Monday, December 16, 2013

Review: Hantu Tok Mudim

Tahun Terbit | 2013
Pengarah | Wan Hafez
Pelakon | Izzue Islam, Andrea Abdullah, Soffi Jikan (klik untuk senarai penuh pelakon)

Mulanya, melihat pada tajuk, isu dan juga cerita yang bakal dipaparkan, aku mula rasa bangga sikitlah sebab Hantu Tok Mudim nampak seperti mahu berbicara tentang isu paling weird pernah dengar. Isu berkhatan ditambah dengan hantu menjadikan filemnya antara yang wajib ditonton untuk dinilai. Aku mahu lihat bagaimana Showbiz mahu bawakan isu khatan ini dalam sedikit selindung untuk jaga norma filem Malaysia. 

Pada pandangan pertama, aku kagum. Watak Hantu Tok Mudim itu sudah menjadi ikon hantu paling best setakat ini. Layak watak itu menjadi satu ikon hantu yang jelas boleh menakutkan siapa saja yang belum berkhatan. Misi menakutkan kanak kanak dengan watak hantu itu, walaupun ianya bukan hantu yang really really hantu, mungkin berjaya. Aku sebagai orang dewasa pula amat memuji solekan dan karakteristik hantu yang diberikan. 

Melihat pada visualnya pula, tidak dapat dinafikanlah yang Showbiz amat jauh bezanya dengan MIG. Semua aspek filem ni ditangai dengan baik. Malah, antara filem filem Showbiz yang ada, aku rasa Hantu Tok Mudim antara filem yang mendapat sentuhan visual yang kemas dan gah selain Ular. Ternyata, kualiti visual menjadi keutamaan. 

Bagaimana pulak dengan plot. Hah, ini yang aku nak bercerita. Tak tahulah panjang atau tidak, aku rasakan plotnya sedikit bermain main sehinggalah ianya lalai untuk berada pada tahap yang dikehendaki. Dalam erti kata lain, Hantu Tok Mudim cuba menyindir, sekali sekala membina playground suka suki dalam beberapa babak, dan in the end, penulisannya seperti terbelit. Plotnya tersekat sebelum sampai penghujung. 

Bukan apalah, aku paham filem ni sebenarnya filem biasa. Sekadar filem buat duit biasa saja. Tapi, aku rasakan walaupun dengan visual yang kemas, filem murah sebegini bersama watak yang sudah bagus ini sepatutnya menerima layanan plot yang lebih kemas dari ini. Tidak sepatutnya filem Hantu Tok Mudim ini nampak seperti buat lawak sampai lupa plot yang mahu diceritakan. Tidak patut! Sangat tidak patut! 

Aku sangat confius dengan permainan babak akhir yang aku rasakan menjadi percubaan terakhir untuk akhiri filem ni dengan murah. Aku tidak faham bagaimana Borhan, dan Lebai Kulup boleh saja dilepaskan sebegitu saja macam tak ada apa apa yang berlaku. Come on, dah berkapak berdarah bagai. Sampai satu kampung kena sunat macam apa apa entah, takkan orang kampung sangat senang memaafkan. 

Pada aku, Hantu Tok Mudim boleh ada komedi. Namun, seriusnya perlu ada. Cinta Borhan dan Wiwi itu cantik. Tok Mudim ditipu Lebai Kulup disebabkan cintakan Wiwi itu semuanya cantik. Pendek kata, permulaannya segar. Namun, bagaimana pertengahan filem ini dilayan menjadikan filem ni sangat biasa. Malah, emosinya semakin lama semakin kosong. Lawaknya juga makin lama makin basi. 

Sofi Jikan mungkin tak segelabah filem filem sebelum ini. Bagus. Harun Salim Bachik nampaknya sudah makin banyak mengisi filem Showbiz. Lakonannya bagus. Izzue meyakinkan. Andrea Abdullah pula sangat menarik! 

Overall, Hantu Tok Mudim macam biasa, terperangkap dalam benda baru yang berada di tangan orang yang mahu berfikiran lama. Benda sebegini, mungkin kalau dibuat slasher komedi yang lebih bagus penterjemahannya mungkin boleh menjadikan watak Tok Mudim itu sebaris pembunuh dari filem filem Indonesia. Malangnya, apabila ceritanya sudah tidak berjaya sampai dengan jaya, Hantu Tok Mudim hanya jadi tunggul yang penonton perhati, kemudian berlalu pergi tanpa apa emosi. 

3/5

2 comments:

Iqbal Abdullah said...

nice review walaupun aku tak berapa nak layan filem melayu di pawagam... maybe sebab tak berapa berbaloi untuk bayar dengan kualiti filem yang 'biasa-biasa'

Puan Gojes said...

PG tak tengok la wayang ni. tapi, nice review :)