Akan Datang!

Sunday, July 28, 2013

Novel: Kontrol Histeria


Kontrol Histeria
Penerbit: Lejen Press

Buku ni sebenarnya macam pisau yang sedang siat siat kulit aku dalam kepala otak. Serius saat aku baca cerpen pertama tu pun dah rasa macam tempat aku sedang pegang buku tu sudah dipenuhi dengan basah darah dan bau hanyir bayangan bayangan ngeri. Ada kepala putus, dan kegilaan membunuh yang diluar imaginasi yang aku jangka. Bukan untuk penggemar cerita horror biasa, Kontrol Histeria memberi definisi baru ngeri. 

Peminat pembunuhan ngeri yang selalu mengimpikan sesuatu di luar imaginasi harus baca buku ni. Tak ada kegilaan membunuh semaksima ini. Penulisnya semua memberikan kegilaan full throttle dalam memberikan persembahan mereka. Dalam mendefinisikan kegilaan darah buku ini, aku boleh sifatkan pembaca novel biasa ambil masa untuk membiasakan diri dengan kengeriannya. 

Ergh! Kontrol Histeria memang memualkan. Aku tahan untuk gagahkan menghabisi. Dan ya, aku berjaya. Rasa macam tak mahu dah sentuh dan baca semula. Ianya ibarat tengok orang bunuh dan mesin mayat sampai hancur depan mata sendiri. Respek pada kolaborasinya yang agak umph walaupun ada beberapa cerpen yang aku rasa mempunyai tema yang sama dan berulang. 

Aku bayangkan, kalaulah ada membunuh sebab baca buku ni, pasti buku ni akan jadi kontroversi. Apapun, aku tabik pada kengeriannya yang melangkau imaginasi. Kontrol Histeria bukan untuk orang yang meminati seram biasa. Ianya untuk orang yang meminati cerita semacam Saw dan Texas Chainsaw Massacre. Ah, filem slasher lebih mudah. Baca dan bersedia untuk muntah, jika tak tahan dengan gore levelnya. 

4.5/5

Sunday, July 21, 2013

Review: Pacific Rim

Pertama, filem ni filem kaiju. Menatang apa filem kaiju tu? Filem kaiju tu macam filem ultraman. Filem monster besar besar, pastu bertarung atas set rumah dan bukit bukau palsu. Budak budak terngaga tengok walaupun mereka bulat bulat kena tipu. Pacific Rim bergerak dengan konsep yang sama. Tapi sudah namanya Hollywood, apa saja yang kita nak, mereka boleh reka. Dari Guilermo Del Toro, lelaki di sebalik Hellboy, Pacific Rim satu lagi level baru filem kaiju. 

Ini bukan filem seperti filem ultraman ataupun Godzilla yang dalam versi jepun. Filem ni memenuhi ruang hiburannya dengan memberi satu perspektif baru sebuah dunia yang dipenuhi monster. Filem Pacific Rim mensasarkan manusia dewasa untuk berasa kagum. Mungkin yang dah muak melihat lelaki dalam kostum berlagak macam monster dalam filem kaiju jepun, filem ni memenuhi impian penonton untuk melihat kaiju versi visual efek. 

Ternyata, dunia dalam Pacific Rim jauh lebih hebat berbanding dunia kaiju Japanese. Semuanya adalah imaginasi luar batasan yang sangat mengagumkan. Dengan visual pertarungan yang sarat dengan visual efek yang berat, penonton dapat merasai bagaimana Jaeger tersebut dikawal dengan visual kawalan Drifting yang sangat mengagumkan. Jika anda rasa pengalaman melihat Tony Stark dalam suitnya mengagumkan, melihat manusia mengawal Jaeger dalam filem ini dua kali ganda lebih dari itu. 

Pacific Rim terletak kekuatannya pada visual efek. Malah, aku juga rasakan beberapa babak emosi antara kekuatan dalam filem ni. Cerita Mako Mori adalah kekuatan terbaik untuk mengekalkan emosi dalam masa penonton sibuk melihat pertarungan. Semuanya disatukan membentuk sebuah filem pertarungan gergasi tergempak untuk 2013. Bunyi ngaumannya, dentumannya, efeknya dan juga pertarungan luar batasan memeriahkan dunia filem ni. 

