Wednesday, November 13, 2013

Review: Paranoia

Tahun Terbit | 2013
Pengarah | Robert Luketic
Pelakon | Liam Hemsworth, Gary Oldman, Harrison Ford (klik untuk senarai penuh pelakon)

Ceritanya yang meminjam isu teknologi masakini itu jelas mungkin satu benda yang menarik. Paranoia mengangkat isu paling hampir dengan semua pengguna telefon pintar. Persaingan untuk menjadi yang hebat dalam menerbitkan teknologi terkini. Justeru, pemikiran kita akan lantas berpaling ke Apple vs. Samsung yang memang diketahui musuh yang paling hebat tetapi mempunyai ramai peminat yang tak pernah kisah pasal itu. 

Dari idea inilah, mungkin Joseph Finder mendapat ilham untuk merangka cerita ini. Dan kemudiannya, atas dasar masa yang tepat dan sesuai, Robert Luketic mengangkat novel ini dengan tulisan semula oleh Barry L Levy dan Jason Dean Hall. Pengarah yang pernah mengarah 21, Monster-in-Law dan Legally Blonde ini mungkin percaya idea thriller ini mampu untuk mengajak peminat tegar telefon pintar untuk duduk di panggung melihat dunia teknologi dalam edisi thriller. 

Thriller! Or Thriller? Itulah yang menjadi masalah besar di sini. Tidak seperti tajuknya yang jelas menggambarakan yang ianya sebuah thriller, aku persoalkan wajar benarkah ianya dilabel sepenuhnya thriller. Paranoia tidak bergerak dengan thriller yang sebenar. Apa yang ada dalam filem ni hanyalah siri drama yang hanya melayakkan filem ni digelar drama biasa. Maka, penipuan ini mengecewakan apabila thrillnya tak sampai 1/4 dari movie itu sendiri. 

Malah, dalam kekecewaan itu, si Liam Hemsworth nampak sangat mengecewakan. Lakonlayar yang agak rata menyebabkan watak Cassidy macam bermain main suka suki tanpa arah tuju. Pendek kata, ceritanya nampak seperti diarah ke sini ke situ tanpa ada akal. Bercakap blab la bla tapi tanpa fikir satu benda yang membawa cerita. Lakonannya pada aku kurang berkesan. Jiwa hero tiada. Dan dia sendiri tenggelam timbul. 

Kita ke Gary Oldman dan Harrison Ford. Oh dua orang tua ni adalah pengikat. Legenda katakan. Malangnya kemunculan Harrison Ford tak ubah macam orang tua yang baru keluar dari rumah orang tua. Tiada karakteristik yang besar untuk menunjukkan kejahatan dan lakonan yang benar umph macam filem sebelum ini. Gary Oldman pada aku best! Cuma sebagai filem thriller, dia tidak diberi masa untuk lebih menonjol. 

Bukan Gary Oldman saja! Entire story! Semuanya sebagai thriller, tidak diberi penonjolan yang bagus. Mungkin adaptasinya terlalu direct from novel sehinggakan semua yang agak tak penting dimasukkan. Aku lebih mengharapkan aksinya dan thrillnya lebih. Dengan plot yang aku rasakan sudah ada keistimewaan ditambah masa yang agak sesuai dengan ideanya, aku mahukan thrill yang sempurna. Malangnya, apa yang korang dapat hanyalah Adam Cassidy mundar mandir diantara dua inventors ni. 

Permainan yang agak malas ni menjadikan Paranoia lebih teruk dari persembahan filem yang aku rasa biasa. Plotnya bagus. Sebab tu adaptasi dilakukan. Cuma mungkin kegagalannya terjadi saat adaptasi itu sesat mencari sempurna. Apa yang mahu ada, dan apa yang sepatutnya tiada. Malang sungguh dengan ceritanya yang ada umph ini, Paranoia tidak dapat bergerak untuk menarik peminat telefon pintar untuk berasa sesuatu yang patut dirasa, thrill! 

2.5/5

No comments: