Akan Datang!

Tuesday, August 6, 2013

Sneak Peek: KL Gangster 2

KL Gangster 2 ialah sebuah filem aksi yang diarahkan oleh Syamsul Yusof dan dibintangi oleh Aaron Aziz, Ady Putra, Soffi Jikan, Syamsul Yusof dan Rosyam Nor. Filem ini akan ditayangkan pada 3 Oktober 2013. 


Plot cerita mengisahkan dua beradik iaitu Malek dan Jai terjebak dalam dunia samseng setelah kematian bapa mereka 10 tahun lalu. Sejak kematian si bapa, kehidupan mereka sekeluarga dalam serba kesusahan dan mereka juga sering ketakutan gara-gara ugutan daripada kumpulan gangster yang menagih hutang ayah mereka. Disebabkan kesempitan wang, Jai menjadi semakin liar hingga sanggup melakukan apa saja bagi mengubah nasib hidupnya walaupun mendapat tentangan hebat daripada keluarganya. Malek semakin buntu memikirkan masalah yang dihadapi, lebih-lebih lagi apabila laporan doktor mengesahkan ibu mereka mengidap penyakit barah. Keadaan bertambah perit apabila kakaknya, Zati diperkosa. 

Pelakon


Filem yang menjalani penggambaran bermula 1 Disember tahun lalu memilih beberapa lokasi menarik seperti sekitar Kuala Lumpur, Lembah Klang dan Batu Gajah, Perak sebagai lokasi. Filem ini akhirnya mendapat khidmat aktor berkaliber Malaysia, Rosyam Nor selepas gagal untuk dibawa untuk filem pertamanya akibat masalah jadual waktu kerja yang padat. Menurut Syamsul, beliau memang menginginkan Rosyam berlakun filem bercorak aksi kerana watak dalam filem tersebut memang dicipta khas untuk beliau. Kali terakhir Rosyam berlakun aksi ialah pada filem Castello Semasa pembikinan, pelakon Aaron Aziz menerima kecederaan di bahagian belakang semasa melakukan aksi pertarungan bersama Rosyam Nor. Beliau dihantarkan ke hospital berdekatan.

sumber | review: KL GANGSTER

1 comment:

Mia Liana said...

macam menarik je.... yang satu punya dah tengok. yang ni belum tengok lagi.

Review: Kingsman 2 - The Golden Circle (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Matthew Vaughn Pelakon | Colin Firth, Taron Egerton, Julianne Moore, Halle Berry Tak banyak filem ...