Masa mula mula filem bermula, aku agak terkejut sebab filem ni tidak membariskan pelakon pelakon yang agak terkenal sebagai pemain utama. Dari awal hingga akhir, Idris Elba dan Ron Perlman sahaja yang aku kenal. Pada mulanya, ianya sangat menampakkan murahnya filem ni. Yalah, penerbit habiskan duit untuk efek dan abaikan kekuatan lakonannya. 

Tetapi, secara keseluruhannya, aku nampak pelakon itu popular atau terkenal atau tidak bukanlah satu perkara utama dalam hiburan Pacific Rim. Kekuatan pada plotnya, dan juga pertarungan dah oh ya, komedi dua mamat yang aku tak kenal tetapi sangatlah best walaupun sangat cemerkap dan gopoh gapah. Ada momentum yang sangat deras sehinggakan minit filem ni tidak meninggalkan ruang untuk penonton berehat. 

Pacific Rim memang filem kaiju untuk orang dewasa. Dengan penaik tarafan kaiju menggunakan CGI, Pacific Rim memberikan ruang untuk kita melihat pertarungan yang lebih bagus dan tidak terjangkau akal. Ternyata, pada aku, jika harga tiketnya mahal sedikit pun, aku sanggup bayar. Penggunaan audionya menyeluruh dimana setiap masa berisi dengan music skor yang cantik dan ngauman raksasa yang membingitkan. Itu aku suka! 

Mungkin bagi orang yang tak sukakan efek dan bunyi bising yang banyak akan mendapati visual filem ni sukar untuk ditonton. Sudahlah pertarungannya dalam hujan pada waktu malam, monster pula besar besar. Jadi, apa yang aku kata ada yang suka dan ada yang tidak suka. Justeru, terserah pada korang untuk menilai filem ni. Pada aku, aku suka filem ni. 

Pacific Rim memang khas untuk peminat filem aksi yang dahagakan aksi tanpa henti dengan visual efek yang hebat. Skripnya yang mantap dan simple, dan dimeriahkan dengan emosi yang dibina agak baik, ditambah pula dengan robot raksasa yang mengagumkan membuatkan Pacific Rim adalah filem kaiju tergempak pernah aku saksikan. Bersedia untuk terlopong menyaksikan manusia melawan raksasa. Ingat, kali ni Ultraman bukan lagi hero! 

4.5/5

Review: The Lone Ranger

Sepertimana korang tonton John Carter, bagi yang pendapatnya sama dengan akulah, itulah yang korang akan dapat dengan The Lone Ranger. Mungkin perencahnya sedikit jauh hebatnya dari filem lelaki di marikh itu sebab ini dari Gore Verbinski. Gore Verbinski? Hah, dia ialah manusia di sebalik filem lanun hebat yang menjadi iaitu Pirates of the Caribbean. Pernah dengar bukan? Korang rasa, adakah The Lone Ranger bakal memberi kemenjadian yang sama? 

Pertama, sejak dari awal lagi aku dengar filem ni, kita akan digembar gemburkan dengan Depp. Ya, sebab utama filem ni dikhabarkan bagus sebab ada Depp. Mungkin semangat Depp dari filem lanunnya yang popular itu dipinjam untuk menarik penonton menonton The Lone Ranger. Remake siri klasik ini tidak pernah memperlihatkan watak John Reid itu sebagai buah yang harus dimakan. Ia hanya dijadikan pokok yang menyokong. Itu sangat kesian! 

Armie Hammer itulah the lone ranger! Jadi, kenapa Tonto itu yang dijadikan tarikan utama? Kenapa? Bukankah kedua duanya harus seimbang? Aku sendiri tak tahu kenapa Tonto diberi penonjolan yang lebih sekaligus menenggelamkan lakonan Armie Hammer yang sepatutnya diutamakan sebab filem ni berkenaan dia! In the end, dari segi keseluruhannya, aku hanya nampak The Lone Ranger adalah filem Depp seperti mana dia dalam Pirates of the Caribbean. 

Depp mencelup apa yang orang suka tentang dia dalam filem ni. Aku masih nampak dia sebagai Jack Sparrow. Tak ada yang baru. Cuma kali ini, Jack Sparrow versi Lone Ranger hanya ada burung mati atas kepala. Itu saja. Selebihnya, lawak lawaknya dituang khusus buat Jack Sparrow fans. Bagi aku, lawaknya adakala bagus dan baik, mampu buat aku ketawa. Dan ya, kadangkala ada juga babak yang menjengkelkan. 

