Friday, June 7, 2013

Review: O.M.K - Oh Mak Kau!

Sangatlah tidak ada point yang nak ditonjolkan dalam filem ni. Oh mai! Filem ni tak ada satu benda pun yang mampu buat aku rasa kagum. Tak ada satu pun! Teringat bagaimana Jidin Sengal dan Suatu Malam Kubur Berasap yang rasanya jauh lebih hebat sedikit berbanding filem ni. Oh Mak Kau adalah filem kau dan patutlah filem ni memenuhi standard aku. Sangat sangat kosong dan tidak ada apa apa. 

Cerita ni tunggang terbalik. Tak tahu apa apa yang nak diceritakan sebenarnya. Aku cari sana, aku cari sini, tunggu punya tunggu, last last sampai habis filem satu haram apa pun aku tak dapat. Kosong dan lebih teruk, ianya menunjukkan yang buah tangan pertama pelakon turn director ni satu keburukan yang jelas jadi nyata. Motifnya, jadilah pelakon berwibawa then baru lah kau mengarah sebuah filem ya! 

Bukan aku tak respek apa yang dia mahu buat, tapi untuk sebuah filem komedi, aku rasa Sepahtu lebih banyak membantu. Tabik springlah kepada diorang sebab kalau tak ada diorang memang filem ni jadi sampah yang tersangatlah busuk. Maaf aku cakap, semuanya tidak kena. Tetapi, tidaklah aku persalahkan pelakon pelakonnya, aku salahkan ideanya yang tidak digarap dengan baik. 

Filem ni bermula dengan komedi sepahtu-style yang mana mungkin pada peminat Sepahtu pasti akan gelak habis habisan. Pada aku, komedi yang tidak terkawal itu kadangkala menjengkelkan dan kadangkala sangat menjadi. Jep dan Syuib nampaknya memberikan lakonan yang sangat menjadi walaupun layanan terhadap watak mereka amatlah tidak adil dan sempurna. 

Bayangkan, apabila kau dah cerita pasal Jeb dan Syuib, kenapa pula perlu ada Que yang nampak dipentingkan secara tiba tiba sedangkan Jeb dan Syuib itu lebih penting dari kisah Que dan kisah samsengnya. Watak lakonan Shamsul Yusof juga meminjam aura KL Gangster yang tidak menjadi. Aku rasa wajar kisah gangster itu tidak diwujudkan dan lebih baik focus kepada Jeb dan Syuib punya karakter untuk bercerita. 

Sam dan Mun itu sepatutnnya jadi cerita yang bagus. Sebab apa, dalam cerita mereka ada insiden letupan kereta yang menyuntik emosi lalu dibunuh menjadi komedi. Itu best! Aku suka. Malah, dalam cerita Sam dan Mun juga ada sisi kekeluargaan yang bagus. Momen ibunya pukul dua orang tu lepas curi iPad tu nampak bagus. Aku nantikan konflik yang bagus untuk mereka, malangnya sampai ke sudah tak ada. 

Yang ada, tetiba muncul dari lautan ceruk mana, kisah samseng Lutfan, Embun dan Que yang entah apa apa. Plot bertingkah dan oh tidak, kau akhiri filem ni dengan subplot yang entah pape ni? Kenapa kau bercerita teruk teruk pasal Sam dan Mun mencuri semua bagai lepas tu kau habiskan filem ni dengan subplot lain. Kau mulakan dengan kisah lain lepas tu kau habiskan dengan cerita lain. Banyak canteeek! 

Aku bukannya reti sangat pasal bikin filem sangat tapi aku tau yang skrip ni amatlah teruk. Jika sekadar bercerita secara ada isi dan tidak kejapp ke kiri dan ke kanan tanpa arah tu, itu ok. Ini kalau apa satu benda pun tak ada, dan tetiba kononnya mendedahkan twist yang ‘oh, dia ni anak dia ni’, ‘oh, rupanya dia tu polis’, itu semuanya menambah keterukan. 

Oh Mak Kau boleh jadi bagus kalau ada elemen kekeluargaan yang jelas, ceritanya tidak berterabur hanya untuk bubuh pelakon yang banyak dan kualiti pelakon utamanya sendiri yang selaku director, penerbit, dan lakonlayar itu tinggi. Malangnya, Oh Mak Kau hanyalah sampah yang biasa aku nampak dulu dulu. Kesian kepada Syamsul Yusof, Sepahtu yang banyak membantu, namun akhirnya apakan daya, pokok yang busuk tumbang jua! 

1.5/5

No comments: