Akan Datang!

Sunday, August 25, 2013

Review: Misteri Bisikan Pontianak

Tahun Terbit | 2013
Pengarah | M Subash
Pelakon | Zakri Rozaini, Haqim Omar, Ruminah Sidek, Mislina Mustaffa (klik untuk senarai penuh pelakon)

Poster nampak cun! Tahniah untuk orang yang bikin poster tu walaupun sekilas pandang nampak macam poster filem The Apparation. Apapun, bab poster cuma satu sisi kecil yang tidak membawa kepada penunjukkan kualiti sebenar filem. M. Subash menamakan filem ni Misteri Bisikan Pontianak walaupun pontianak dalam filem ni tidak pernah berbisik. Sergah sergah adalah! Dari situ, errr.. aku rasakan macam penjenamaannya macam serba tak kena. 

Bila aku tonton keseluruhannya, aku rasakan filem ni bukan sebuah filem biasa biasa yang hanya tonton terkejut dan habis. M. Subash yang banyak memberikan filem yang agak penuh isi yang mahu ditonjolkan dan bukan hanya sekadar keseraman semata. In fact, Misteri Bisikan Pontianak bukanlah seram mana pun. Oh, senang cerita, tak seram dan tak terkejut pun. Jadi, jangan tonton filem ni kalau anda mahukan pontianak seram. 

M. Subash mahu berkata sesuatu. Filem yang meneruskan cerita mak nyah a.k.a pondan yang pada aku agak menggelikan untuk dipaparkan ini ada mesejnya tersendiri. Seperti filem Sumpahan Puaka yang mana settingnya di kampung yang banyak memaparkan sisi sisi kotor, menggelikan dan juga reality, M Subash cuba menyatakan yang pondan adalah satu sisi manusia yang kita harus terima. Gee nampak menjelaskan itu walaupun M. Subash paparkan tiga watak saja yang menerima pondan dalam hidup. 

Aku faham semua itu. Dan ianya sebuah paparan yang bagus dan berani. Malah, dengan watak nenek Gee yang sentiasa redha dengan keadaan cucunya yang pondan, dan sentiasa menyokong keadaan anaknya, ianya lebih menunjukkan keseriusan M. Subash dalam penyampaiannya. Honestly, bila dialog dialog nenek Gee dok besyarah tentang agama kat si pondan, aku macam rasa pelik. Adakah filem ni menyokong pondanisme atau bagaimana? Namun, akhir tontonan, aku faham segalanya. 

Ceritanya biasa. Sekadar drama yang menyatakan kita harus menerima manusia seadanya dan sebaiknya meminta doa supaya tuhan mengubah mereka tanpa paksa. Bermula dengan kejutan mamat perogol yang mandi di siang hari kemudiannya dikacau hantu, filem terus mula ke depan dalam keadaan membelakang. Itu ok. Yang tak oknya ialah kejutan hantu yang tidak dibawa dengan sempurna (walaupun in the end, logikanya kenapa pontianak berupa sebegitu dijelaskan). 

Pelakon utamanya, si lelaki yang sanggup merogol si pondan itu errr… bukan tak bagus, cuma sebagai filem, rasanya dia tak ada momentum aktor. Dan tambah pula tu, pelakon pondan tu pula nampak macam Aweera yang cuba untuk jadi pondan! Huh, menggelikan dan sangat gedik. Tapi, sekurang kurangnya, mereka berani. Berani apa? Berani memaparkan aksi gay yang pertama kali aku lihat dalam sinema melayu. 

Aku terkejut sebab aku diberi peluang menonton babak sebegitu. Sedangkan Sembunyi: Amukan Azazil dulu tidak pula dibenarkan melihat adegan asmara Diana Danielle dan Remy Ishak sebab LPF potong. Aku tertanya, apakah releven babak rogol pondan tu relevan untuk dipanjangkan dalam syot yang agak errr real sebegitu. Ew, jijik! 

Honestly, Misteri Bisikan Pontianak ialah Subash-style. Tak ada misteri, dan ingatlah pontianak dalam filem ni tak berbisik. Oh, satu lagi filem ni taklah misteri sangat. Sekadar hanya mahu menyampaikan satu dramanya tersendiri. Misteri Bisikan Pontianak pada aku tidak mengecewakan. Kejutannya ada, dan keberanian Subash adalah sesuatu yang baru. Kalau rasa ok dengan pelakon yang mukanya nampak macam ‘layak ke dia ni?’, filem ni disarankan untuk ditonton. 

2/5

2 comments:

Anonymous said...

cerita ni memang sampah!

Haqim Omar said...

As,salam pengkritik.Saya Haqim Omar..maaf kalau lakonan saya tidak deliver dengan hebat..antara sebab2 nya adalah saya terpaksa mengikut cara M.Subash menyuruh saya rasa takut ( reaksi ) dengan cara M.Subash..Ikutkan reaksi yang M.Subash beri sesuai dengannya tetapi cara saya mengexpresskan ketakutan saya berbeza sebabkan rupa saya dan personality saya beza dengan cara M.Subash.Tambahan saya pelakon baru..hanya baru lakonkan 2 watak utama,satu ialah filem ini dan Drama mencari identiti ( Budak Baru ) director Jet Lee.Harap Maaf jikalau silap

Review: Kingsman 2 - The Golden Circle (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Matthew Vaughn Pelakon | Colin Firth, Taron Egerton, Julianne Moore, Halle Berry Tak banyak filem ...