Gore Verbinski memberikan gayanya tersendiri dalam pengarahan aksi aksi filem ni. Itu yang aku suka. Aksinya sangat imaginative dan kreatif sekaligus memberikan kita melihat siri siri aksi yang bercampur komedi serius yang mirip filem lanunnya dahulu. Itu satu bahagian filem ni yang aku suka. Babak aksi keretapi pada awal filem nampak seperti akrobatik terancang yang menghiburkan. Begitu juga babak aksi akhir yang perancangannya sangat bagus. 

Namun, penceritaannya mungkin sedikit membosankan. Plotnya yang tidak seimbang antara Tonto dan John Reid buatkan aku rasa bosan. Aku mahukan John Reid itu menonjol lebih dari Tonto dan bukan sebaliknya. Namun, Verbinski nampak cuba menaikkan kedua duanya sekali walaupun in the end, Tonto berada di hadapan sekali berbanding watak utama yang harus berada di puncak. 

Seperti John Carter, plotnya yang memenuhi masa yang agak lama menyebabkan ruang bosan terbentuk. Justeru, The Lone Ranger gagal menyekat penonton untuk menguap sementara menunggu aksi akhir yang bagus. Pada aku, inilah kelemahan filem ni yang sangat tak bagus. Keinginan Disney nak mempersembahkan filem yang panjang nampaknya menjadikan filem ni jadi hampir hancus. Kan baik jika ianya sejam tiga puluh minit saja. 

Helena Bonham Carter hanya sebagai penghias. Aku hanya lihat Tonto memegang ceritanya sampai habis. Jadi, Johnny Depp membuktikan dia sepatutnya disanjung dengan karakternya. Namun kesian kepada Armie Hammer. Lakonan pelakon yang agak biasa, tipikal Disney, berjaya ditutup dengan visual efek yang sangat mengagumkan. 

Walaupun Gore Verbinski berjaya mencipta dunia westernnya yang baik selepas dia berjaya menredifinisikan dunia lanun dulu, The Lone Ranger dihiasi plot yang sangat lambat. Nasib baik ianya ada aksi yang sangat ohsem. Kebergantungan kekuatan filem ni pada Depp menyebabkan aku rasakan filem ni gagal menaikkan Armie Hammer yang sepatutnya menjadi tunjang utama. Bagus atau tidak, pada aku, filem ini hanyalah tipikal Disney. Tak ada lebih dari tu. 

3/5

Tuesday, July 16, 2013

Review: Pecah

Macam sebelum ni aku kata, aku kurang memahami keseluruhan cerita Pecah. Tetapi, aku dapat tangkap beberapa plot yang aku dapat simpulkan secara keseluruhannya. Novel itu agak susah ditangkap. Kini, menonton Pecah versi filem pula. Arahan Black ini nampak sedikit ringan dan sebagai seorang yang sudah membaca novelnya, Pecah versi filem memberi sisi baru yang lebih mudah difahami untuk cerita Khairulnizam Bakeri ini. 

Keseluruhannya, filem heist sebegini memang kalau nak dibandingkan dengan heist Hollywood memang jauh panggang dari apilah. Melihat adegan rompakan dalam filem secara visual tidak memberikan gambaran sepertimana penulis novelnya gambarkan dalam novel. Namun, sebagai filem Lightbulb yang sebelum ini telah ‘mengecewakan’ aku dengan Bisikan Syaitannya, Pecah antara filem yang menunjukkan ‘kami bikin filem bukan main main’. 

Ada kurang ada bagus tentang filem ni. Masing masing naik turun sepanjang filem ni berjalan untuk mencapai garis penamat. Pertamanya, saat permulaan filem ni yang mana sangat memberikan satu tanda tanya menjadi. Visualnya sangat baik dengan skor muzik dan suasana yang membentuk. Ternyata ianya momentum yang bagus untuk satu permulaan. Malangnya, aku tak rasakan kredit title itu perlu. Bagi yang belum membaca novel, kredit title tu macam buang masa. Bagi yang dah baca, mungkin itu kali pertama korang akan lihat watak divisualkan. 

Rompakan itu! Ergh. Aku nak tak nak terpaksa terima saja kekurangan yang kita ada. Aku harapkan visual itu tenang dan tidak tergesa gesa. Tapi biasalah, bila cerita melayu, aksi yang nak ganas perlulah dilengkapkan dengan jeritan dan juga kekalutan yang tidak kenal apa itu ‘objektif’. Kesian benar disepak terajang pelakon ekstra itu untuk dapatkan ekspresi muka sakit yang real. Tambahan pula, kesian benar bila jonkong emas nampak macam balutan coklat Cadbury! 

Abaikan. Yang pasti, rompakan itu telah trigger satu cerita jalan pertama (jalan kedua, Bakar, tidak aku pedulikan) yang akhirnya membawa kita kepada inspector polis yang sangat best! Suka gaya Fizz Fairuz walaupun gaya cemasnya bila dia terkejut dapat tau berita sangatlah dibuat buat. Nampak plastik benar saat dia arahkan pegawainya dalam keadaan terjerit jerit. 

Mungkin yang tidak membaca, filem ni akan sedikit menimbulkan tanda tanya. Tetapi, objektif untuk menjadikan Pecah sebagai dua lidah berbeza adalah perkara yang bagus. Pecah filem lebih mudah difahami. Pecah novel macam aku katalah, agak sukar bagi aku (secara peribadi. Berada di dua dua lidah memudahkan lagi pemahamannya. 

Lakonan Tony Eusoff amatlah kurang meyakinkan. Apa yang aku nampak Shoffi Jikan amatlah sangat memberansangkan. Wataknya yang sedikit pelik membantu menghidupkan Alan dengan baik. Malang sungguh bila watak doktor tu macam ‘malas’ je nak berlakon. Haish! Layu je aku tengok. Pujian untuk Fizz Fairuz juga walaupun wataknya hilang tanpa berita apabila filem ini alih arah untuk ke plot yang tak de kaitan dengan polis tuh! 

Apa yang aku lihat di sini, Pecah ada beberapa sisi yang aku kurang suka. Penulisannya cantik. Malangnya, aku tidak rasakan penulisannya tenang untuk mengajak semua rakyat yang tak kira baca atau tidak novelnya untuk bersama sama. Pecah seperti arahkan, “kau baca novel, then tonton filem! Kalau tak, siap kau!”. Gayanya pada awal awal tu bagus. Tapi, semakin ke tengah, gayanya sudah seperti tergesa gesa. Banyak elemen penting ditinggalkan dan dibiarkan kekal dalam buku! Which is for me sangatlah tidak bagus untuk sebuah filem yang memerlukan detail yang lebih untuk misterinya. 

Keduanya, aku agak salute kepada skornya. Walaupun nampak murahan, ianya menjadi. Malangnya, kat mana skor tu ditempatkan sangatlah mengundang tawa. Yalah, babak Alan pandang Lidya pun muzik cam ape tah! Aku harapkan babak itu kosong tanpa muzik untuk elakkan penonton sangkakan ada something between them. Tapi, lain pula jadinya. Haish. 

Overall, orang muda mungkin akan kata filem ni best! Orang tua pula akan kata filem ni perosak akhlak. Orang macam aku pula akan kata, Pecah antara karya luar kotak yang memeriahkan. Tak kira baik atau buruk filem ni, sekurang kurangnya Lightbulb boleh bangga yang filem ni tidaklah seteruk filem Bisikan Syaitan tuh! Dari novel Fixi, Pecah antara cubaan yang agak bagus walaupun aku rasa kita boleh pergi lebih jauh dari ni kalau banyak aspek dikemaskan semasa bikin filem. 

3/5

Monday, July 15, 2013

Novel: Zombijaya (Adib Zaini)


Pecah
Penulis: Adib Zaini
Penerbiyt: Fixi

Kalau nak kata aku impress sangat dengan Zombiejaya sebab elemen zombienya, tidaklah. Tetapi, sekurang kurangnya, dari satu sudut, aku nampak bagaimana jika imaginasi begitu diadaptasi dalam environment kita dari kaca mata penulisnya. Adib Zaini tidak menulis dengan jiwa yang agak baik. Pada aku, tulisannya terlalu biasa, dan tidaklah memenuhi jiwa ‘novel’. Beberapa sisi aksi tidak dijelaskan dengan detail menjadikan hilangnya sebuah pelengkap. 

