Monday, August 5, 2013

Review: The Conjuring

Mixture of The Exorcist, sikit sikit drama kehidupan, cliché biasa filem seram, terkejut kujat sana sini, dan akhirnya itulah jadinya The Conjuring. Setelah membaca pujian yang melambung tentang buah tangan James Wan ini, aku terdetik untuk cuba menonton walaupun aku sebenarnya bukan suka tonton filem seram kat panggung. Kegelapannya, dan permainan bunyinya ibarat aku membayar tiket untuk memasuki haunted house. Faktanya, I hate haunted house! 

Aku rasa cerita sebegini dulu aku pernah tonton dalam The Exorcism of Emily Rose. Kisah pak halau hantu yang cuba halau hantu. Mirip temanya, tapi cerita Emily Rose lebih kepada rasukan, dan keluarga Perron ini lebih kepada kacau mengacau. Lama sudah tak menonton cerita yang menggunakan perkataan ‘based on a true story’ yang bagus sebegini. 

Membandingkan The Conjuring dengan filem filem seram yang sebelum ni aku tonton seperti Mama, Sinister mahupun filem remake Evil Dead, The Conjuring aku boleh katakana satu permainan seram yang agak bagus. Pengarah Saw ini nampaknya membina tipikal setting yang pada aku sebati dengan cerita seram lain. Rumah besar, pokok tua, dan paling penting penggunaan cahaya yang kurang. Oh ya, tambah satu lagi, kesunyian. 

James Wan nampaknya membina dua plot, yang pada aku satu percubaan untuk menunjukkan yang ini memang real. Ed dan Lorraine Warren dibina dalam satu ceritanya tersendiri manakala kisah keluarga Perron itu dibina dalam satu cabangnya tersendiri. Nah, ianya bukan ceritanya yang mulanya nak menakutkan. Pada aku, permulaan sebegini menenangkan. Penonton diberi peluang untuk menghadam plot sebelum ketakutan sebenar bermula. 

Pasangan pemburu hantu yang benar benar wujud ni diberi plotnya sendiri. Dan mereka aku boleh label sebagai ‘superhero supernatural’ yang telah membina The Conjuring sebagai filem pertama dalam siri siri penyiasatan mereka. Keluarga Perron pula adalah ‘pelanggan’ yang dimana penonton diberi peluang untuk menghayati ceritanya. Maka, The Conjuring macam ‘doktor’ ubati ‘pesakit’. Tak ada emosi yang terlalu kuat sebab dua kumpulan ini hanyalah berjumpa disebabkan tujuan tertentu tetapi sisi lainnya, ia adalah hiburan seram sempurna. 

Justeru, aku rasakan emosinya tidak kuat walaupun adegan Laurrence Warren mengingatkan si Andrea Perrons tentang past memori tu ada meninggalkan kesan emosi. Malah, aku juga mengharapkan keganasan rasukan babak akhir itu lebih besar daripada apa yang dipaparkan. Namun, The Conjuring bukanlah pasal emosi ke apa. Ianya hanya sebuah cerita ‘based on a true story’ yang nampak lebih kepada penceritaan dari sisi Warren. Apa yang pasangan Warren nampak dan dengar, itu adalah visual filem ni. 

Keseramannya, pada aku sangat best. Ada few moment aku terkujat jugaklah dengan jangkaan yang tidak dijangkakan. Momen seramnya sangat bagu. Itu adalah satu factor x kenapa The Conjuring akan memberikan perasaan ‘haunted house’ yang baik. Malah, dengan suasana sunyi yang dilatari dengan muzik Joseph Bishara yang sangat membingit telinga sekali sekala, memberikan ruang panggung menunggu dengan perasaan berdebar yang tinggi. 

Disebabkan cerita ini adalah dari sisi pasangan Warren, The Conjuring macam satu kes paranormal je. Alah, macam tengok episode CSI kat tv tu. Cuma dalam hal ni, James Wan memberikan ruang untuk kita rasa momen seram tu dengan dos exorcism yang bagus. James Wan sekali lagi menampilkan penceritaan seram yang agak bagus walaupun pada aku filem ni tipikal je keseramannya. Lepas ni pasangan Warren nak selesaikan kes apa pulak ya? 

Filem ni berjaya buat aku terkejut beberapa kali. So, aku puas hatilah dengan The Conjuring. Kalaulah Anabelles Doll tu dibuat satu filem lain kan best. 

4/5

7 comments:

Syazwani Jalal said...

mcm best dan menakutkan.. jhuhu.. tp menarikk jln cte tu :)

Bahrain Ramlan said...

Macam best je...rasank nak pg tengokk..

syaafi sushi said...

mcm menakutkan je.. alah.. fiza x brani tgk citer seram.. takut jerit2,. hahaha

Mujahid Al Haq said...

Katanya mah sih serem ya ?

Nurulee said...

tk suka tgk cite seram. bukan tak berani. tak suka.

Husna Michi said...

macam best... tapi nak tgk takut2...hehehe....layan je.. :P

Intan Zulhilmi said...

Huishhh...seram ek? saya suke crita seram tp dgn syarat tak boleh tgk mlm2 and kena tgk ramai2 smbil bawak bantal utk tutup muka! aci tak mcm tu? huhu...nak tgk la nnti...thanks, bgus ulasan ni...