Friday, September 6, 2013

Review: Adnan Sempit 3

Tahun | 2013
Pengarah | Ismail 'Bob' Hashim
Pelakon | Shaheizy Sam, Intan Ladyana, Yana Samsudin (klik untuk senarai penuh pelakon)

David Teo kata dalam The Making of… yang menjaja ‘kehebatan’ Adnan Sempit ketiga ini, “Tiga kali lebih lawak, tiga kali lebih aksi bla bla bla”. Semuanya adalah promosi yang basi. Memegang kualiti filem dulu, lepas tu menjanjikan sesuatu yang kononnya berkali kali lagi bagus. Malang sungguh kan siapa yang tonton dan percaya dengan kata kata bos besar MIG tu?, sebab Adnan Sempit 3 tak ada yang baru, dan ia hanyalah sekuel yang hanya sekadar sekuel. 

Adnan Sempit 3 menyambung cerita Adnan Sempit 2 dan juga spin offnya iaitu Wawa Semput. Pada aku yang menonton, aku rasa inilah masanya Adnan Sempit mencapai era kejatuhannya. Sesebuah filem yang dihasilkan dengan bermatlamatkan keuntungan dan tidak mengendahkan kualiti dan pengembangan plot dan karakter dan hanya berlandaskan watak yang dah popular sebenarnya tak boleh bertahan lama. Contohnya, filem Adnan Sempit ni lah! 

Membandingkan ketiga tiga filem, aku rasakan Adnan Sempit 3 adalah sekuel yang paling kurang menyerlah. Semuanya serba tak kena dalam filem ni. Apa yang diceritakan hanyalah satu tipikaliti yang sangat biasa dalam drama melayu. Sekurang kurangnya, penulisan cerita sekuel untuk sebuah filem box office perlu ambil masa yang lama. Bertenang, fikir cerita sesuai, kaji plotnya dan barulah filem dibentuk. Apa yang aku nampak dalam filem ni, keghairahan mengutip wang tanpa kira kualiti. 

Iyalah, sememangnya dua sekuel Adnan Sempit dulu pun bukan kualiti mana pun. Tapi, sekurang kurangnya lawaknya menjadi. Disebabkan Adnan Sempit itu objektifnya mahu memberi lawak, dan jika penonton ketawa, maka kualiti itu ada. Abaikan yang lain. Apa yang penting, Adnan Sempit sudah hilang taring dalam sekuel kali ini. 

Plotnya kecil dan sengaja dipanjang lebarkan. Konflik antara Adnan dan wifenya, Nadia tak ada apa apa. Malah begitu juga antara Wawa dan Bobby. Apa kes? Sepatutnya, pada aku semakin berat cerita itu, semakin berat emosi yang bakal disaji. Mungkin ada beberapa scene tangkap nangis untuk memancing emosi penonton selain babak babak komedi perlu muncul. Malang sungguh, semuanya tak ada. Adnan Sempit 3 macam roller coaster yang ‘hidup segan mati tak mahu’. 

Kesian benar kepada cerita ini. Kesian juga kepada peminat Adnan Sempit di luar sana. Aku nampak perubahan ketara kepada lakonan Shaheizy Sam. Dia tidak berada dalam diri Adnan. Tak ada kelakar yang dia sepatutnya keluarkan. Aku sendiri tak faham kenapa perubahannya total sedangkan dia adalah Adnan! Sifat Adnannya hilang apabila filem hampir ke tengah. Soalannya, kalau adah sifat kelakar Adnan hilang, apa guna filem ni dibuat? 

Terlalu banyak permainan yang agak malas. Konflik Bobby tak ada duit, dan nak pinjam kat Adnan pada aku sepatutnya menjadi kesempatan baik untuk memutuskan ‘persahabatan mereka’ sekaligus memancing emosi penonton untuk feeling. Di situ, wujudnya penekanan mesej yang sepatutnya satu keperluan. Dan, konflik Adnan menduakan Nadia sepatutnya menjadi ujian tertinggi watak lakonan Intan Ladyana. Tapi, semuanya itu tak ada. Kosong! 

Wey, Hollywood semakin banyak sekuel, konflik makin besar, ujiannya lagi besar la wey. Kalau tiap tiap sekuel masih di takuk lama dan apatah lagi di takuk lagi rendah, baik buat cerita lain! Filem ni ada rentetan kematangan Adnan yang ujiannya di tahap sama. Komedi yang sama, boring!

Adnan Sempit 3 hanyalah tipikal komedi lepas kahwin. Lawaknya mungkin untuk golongan dewasa. Penulis cerita sepatutnya perlu ingat, yang dua sekuel dulu ada pengikut muda. Jadi, seharusnya lawak dewasa harus dikawal sebab korang dah mula tarik penonton muda semejak dia filem dulu. Kalau nak buat filem double meaning pun, bina cerita baru dan bukannya upgrade suka suki sekuel ni. Sangat kecewa dengan lawak yang lebih banyak bergantung kepada double meaning! 

Aku bukan fan tegar Adnan Sempit. Tetapi, aku kesian apabila filem ketiga filem ni nampak betul betul mahu mengaut keuntungan dengan ceritanya yang terlalu biasa. Malah, tiga kali lebih lawak, tiga kali lebih aksi itu semua hanyalah bohongan yang betul betul jelas menampakkan objektif filem ini diterbitkan iaitu mengaut untung semata mata. Pada aku, ini antara sekuel Adnan Sempit yang menghampakan. Kalau Adnan Sempit 3 ini sudah mula ‘indah khabar dari rupa’, apa agaknya akan jadi kepada sekuel seterusnya? 

2.5/5

4 comments:

Norfanil said...

baru lepas tengok tadi..
sama la..
cite ni plot dia tak menarik..
kahwin, ada anak.. then adnan skandal mcm tuh je..

Mohd Saufi Majid said...

Aku pernah tgk adnan sempit ni movie yg first..seriously aku mmg x paham kenapa org kata filem ni kelakar sgt..pastu kuar lak sekuel pastu berjangkit lak wawa semput..MIG mmg nk kaut untung je..filem yg sgt pelat sepelat boss nye tuh

Faizal Fredley said...

sebab ni lah aku jarang tgk cerita melayu kat panggung. pastu kalau org x layan filem tempatan kat panggung mulalah kata x sokong filem melayu. mcm mana nak sokong kalau filem tu sendiri berada di takut lama.

ASHAMSURI said...

Sekuel 1 ke, 2 ke, 3 ke, waima nak masuk yg ke 4 dah pun, aku tk pernah rasa kelakar pun movie ni..muda mudi ramai masuk panggung pasal nk beromen bukan nk tgok movie sgt pun..tk membina langsung..