Zombie itu bagus konsepnya. Nipis itu sangat hebat. Sisi komedi yang selalu kita lihat dalam visual lawak biasa ditulis dan bukannya dilakonkan. Nipis watak yang menjadi. Aku dapat bayangkan gaya gaya Nipis dalam otak. Tetapi, malangnya Zombiejaya tidak melengkapkan fakta pengzombiean itu dengan jelas. Ini membuatkan aku tertanya tanya. Permulaan diisi dengan satu cerita yang tak ada kaitan langsung. Itu ok. Tapi, sekurang2nya permulaan pengzombiean itu seharusnya dijelaskan lebih awal dari apa yang terulis. 

Kelemahan Zombiejaya terletak pada akar permulaan kejadian zombie menzombie itu sendiri. Macam aku kata tadilah. Namun, itu hanyalah sisi yang akan tetap dikenang sebagai soalan yang takkan pernah terjawab melainkan ada prekuel yang menerangkan insiden sebelum Nipis and the geng hadapi. Melihat kepada ceritanya, aku rasakan ceritanya lebih baik dari Invasi. Tidak melalut lalut tanpa tentu pasal. Zombiejaya nak cerita pasal survival, dan survivallah yang aku lihat. 

Sebab novel ni dalam bahasa kita, agak pelik untuk berhadapan dengan perkataan ‘seorang zombi’. Namun, aku rasa bayangan Malaysia dengan zombienya amat impressive. Bayangan KL khususnya dalam dunia pengzombiean yang berleluasa menunjukkan pengadaptasian Adib Zaini terhadap isi asal Romero ini nampak menarik untuk dibaca. 

Tidak bermula dengan tergesa gesa, Zombiejaya membina imaginasi zombie di Malaysia dengan agak baik. Kelemahannya mungkin kepada cara penulis berimaginasi dengan kata katanya saja. Tidak menangkap. Namun, disebalik kelemahan itu, aku rasakan Zombiejaya adalah satu fiksyen luar kotak yang amat bagus untuk menilai jauh mana imaginasi orang kita. Pada aku, Zombiejaya ada karakter yang baik. Sekadar bacaan ringan, Zombiejaya menghiburkan.

3.5/5

Tuesday, July 9, 2013

Novel: Pecah (Khairulnizam Bakeri)



Pecah
Penulis: Khairulnizam bakeri
Penerbit: Fixi

Pecah ni dikhabarkan novel best seller. Itu buat aku teruja nak miliki novel ni dulu. Geram sebab purchase novel ni beberapa minggu sebelum movie tie in keluar. Tapi tak pe, content sama je. Sempat membacanya dan pada pandangan aku, ada beberapa point yang aku mahu cakapkan. Pecah memang sesuatu yang berbeza. Tak kira dari aspek apa. Semuanya berbeza. Isinya Hollywood based tetapi dengan elemen tempatan yang sarat. Itu antara kehebatannya. 

Khairulnizam Bakeri nampaknya pandai berpujangga. Aku baca novel Fixi dari Hilang, Mangsa, dan lain lain, semuanya ditolak ke tepi. Jauh benar penulisan Pecah ni. Pecah ada ‘bahasa pujangga’ yang sangat berbeza dari semua novel yang aku pernah baca. Ayat tiga kata kadangkala pengulangan bunyi bunyi yang sangat berima memberikan bacaan aku rasa kekok tetapi pada masa yang sama memberi peluang untuk melihat sisi novel ini dengan sangat berbeza. 

Dari satu ke satu, hubungan katanya banyak tersirat. Pada aku yang tidak suka menelaah kata kata untuk mencari plot, Pecah nampaknya tidak memenuhi gaya penceritaan yang aku mahu. Aku respek idea plotnya yang segar dan elemen tipikal Fixinya. Namun, apa yang aku nak kata, dengan puitisnya ayat novel ini telah menenggelamkan plot yang aku mahu cari. Aku faham ceritanya tetapi tidak berupaya untuk merangkul keseluruhan plot plot kecil. 

Dan mungkin filem adaptasinya mungkin boleh membantu. Dan pada aku, Pecah karya yang sangat ada gaya bahasanya tersendiri. Idea rompak bank dan situasi dalam hospital digarap baik ditambah pula dengan polis bernama Paul yang jauh menolak tipikaliti polis Yusof Haslam amatlah menjadi factor cunya Pecah. Namun, malang sekali aku tidak dapat menikmati kepuasan ceritanya sebab tenggelam dengan ayat2nya yang sangat mengajak pembaca untuk menyelak yang tersirat.

3/5