Sunday, August 18, 2013

Novel: Psiko (Ehsan El Bakri)


Psiko
Penulis: Ehsan El Bakri
Penerbit: Lejen Press

Lepas aku baca Kontrol Histeria, next target ialah Psiko. Novel yang punya cover yang mengingatkan aku terus kepada Jigsaw. Cerita lelaki bertopeng babi bogel dengan anak perempuannya, si perempuan pelakon lucah, seorang perempuan biasa yang dahagakan cinta dan nafsu. Semuanya adalah elemen tipikal Lejen yang menarik aku untuk membeli buku ini. Pada awal membelek belek ringan, aku terkejut dengan keberanian ini. Masa itu belum baca Kontrol Histeria. Lepas baca antologi itu, apa yang Psiko sampaikan hanyalah lumrah Lejen. 

Ehsan El Bakri cuba memberitahu yang buku ini terlalu open minded melalui amaran kerasnya pada awal cerita. Lantas, penilaian negatif akan banyak mengelilingi buku ini. Benar, buku ini banyak menunjukkan perkataan dan penulisan yang banyak menggambarkan cerita ‘vagina’, bra, buah dada dan juga seksual yang menjadi penghias. Malah, elemen tersebut dirasakan lebih janggal apabila penulis memasukkan elemen agama seperti khutbah jumaat, azan dan keinsafan. 

Pada aku, dua elemen yang jauh panggang ni sangat memberikan sisi Psiko yang pelik. Aku terima. Namun pada akulah, jika kita mahu menceritakan tentang keinsafan, mengapa huraian seksual perempuan itu melebihi segala galanya? Ya, jawapannya senang, tipikal Lejen. 

Dari segi plot, Psiko berjaya membawa teka tekinya sehingga hujung. Perasaan baca novel ni macam tengah drive kat lebuhraya PLUS dengan kelajuan maksima dengan menikmati keindahan di kiri kanan dan tetiba saja tanpa apa apa jadah, terus tekan brek, berhenti dan keluar dari kereta. Piknik mungkin. Ehsan El Bakri memberhentikan Psiko rapat pada ayat akhirnya. Itu buat aku geram! Dan aku rasakan objektif untuk mempsikokan pembacanya berjaya! 

Psiko bergerak pada dua jalan. Bella dan Rebecca adalah dua watak yang sangat jauh dari cerita biasa Melayu. Seorang pelacur melayu, dan seorang gadis biasa. Dan dalam cerita yang saling tak berkait ni, ada watak manusia bertopeng babi yang akan membentuk tandatanya penonton, apa relevannya tiga karakter ini yang berada dalam dunia masing masing? 

Nak cakap direkomendasi pun, aku rasa lelaki akan rasa girang sebab banyak ‘nafsu’ dihujahkan dalam buku ni. Namun, dari satu sudut lain, Psiko memberikan satu lagi slasher dari kepala otak Melayu yang sangat gila. Walaupun aku rasakan plotnya biasa dan cuma ditambah dengan elemen psiko, Psiko menghiburkan. Macam dalam muka pertamanya, penulis dah cakap baca buku ni dengan minda terbuka. So, bersedialah untuk ‘membuka’. 

3.5/5

No comments: