Thursday, June 13, 2013

Review: Man of Steel

Kalau korang rasa Iron Man 3 sudah memenuhi tuntutan korang untuk lihat aksi non stop, korang silap. Nampaknya summer belum habis dengan kebangkitan filem filem aksi yang makin menyerang. Ada yang menjadi, dan ada yang tidak. Man of Steel, olahan terbaru Superman ini tidak mampu aku ucapkan bagaimana perasaannya. Ianya sangat sangat jauh dari Tony Stark. Ah, kalau dibandingkan dengan tradisi filem superhero 2013, Man of Steel adalah satu kegilaan pembikin Hollywood! 

Filem ni lebih gila dari Iron Man 3, dari segi aksinya. Malah, filem ini lebih teruk ketidak logikannya daripada Fast and Furious 6. Alah, filem untuk berhibur, jadi have fun!. Tambah lagi, kemusnahan harta bendanya lebih banyak dari The Avengers dan juga Transformers! Pendek kata Man of Steel bercerita tentang besi. Dan korang dapat bayangkanlah bagaimana ‘orang besi’ akan ‘memusnahkan’ harta benda semasa menyelamatkan dunia. Cuma bagusnya filem ni, ia tak lupa untuk meletakkan nilai kehidupan dalam hiburannya.

Zack Snyder, lelaki di sebalik Sucker Punch (2011) dan 300 (2006) meletakkan satu aras baru kepada filem Superman. Bagi yang mengenali gaya filemnya pasti dapat mengagak bagaimana Man of Steel akan jadi. Iyalah, akan banyak visual efek, visual yang sangat ohsem, dan kerja kerja yang memang memerlukan kepakaran tinggi. Perhatikan saja bagaimana efek Superman, visual Krypton dan pertarungan aksinya yang gila babas canteeek!

Dari segi penceritaannya, Man of Steel tidak ketinggalan mengikut tradisi Nolan. Man of Steel sebenarnya mengikut jejak The Dark Knight. Anda akan sedar endingnya yang berbentuk surprise yang akan membuatkan korang faham apa yang nak disampaikan. Filem ini adalah cebisan kisah yang tersembunyi yang berlaku diantara Smallville dan juga filem filem Superman yang lain. Dan pastinya, disebabkan ianya kisah tersembunyi yang baru sekarang ‘dijumpai’, 

Man of Steel lari jauh dari tipikal superhero. Man of Steel adalah kisah peribadi Clark Kent. Filem ni sebenarnya tidak bergantung sepenuhnya kepada watak superhero itu untuk memperkembangkan watak. Clack Kent dibina dengan emosi dan juga kisah hidup yang sebenarnya bercerita tentang sisi dirinya yang fresh dan segar. Snyder menghimpunkan kisah Kent dalam siri flashback dari masa ke semasa. Sekaligus, filem ni tidaklah memberikan masa menunggu yang lama untuk beraksi! 

Aksi tanpa henti adalah pada 1 jam 20 minit terakhir. Itu pasti! Apa ada pada 1 jam pertama? Tipikal Nolan lah! Nolan selaku pemegang idea dan penerbit nampaknya tidak meninggalkan elemen yang ada dalam trilogy Batman. Sejam pertama, kisahnya lebih kepada drama. Namun, dramanya adalah satu dua aksi. Dan dengan visual yang cantik dan tertarik, drama sejam pertama menjadi. 

Expect the unexpected! Aku tak sangka pula Snyder mahu meranapkan seluruh Metropolis sehinggakan aku rasa Michael Bay tunduk rebah sebab dia ingatkan dia dah musnahkan Chicago semaksima mungkin. Malah, Joss Whedon juga akan rasa geram sebab kerosakan New York rasanya baru hujung jari dari apa yang ditonjolkan dalam filem Man of Steel. 

