Tuesday, November 5, 2013

Review: Chennai Express

Tahun Terbit | 2013
Pengarah | Rohit Shetty
Pelakon | Shah Rukh Khan, Deepika Padukone (klik untuk senarai penuh pelakon)

Selepas jadi bapak mafia, kemudiannya jadi robot superhero dan menjadi pemusnah bom, Shah Rukh Khan nampaknya semakin mencuba dan terus mencuba. Watak wataknya seperti yang dipegang dalam filem hebatnya seperti Dilwale Dulhaniya Le Jayenge dilepaskan. Dan disaat pelakon hebat ini meningkat usianya, kita meninggalkan dunia tangkap nangis yang dijamu pada suatu ketika dulu. Pasti ramai yang mengimpikan SRK kembali ke trek asal untuk satu nostalgia sempurna. 

Dan akhirnya, selepas menjemput terkenal Rajinikanth dalam Ra.One, akhirnyanya SRK kembali ke trek asal. Chennai Express box office! Pada aku, ceritanya sangat biasa. Sebuah filem tangkap nangis dengan aksi tipikal Bollywood. Dan, dari Rohit Shetty yang terkenal dalam pengarahan filem Singham itu, pastinya kita akan jumpa aksi aksi yang sangat giler babi melawan reality. Sebagai satu hiburan, buat Bollywood freak, korang akan suka. 

Tapi, apa yang spesel sangat tentang filem ni? Yes, SRK buat tribute! Bukan sekadar menunjukkan yang dia sedang melayan semula penggemar filem zaman 90annya yang ternanti nanti lakonan macam dalam Kuch Kuch Hota Hai, dia juga menjamu filem ni sebagai tribute buat pelakon hebat Rajinikanth. Dan keseluruhan filem ni walaupun biasa, ianya dilepaskan pada satu jarak yang agak lama bagi actor ini setelah Rab Ne Bana Di Jodi. Masa yang cukup untuk penonton yang kelaparan dijamu dengan lakonan ikoniknya. 

Chennai Express ada beberapa perkara menarik yang membangkitkan minat. Pertama, ini filem pertama Rohit Shetty yang menampilkan SRK! Dan pastinya kita akan lihat bagaimana pengarah ini membawakan filem ni dalam caranya tersendiri. Keduanya, ini adalah filem comeback gabungan Deepika Padukone dan SRK selepas filem blockbuster Om Shanti Om pada tahun 2007. Kesemua elemen ni membentuk blockbuster! Dan ceritanya bukan satu kepentingan, yang penting ialah filem ni ada unsur kembali ke masa lampau! 

Rohit Shetty menggunakan aksi luar biasanya dengan kadar yang sedikit berbanding Singham. Sekaligus, kita akan dapat lihat Chennai Express berfokus kepada perubahan dan komedi tribute yang menjadi tunggak utama. Rahul membentuk cerita yang simple tetapi apa yang menjadi memorable ialah bagaimana setiap sisi filem membentuk sebuah jentikan ingatan khas kepada penonton yang mengikut filem Bollywood. 

Kita ada Dilwale Dulhaniya Le Jayenge yang disimpan dalam filem ni melalui lagu fevret sepanjang zaman yakni Tuje Dekha To (adegan pertemuan Rahul dan Meenamma). Ada juga rujukan kepada My Name Is Khan dan beberapa filemnya yang lain seperti Ra.One dan Rab Ne Bana Di Jodi. Lagu Kashmir Se pula meminjam visual dan kostum lagu Kilimanjaro, filem Endhiran lakonan Rajinikanth. Banyak lagi korang akan nampak jika korang betul2 fan Bollywood! Dan jika korang perasan, ada satu scene yang nampak mirip persembahan logo Disney! 

Muzik Veshal-Shekar pada aku sangat membantu dalam menghidupkan mood tribute. Tak ada satu pun item song yang terlalu seksi dalam filem ni. Thailava mungkin hanya untuk muda mudi, dan Kashmir Se mungkin akan diingati dan dinyanyi tua ke muda. Lagu yang simple dan biasa tetapi mendapat tempat di telinga! 

Overall, Chennai Express mungkin mampu menarik golongan yang tak minat Bolly atas beberapa faktor. Pertama, filem ni sangat universal pada bahasa. Pertamakali aku rasa bahasa Hindi dan Tamil digabung sekali dalam satu filem. Kedua, filem ni ada komedi yang sangat bagus. Bersubtitle pun mampu gelak besar walau tak paham sepatah haram. Bagi mereka, filem ni ohsem! Bagi fan Bolly, ceritanya sangat best tetapi ianya hanya biasa. Cuma kali ni, ianya SRK dengan lawak segar! 

3.5/5

2 comments:

aully said...

Thanks For share,,saya sangat suka sama Filmnya,,Genrenya Drama Comedy...

Adliza Azilda said...

yup memang best. 2 hari dok melayan dpn tv. td melayan dpn youtube dgn kawan opis pulak...