Wednesday, November 27, 2013

Review: The Hunger Games - Catching Fire

Tahun Terbit | 2013
Pengarah | Francis Lawrence
Pelakon | Jennifer Lawrence, Josh Hutcherson, Liam Hemsworth (klik untuk senarai penuh pelakon)

Lady Gaga pasti mula bersorak syok sebab fesyennya dah menyerlah dalam The Hunger Games. Eh, bukan Lady Gaga saja, Nicky Minaj pun sama. Minah pelik ni dalam dunia ni rasanya dua ni je yang ada pada zaman ni. Di dalam dunia The Hunger Games, minah pelik sebegini ialah lumrah. Fesyennya diterima dari wanita ayu ke hodoh. Malah, lelaki keras atau lembut menerima imej yang warna warni, celak mata terang, rambut sikat pelik ini sebagai satu fesyen. 

Itu sisi kecil filem ni yang menjadikannya sejak dari filem pertama kekal sebagai identity. The Hunger Games karya Suzanne Collins ini bermula dengan idea yang bagus. Sekelompok manusia berada di satu kawasan, bertarung untuk merebut gelaran juara, dan berakhir dengan kemuncak yang tidak mendukacitakan. Premis pertama itu, dari filem pertama kemudiannya diheret ke level seterusnya, Catching Fire! 

Sebagai filem kedua daripada siri adaptasi, rupa rupanya Catching Fire tidak mengulang formula filem pertama. Bagi yang menonton filem pertama, plotnya nampak ringkas, dan mudah. Cerita survivalnya direct dan tidak menekankan cerita sisi. Pendek kata, filem pertama memang bercerita tentang game itu sendiri. Dari awal hingga akhir. Catching Fire, oh, ianya sedikit berbeza. 

Sejam pertama bermula dengan apa yang berlaku dalam filem pertama. Pada aku, kalau si penonton belum menonton filem pertama, amatlah sia sia mereka menonton Catching Fire. Permulaannya terlalu jelas berkesinambungan dari yang pertama. Dan bagi aku yang berharap 75th Annual Hunger Games ini bermula dengan pantas nampaknya telah membuatkan aku rasa sedikit bosan. Sejam pertama filem ni gelap dengan konflik yang dibangunkan untuk sebab musabab jelas, sekuel ketiga. 

Filem ni hanya sekerat daripada apa yang korang akan dapat. Tradisi kaut untung Hollywood biasa seperti dilakukan Twilight dan juga The Hobbit. Tak tahulah novelnya sebegitu juga atau tidak, aku rasakan apa yang ada pada sejam pertama sangatlah membuatkan aku tertunggu tunggu. Bagi aku, permainan Hunger Games itu sepatutnya mengisi plot maybe sedikit awal dan bukannya hanya muncul dalam sejam terakhir. Membahagikan dua bahagian sebegini kurang aku sukai. 

Namun, atas dasar mengetahui yang ending filem ni bakal lead ke filem ketiga, aku rasa fasa pertama filem mahu tak mahu kena layan juga. Ada beberapa persoalan dilepaskan tanpa dijawab kerana mahu penonton menonton filem ketiga nanti. 

Bercerita pasal 75th Annual Hunger Games kali ini, aku rasa versi kali ini lebih gelap dan lebih menarik settingnya dari filem pertama. Hutan yang lebih gelap menggambarkan sisi karakternya yang makin lama makin matang dengan konflik yang diberikan. Aksi yang lebih di sejam yang terakhir (walaupun nampak terhimpit untuk bercerita dalam masa yang sedikit kurang) diberikan sempurna. Game kali ni better dari yang dulu. 

Jennifer Lawrence nampak sangat matang dari segala aspek. Lakonannya lebih hebat, malah solekan dan juga gayanya juga makin menampakkan perubahan ketara. Kehadiran Philip Seymour Hoffman memberikan feel serius lain macam. Mungkinkah dia bakal menenggelamkan lakonan Donald Sutherland yang meriah dalam kedua dua filem ni? Itu aku tak tahu. 

Sederhana bagi aku, secara peribadi. Catching Fire bolehlah dilayan sebagai sekuel. Tak lebih dari tu. Sekadar untuk menjadi jambatan filem pertama dan ketiga, filem ni mungkin penuh dengan soalan soalan bocor yang bakal dijawab dalam filem seterusnya. Walaupun sederhana, tidak wajar filem ni dilepaskan. Sebab apa? Sebab kalau korang tak tonton filem ni dan tetiba nak tonton filem ketiga, maka korang akan tergolong dalam orang yang bakal tidak memahami plotnya. 

3/5

9 comments:

Mohd Nazahah said...

Catching fire ni best sebenarnya kalau baca buku dia..it's really not just about the hunger games..it's about the conflict behind it..

MeLyssa NaDiea MRY said...

brp bintang nak bg??Mell x g tgk lg ni...

Miss Xyz said...

tadi baru je tgk ender's game. Hunger game ni part 1 pun saya tak tgk lagi, -.-" tapi ramai kata best.

Atish Hashim said...

layan movie ni tak tak faham jugaklah dengan jalan cerita...
belum tgk lg, In sya Allah nak tgk dlm masa terdekat...

Akeyla Azmi said...

yes yes yes!
Im hunger games fans heheheheh
betul. Ramai yg tak paham. Hahhaha sape suruh tak tengok nombor 1 dulu haih.

Selase depan qila gi sbb tiket murah lol. Untunglah dah tengok hihihihih eee tak sabarnyaaaaaaaa <3

Siara Elina said...

xtgk lagi hihiiii

Afiqah Adzan said...

Tak pernah tahu pun pasal cite ni ..

Marou Apple Hijau said...

Ending tak best.. macam tergantung. Nasib baik orang belanja tengok hunger games

Akeyla Azmi said...

best nak mati.
nak gi tengok 2 kali but umie mengamuk sigh

hehe