Akan Datang!

Saturday, November 2, 2013

Review: Longkai

Tahun Terbit | 2013
Pengarah | Hashim Rejab
Pelakon | Faizal Hussein, Erra Fazira, Wawa Zainal (klik untuk senarai penuh pelakon)

Longkai ada satu keistimewaan. Yang sangat menakjubkan! Apa dia? Filem ni ada tiga generasi berbeza bergabung dan meletupkan diri sama sama untuk menghasilkan hasil boombastik. Kaboom! Kita ada Erra Fazira dan Faizal Hussein yang berada di golongan pelakon legend. Kita juga ada Dira Abu Zahar, yang mana aku golong sebagai pelakon baru yang baru masuk dalam MIG. Dan golongan terakhir, kita ada muka muka biasa MIG yang tak payah aku sebut lagi, korang akan cam sendiri. 

Pada casting, nampaknya geng yang terlibat buat kerja sebagus mungkin tahniah. Bukan senang mahu melihat Erra Fazira berlakon filem. Malah, Faizal Hussein yang meningkat naik sejak Bunohan juga sudah mula digilai semula selepas Gila Gila Remaja. Longkai ada sisi eksklusif itu yang mana menjadi tarikan pertama sebelum menonton. Oh ya, tarikan satu lagi ialah editing trailer yang sangat best! 

Dari pengarah Hashim Rejab, pengarah yang buat filem Budak Pailang, Longkai menampilkan idea yang sangat fresh. Kali ni, selepas berhalimunan dalam filem Halim Munan dan berpailang dalam Budak Pailang, pengarah ini cuba menampilkan aksi dari sisi baru, budak budak tarik kereta. Pada aku, idea itu sangat bagus. Idea yang menampakkan sisi yang gelap, dan sekaligus memberikan perspektif gangster yang sangat baru. 

Melihat kepada keseluruhan cerita, Longkai sebenarnya beraksi dengan biasa. Pada ceritanya, filem ni lebih banyak bermain dengan Faizal Hussein yang memainkan watak Bada. Fokus utamanya, cerita kisah hitam Bada. Di satu sisi pula, ianya bercerita tentang konflik Suraya dan Eddie yang berkembang sehingga ke geng Naga. Luas. Sangat besar ceritanya. Dan pada aku, macam biasa, Longkai menenggelamkan fokus. Yup, bukan gagal. Cuma biasa. 

Pada aku, Faizal Hussein adalah satu factor x yang bagus. Dan sepatutnya, kisahnya lebih tepat dan satu. Itu lagi baik. Apa gunanya kalau Faizal Hussein dan Erra Fazira tidak digunakan sebaik mungkin untuk menambah perisa. Pada aku, Longkai walaupun membariskan pelakon yang layak digelar fresh, malang sungguh penceritaannya masih berpaksi kepada penceritaan biasa. 

Penceritaan biasa itu kadangkala naik turun. Persembahan Erra dan Faizal tahap tinggi. Dan tanpa mereka, filem ni menjadi satu kegagalan. Nasib baik mereka berjaya membawakan dialog dan lakonan yang sangat fresh. Lakonan Nezam biasa. Wawa sangat baik! 

Hashim Rejab nampaknya cuba tambah perisa. Dari sekadar pukul gasak semata, dia kini tambah few car races dan juga aksi yang sangat out of box macam adegan tow truck jatuh jalan tak siap tu! Malangnya, dengan aksi dan juga kereta yang dipecahkan yang sangat bajet tinggi itu, filem ni tidak dilatari dengan suntingan dan juga runut bunyi yang membantu. Adegan akhir filem, fighting scene antara Bada dan Naga nampak tidak hidup. Kematian Naga sempurna. Tapi feelingnya tiada. 

Overall, Longkai mahu bercerita tentang love and family value. Itu menarik! Malangnya, garapan yang biasa sangat menjadikan semua itu biasa. Faizal dan Erra membantu namun tidak dapat menjadikan keseluruhan filem berjaya. Adegan aksi yang biasa dan sangat tipikal even lebih banyak kereta dirosakkan sangat kurang hidup. Mungkin yang menonton Faizal dan Erra sahaja, filem ni memang memberi ruang untuk lihat dua legenda ini beraksi dengan lakonan yang sangat baik! 

2.5/5

No comments:

Review: Kingsman 2 - The Golden Circle (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Matthew Vaughn Pelakon | Colin Firth, Taron Egerton, Julianne Moore, Halle Berry Tak banyak filem ...