Tuesday, October 22, 2013

Review: Dampak

Tahun terbit | 2013
Pengarah | Lai Yok Lung
Pelakon | Aaron Aziz, Farid Kamil, Intan Ladyana, Juliana Evans (klik untuk senarai penuh pelakon)

Mungkin filem ni (the idea) muncul setelah melihat elemen elemen spesel filem gangster top Malaysia diaplikasikan dengan jaya. Yalah, kisah adik beradik, jiwa keluarga dan cantuman elemen aksi dan drama adalah pelengkap sempurna untuk sebuah filem box office. Itu yang ditunjukkan oleh KL Gangster! Dan setelah beberapa tahun tak ada siapa pun yang berani memasukkan kekeluargaan dalam filem gangster, Dampak cuba mengulang perkara itu. 

Dan apa yang diharapkan sudah pasti keputusan yang sama. Box-office dan juga dikenali. Dampak mahukan itu. Dan itu yang aku nampak. Aksi yang hampir mendekati filem asia lain ada dalam filem ni. Aksi aksi yang menunjukkan koreografi aksi bukan satu perkara yang main main, itu ada. Dan itu sewajarnya satu perkara yang harus dibanggakan. Dampak sangat bervisi dalam aspek itu. Aksi Idrus dan Giran menembak dari kereta, itu ohsem! 

Malangnya, Dampak masih menunjukkan yang kita masih perlukan lebih untuk semua itu. Aksinya sangat baik. Namun, plotnya nampak sangat sesak dan tidak difokuskan dengan baik. Itu satu satunya kelemahan yang ketara. Aku menunggu untuk satu kejutan yang boleh buat aku puji melambung filem ni. Namun, apabila filem ni semakin lama semakin menurun sebelum naik semula di finale, aku hanya rasakan filem ni masih perlu lebih kekemasan. 

Bukan kekemasan saja, infact, aku rasakan ceritanya, the basic idea, dimana geng berlima itu boleh datang ke KL sangat longgar. Aku hairan kenapa Idrus terus terpikir untuk cari orang yang toreh muka ‘ayah’nya dengan satu perancangan yang too simple dan tidak memberi peluang untuk penonton mendapat info yang lebih jelas tentang semua itu. 

Aku sendiri tak faham apa yang Botak tu nak sehingga dia kucar kacirkan pakatan adik beradik ni. Apa konflik Lang dan Long dengan Botak 30 tahun dulu? Dan jika Botak sudah jadi samseng 30 tahun dulu, dia sepatutnya lebih tua dari apa yang dipaparkan. Dan bagaimana Botak ni boleh jadi budak suruhan dan tetiba dia rupanya kepala kepada semua ‘game’ ini? Ah, confusing. Sangat pening. Kejutan tu bagus. Tapi, rasanya kena trim lebih lagi untuk kemaskan. 

Malah, keadaan makin bertambah penat dan tenat apabila setiap karakter yakni Idrus, Giran, Hana, Qyra dan Afran mendapat plotnya yang tersendiri. Bertingkah tingkah sana sini, Qira tidur dengan Giran, Afran yang memberontak, Qyra yang jatuh hati dengan Idrus, dan konflik cinta Idrus sangat menyesakkan. Malah, ada ruang yang lebih besar untuk ‘thrill’ dan menjawab smua kisah lampau berlaku dalam misi ‘revenge’ jika semua itu dikecilkan. Kalau ceritanya sebesar ini, aku rasa better jadi drama tv. 

Walaupun ceritanya sesak dan longgar, aku merasakan penghujung cerita ini menarik. Kejutan siapa Tiger Lang dan juga Botak amat baik. Dan itulah yang mendukacitakan. Dah ada penamat yang baik, tetapi apa yang ada di awal dan di tengahnya tidak digabung dengan sempurna. Karakter sudah ada karakteristik hebat, namun semuanya nampak sia sia. Mungkin terlalu menjelaskan ‘dampak’ itu sendiri melemahkan isu revenge yang dicerita. 

Di aspek lakonan, aku rasakan Yank Kassim antara karakter yang sangat baik dan membuatkan aku teruja. Dibantu dengan koreografi aksi yang amat baik, dia nampak seperti Sammo Hung Malaysia. Dialog yang meyakinkan memberikan karakternya satu sisi lakonan yang agak baik dan kemas. Sekaligus, apa yang berlaku di penamat cerita banyak dibantu oleh pertarungan mamat ini dan Aaron Aziz. Even aksi dan lakonannya sedikit, dia antara yang wajar diberi perhatian. 

Aku mengharap Dampak menjanjikan lebih dari trailer. Trailer promosinya cun. Macam filem cina (of course lah sebab produksinya pun sama kan). Malangnya, macam filem Melayu biasa, ianya tidak dapat memuaskan aku. Hanya yang bagus ialah visual dan editing yang sangat top notch serta aksi yang sangat bervisi. Dampak tidak gagal. Ianya cuma cacat. Sudah ada idea, visi yang sempurna namun tidak dijayakan dengan berkesan. Itu saja. Oh, Intan Ladyana dan Juliana Evans sangat hot! 

3/5

No comments: