Thursday, November 21, 2013

Review: Highland Tower


Tahun Terbit | 2013
Pengarah | Pierre Andre
Pelakon | Mikael Andre, Shima Anuar, Eddy Rauf (klik untuk senarai penuh pelakon)

Salute pada MIG dengan kehadiran Highland Tower. Filem itu nampaknya mencetuskan fenomena baru apabila orang sekarang, yang mana muda mudi ketika kejadian 1993 itu terjadi mula melihat kembali insiden tragis itu. Sejarah dibuka, dan cakap cakap lama direfreshkan semula. Dengan filem ini, nampaknya Pierre Andre berjaya menunjukkan yang sejarah boleh dijadikan satu perkara yang sangat besar untuk sesebuah filem. 

Bukan kali pertama Pierre mengarahkan filem lost/found footage sebegini. Seru antara filem pertama arahannya. Kali ini, berseorangan dalam MIG, buat pertamakalinya filem ni menjadi satu sisi baru filem seram MIG. Jauh dari cliché Azahari Zain mahupun pengaruh seram tok bomoh yang kita selalu tonton, Highland Tower membuka minda penonton seram untuk merasa seram gaya Blair Witch Project. Permainan yang berjaya membuatkan penonton terperangkap dalam menilai reality dan fantasi. 

Filem ni, walaupun seramnya agak lambat, memang ada momen yang boleh meremang bulu roma. Bagi yang pertamakali menonton, Highland Tower akan menyuntik semangat untuk percaya tanpa menyangka yang semua yang anda tonton tak nyata. Permainan lost footagenya menjadi walaupun endingnya nampak dibunuh oleh keinginan Pierre untuk kembangkan cerita yang tak sepatutnya dikembangkan. 


Membandingkan kerja Seru dan juga Highland Tower, aku rasakan filem Highland Tower lebih pekat dengan reality yang diutarakan. Walaupun kebenaran hantu dan entity di situ hanyalah rekaan fiksyen, namun dengan setting yang banyak cakap cakap mulut tentang mistiknya berjaya blend in segala fakta dan auta. Bagi aku, Highland Tower mempermainkan penonton, membuatkan mereka percaya dan tidak percaya sekali gus!

Genre ini mungkin sukar diterima segelintir penonton. Bakal ada yang termuntah dengan kamera yang sedikit kurang selesa ditonton. Namun, itulah saat seramnya muncul. Menontonnya memberi peluang untuk aku merasa remang bulu roma walaupun kejutannya kurang. Cemasnya watak watak itu berjaya menimbulkan rasa menunggu kejutan yang bakal diberikan. What a great film! 

Pada aku, permulaan filem ni sudah berjaya memberi cemas. Kemudiannya, kita dihidangkan dengan satu siri rilek santai sebelum kita dibawa menyusuri Highland Tower dimana semuanya bermula. Jeritan Shima Anuar menjadi. Takut aku dibuatnya! Itulah jeritan paling gila aku pernah dengar dalam sebuah filem found footage. Mula mula rasa rileks. Tapi bila jeritan tu tak berhenti, ianya sudah mula ganggu atmosfera menonton. Maka, ketakutan mula hinggap dalam diri aku. Gagah jugak tonton sampai habis! 

 Kelemahan Highland Tower ialah bagaimana ianya masih nampak seperti sebuah filem. Visual hantu yang terlalu tidak realistik sehingga kita sendiri tahu yang benda itu tidak wujud semasa ianya sedang difilemkan. Hantu Pierre yang muncul semasa akhir filem nampak kurang realistik, sekaligus mematikan mood. 

Apapun, dengan tema yang bagus, walaupun ceritanya macam pointless, aku rasakan Highland Tower sudah berjaya wujudkan fenomenanya tersendiri. Berita Highland Tower terkorek kembali. Seram tempat itu bercerita semula. Dan kenangan tragik itu berjaya dilihat dalam sisi berbeza. Aku lebih suka jika fiksyen ini bergerak macam Chernobyl Diaries. Namun, Pierre nampaknya ada caranya. Pada aku, Highland Tower satu fiksyen yang mendekati reality. 

4/5

No comments: