Friday, September 27, 2013

Review: The Purge

Tahun Terbit | 2013
Pengarah | James De Monaco
Pelakon | Ethan Hawke, Lena Headey, Max Burkholder (klik untuk senarai penuh pelakon)

Seorang budak yang ada simpati kepada seorang lelaki kulit hitam telah memulakan segalanya. Ah, kerana si kecil, sebuah cerita besar bermula. Sangat kecil percikan yang menyalakan. Terkejut juga bila sebuah filem hanya bermula kerana itu. Kerana seorang budak. Ish, aku geleng juga bila ianya tak ada konklusi lain. The Purge, ada bagus ada kurang. Filem James De Monaco ini ada idea yang fresh namun pada penulisannya, ianya seperti filem hijack home biasa. 

Konsep The Purge, dimana kononnya kerajaan USA membenarkan satu malam selama 12 jam untuk setiap rakyatnya melepaskan amarah dengan membunuh (yang dibenarkan dengan syarat tertentu) amat brilliant. Walaupun idea itu, on reality memang conform tidak masuk akal, ianya menjadi pada filem. Segala pengenalannya dan detail ini antara satira gila yang sangat menunjukkan USA itu menyokong keganasan hanya untuk menaikkan keamanan. 

Now, ceritanya pula, yang juga ditulis oleh pengarahnya sendiri. Itu yang sedikit melemahkan pembangunan idea ini. Sudah ada idea bertingkat tingkat tinggi, then dihamparkan dengan serabai saja. Maka, The Purge kurang lebih hanyalah bercerita tentang normal biasa dalam sebuah setting yang luar biasa. Tak ada menjanjikan apa apa moment yang sangat menunjukkan jiwa ‘purge’ itu dalam setiap titik cerita. Ceritanya biasa, tetapi tidak bosan. 

The Purge seperti filem Hollywood lain, bercerita tentang sebuah family yang nak protect diri mereka daripada dibunuh. Itu bagus. Namun, apa yang berlaku, yang mana hanya memenuhkan cerita dengan usaha mencari mamat hitam legam itu nampaknya membosankan. Masa yang lama disia siakan dengan usaha mencari lelaki hitam legam di dalam rumah. Hal itu terus menyebabkan cerita ‘purging’ itu hilang dan bertukar jadi cerita ‘hide and seek’. 

Malah, sekumpulan budak budak yang mencari orang kulit itam itu pula hanya bermain main dalam cerita. Tak ada apa yang nak disampaikan. Tidak ada kekejaman yang menunjukkan this is killing night. Malang sungguh juga apabila pengecilan cerita ini tidak dapat menangkap suasana purging yang lebih luas. Mensia siakan idea besar mungkin sesuai untuk cerita ini. 

Namun, seperti mana aku cakap awal tadi, The Purge ada momen yang best. Let just kecilkan cerita sepertimana pengarah mahu. Dan kita akan lihat bagaimana sebuah filem menjawab soalan anak James Sardin, yang mana pada awalnya bertanya kenapa ayah dan ibu mereka tidak menyertai aktiviti. Dan ya, kisah ini membentuk jawapan kepada soalan seorang budak yang tidak tahu apa apa yang memberi pertolongan kepada seorang yang dia tidak kenali atas dasar kasihan. 

The Purge bagus pada akhir cerita walaupun agak mendatar pada awal cerita. Cuba mahu menyampaikan yang seorang bapa akan protect his family dengan apa cara, namun semuanya tidak sampai seperti mana diharapkan. Namun, momentum twist apabila kehadiran jiran jiran keluarga Sandin membentuk kejutan eletrik. Itu baru sempurna. Malangnya, time sudah terlambat. Dah nak habis baru belon nak jadi besar. 

Aku suka endingnya walaupun aku tepuk dahi kerana kekejaman tidak juga hadir seperti diharapkan. James De Monaco terlalu berlembut dalam membina kekejaman. Dan The Purge tak ubah macam drama yang hanya ada sikit sikit saja kekejaman. Terlalu berlembut menyebabkan The Purge hilang seri seram yang sepatutnya ada pada sebuah filem sebegini. Biarkan ceritanya sebegitu, tapi bagilah cerita tu darah yang berlimpah! 

Overall, aku suka filem ni walaupun kekejamannya tidak menjangkau expectation yang aku harapkan. Filem yang memandang Amerika sebagai sebuah negara yang menggalakkan keamanan dengan membenarkan kekejaman untuk satu malam adalah satu sindiran yang agak baik. Pada aku, The Purge sebuah drama yang lambat dan flat pada awalnya, namun, bila time ending, aku terbeliak jugak. Direktor mungkin suka peace no war, sebab tu mungkin The Purge dibikin sebegini rupa. 

3/5

No comments: