlow aku rasakan lebih banyak visual yang lebih cun dan juga upgrade. Kita ada lebih banyak adegan berdarah dan berani. Walaupun Kick-ass mengisahkan dunia remaja dengan fantasi superhero, ianya sangatlah dewasa. Justeru, dua sisi bersama dalam membentuk Kick-ass memberikan filem ni satu ciri yang sangat pelik namun sangat ohsem! 

Apa yang menarik untuk diperhatikan dalam filem ni ialah watak Jim Carrey yang mengulangi sejarah Nicholas Cage dalam filem pertama. Bukan satu spoiler, tetapi itulah tradisi Kick-ass yang menjadikan filem ni menarik. Pelakon ni nampak lain macam melalui solekan dan juga imej yang ditampilkan. Malah, sekali pandang, korang akan rasa betul ke tu Jim Carrey?. Tapi itulah kebenarannya, itu Jim! 

Kick-ass menampilkan superhero yang lebih besar, drama yang lebih dalam dan juga aksi yang lebih besar dan ganas. Berbanding filem pertama, aku rasakan filem kedua ni lebih tekankan aspek visual dan juga keganasan yang lebih berani. Even komedinya aku rasa kemenjadiannya lebih menjadi pada filem yang pertama, pengisian dengan elemen drama, exploration tentang kematangan, dan supervillain yang lebih mega menjadikan Kick-ass matang dalam segala aspek. 

Aaron Taylor-Johnson dalam kematangannya bersama Chloe Grace Moretz. Dua watak yang sangat menghidupkan dan cantik pengembangannya. Oh ya, pada yang tonton Ra.One, pasti korang akan dapat lihat Tom Wu, yang dalam filem SRK tu berlakon sebagai Akaashi beraksi dalam filem ni. Penampilannya sedikit. Tetapi lihat saja bagaimana skrip mampu menghidupkan karakternya. 

Overall, Kick-ass kali ni sangat lebih hebat! Aksi lebih ganas, dan exploration dramanya lebih berat. Sekaligus, Jeff Wallow berjaya memberikan penerimaan superhero dalam dunia nyata ini lebih mendekati sebuah kisah superhero. Dan semua ini sekaligus membentuk Kick-ass 2 sebagai sebuah filem superhero dalam kelasnya tersendiri. Ikonik dengan caranya tersendiri, Kick-ass 2 a must watch bagi penonton yang mahu cerita superhero yang lebih nyata! 

4/5

No comments: