Thursday, December 12, 2013

Review: The Hobbit - The Desolation of Smaug

Tahun Terbit | 2013
Pengarah | Peter Jackson
Pelakon | Ian McKellen, Martin Freeman, Richard Armitage (klik untuk senarai penuh pelakon)

Amaran awal, kalau sesapa yang tak tonton The Unexpected Journey dan merancang untuk tonton installment kedua The Hobbit ini atas dasar suka suka, baik korang hentikan saja niat korang. Filem ni bukan sebuah filem yang jenis suka beritahu apa yang berlaku sebelum filem ini untuk mudahkan korang catch-up. Ianya terus bermula dari apa yang tertinggal dan yang sudah tertinggal akan terus tertinggal lalu ditinggalkan. 

The Desolation of Smaug lebih kelam. Tak ada masa kali ni untuk kita berpeluang untuk bertenang sambil hayati muzik Howard Shore yang nyaman tu. Namun, dalam kelam kelam tu pun, tidak semestinya ianya sebuah filem yang wajar ditonton jika korang bukanlah seorang pengikut tegar Tolkien dan Middle-earth. Bagi aku, filem ni sendiri bukanlah betul2 filem lengkap. Ianya macam sekeping filem yang masih menunggu untuk dilengkapkan. 

Peter Jackson dengan barisan penulis lakonlayarnya kali ni lebih memberikan penekanan terhadap plot , subplot dan segala watak watak baru. Tidak seperti An Unexpected Journey yang lebih nampak macam memanjangkan sesuatu yang pendek, sekuel The Hobbit kali ni ada konflik yang makin banyak serta plot yang memang betul2 memenuhi ruang 2 jam 45 minit tayangan. 

Sekuel kedua ini sebenarnya berjaya membuatkan pandangan yang buku kecil itu tak boleh dibelah tiga salah. Mungkin kita sudah nampak kenapa An Unexpected Journey sengaja dileretkan sampai begitu sekali dengan tujuan untuk memberikan The Desolation of Smaug lebih kepuasan. 

Pada aku, secara peribadi, walaupun aku rasakan The Desolation of Smaug sudah berjaya memuaskan hati aku dari aspek plot dan penceritaan, aku sebenarnya rasa kurang berkenan apabila Peter Jackson kurang menyelitkan aksi aksi yang impaknya lebih seperti filem pertama. Sepanjang The Desolation of Smaug, pertarungan yang ikonik yang aku rasa ada feel hanyalah adegan tong yang dihanyutkan. Yang lain, drama menjadi inti. 

Sebenarnya, The Desolation of Smaug memberikan peluang untuk korang lihat pembesaran semua plot LOTR dan The Hobbit. Menontonnya mungkin menjadi pelengkap bagai yang mengimpikan cerita middle-earh yang baru ni. Banyak plot yang nampak dibina sekadar untuk paksa korang untuk tonton filem ketiga. Malah, ada sesetengahnya menjadi permulaan kepada apa yang berlaku dalam LOTR. So, yang mengikuti LOTR, pasti teruja. 

Mungkin filem ni dibuat untuk memenuhi kehendak plot dan bukannya aksi. Mahu pengembaraan dan aksi, plotnya meleret. Mahu plot berkembang, aksi pula jadi kurang. Ada give and take kat situ pulak. Apapun, filem kedua ini berjaya melepaskan geram selepas setahun aku tunggu nak lihat Smaug punya wajah. Bertapa pandainya Peter Jackson tu sembunyikan naga sehinggalah selepas setahun, baru kau nak tunjuk wajah. Haish! 

Oh, ya. Disebabkan filem ni bercerita tentang Smaug, maka berbincang pasal Smaug dan adegan yang diberikan patut rasanya ada. Pada aku, filem ni macam memberikan Smaug terlalu banyak ruang untuk bercakap dan bermain. Dan sehinggalah pada satu masa, aku tertanya tanya apa motif adegan Smaug dan Bilbo berbual yang panjang tu. Malah, aksi akhir yang menjadi kejutan besar di akhir filem, pada akulah, kurang impak yang besar. 

Sedikit kecewa dengan muzik latar Howard Shore yang agak kurang menyerlah dalam filem kali ni. Beberapa ruang nampak kosong dan kurang sengat tanpa muzik latar yang membantu. Itu kekurangan filem The Hobbit kali ini. 

Overall, menonton The Desolation of Smaug ada pro dan kontra. Pronya, filem ni sekuel yang menjadi pelengkap kalau korang nak tonton yang ketiga. Kontranya, yang tak tonton filem pertama conform akan rasa bakar duit bila tonton filem hampir 3 jam ni. Anda yang mana satu? Ingat tau, filem ni tak ada permulaan dan pengakhiran. Menonton filem ni macam korang masuk panggung masa filem dah separuh ditayang dan keluar panggung semasa klimaksnya baru nak mula. 

3.5/5

3 comments:

onlajer said...

Filem pertama nih aku tengok tak sampai separuh pun huh

Anonymous said...

Xsemua org bosan macam sedara . :)

Anonymous said...

Saya xbosan tgk cite ni dan ye, saya mengikuti cite ni sejak HOBBIT 1 dan 3logi LOTR lagi....Apa pun, kita semua memang memiliki citarasa berbeza. Nasib baik saya bukan pembaca novel2 JRR Tolkien, Kalau tidak, tentu tanggapan saya akan lebih berbeza......yaz