Apa yang aku nampak, Man of Steel adalah Superman yang penuh science-fiksyen. Babak pembukaannya sudah mengingatkan aku kepada Prometheus dan juga beberapa filem si fi lain. Visualnya menakjubkan dan indah. Dan penghayatan yang diberikan kepada Krypton itu sungguh meyakinkan. Superman dalam filem ini diberi emosi supaya penonton rasa simpati. Dan ya, emosi itu berjaya dimainkan dengan sempurna. 

Henry Cavill sesuai dengan watak. Namun, aku tak nampak sisi emosinya yang aku mahu. Namun, aksi gempak filem ni berjaya buatkan aku abaikan hal itu. Amy Adams berjaya menjauhkan tipikal Lois Lane. Malah watak Russell Crowe itu sendiri memberi bahan tambah yang cukup istimewa untuk Man of Steel. Keseluruhannya, ah, tak payah pentingkan lakonan, visualnya dah menakjubkan! 

Cuma satulah yang aku kurang suka tentang filem ni. Filem ni telah menunjukkan yang Hollywood dah tak ada idea lain selain alien nak takluk bumi. Michael Bay dah buat! Whedon dah buat! Sekarang Snyder pulak. Ni berlawan siapa hebat ke apa? Tapi takpelah. Asalkan ceritanya masing masing ada keistimewaan sendiri sudah. Ye dak?

Perhatikan aksi di sejam setengah akhir filem ni. Aksi tanpa henti dengan visual menakjubkan terus mengingatkan aku kepada kemusnahan Chicago didalam TF3. Namun, Snyder tidak melalut lama sangat. Namun, aksinya pasti buat orang yang mahu logik rasa macam serba tak kena. Jadi, aku sarakan buang logika jauh jauh dan berhibur dengan kemusnahan yang disajikan. Nasib baik aksinya ada one to one fight scene, kalau tak memang out of focus lah ending filem ni! 

Dengan gabungan Snyder, Nolan dan yang paling penting iaitu muzik skor trademark Hans Zimmer, filem ni amat sama kualitinya seperti menonton Inception, dan The Dark Knight. Itu pasti. Cuma in the end, aku tertanya tanya satu soalan. Macam mana bumi nak menjadi normal semula selepas kemusnahan segila ‘kiamat’ itu berlaku? Oh, dan satu lagi, heran juga ya kain merah kat belakang Superman tu tak carik carik walaupun berlawan sampai musnah satu bandar! Haha..   

4.5/5

10 comments:

Syuk Ry said...

wow.. review yang menarik.. 4.5 rates.. agak tinggi 2.. haha.. jgn lupa baca review kat sini jgk..

http://syncronizeq.blogspot.com/2013/06/film-review-man-of-steel-2013.html

Suziana Zulkifli said...

Woww...caya lah man..terbaekkk..ak pon da tgok. Best jak..tp xleh lawan iron man 3..coz ak minat giler tony stark..huhu

Bahrain Ramlan said...

Review yang meyakinkan.....tak sabar nak pg tengokk

Halif Mohamad said...

You save my ticket la bro..esok aku nak g tgk tp rasa kureng sebab ramai kata tak best. nasib ko kata best...hehehe

Hafeez Hillmin said...

Review yang bagus..ade beberapa points saya setuju..tetapi jika nak cakap pasal tak logik..nama pon citer alien..sah2 la tak logik..haha.

Dari opinion saya yang humble dan tiada pengalaman review movie, saya cuma kate jangan di banding kan sgt Ironman dan Superman sbb dorg dari dua genre berbeza. Ironman dari Marvel dan Superman dari DC Comics. Batman ialah favourite super hero saya tapi saya keep track jugak karakter superheoes lain dari DC.

Pasal alien invasion tu, mmg satu yg perlu di lakukan. Kalau tak dlm movie ni, akan di buat jugak dlm movie sequels Superman. Alien invasion theme mmg tak akan lari dalam movie jika watak utama pon adalah alien. So elok buat sekarang dari kemudian.

Dlm sequel nanti sudah confirm takde invasion sbb Lex Luthor akan jadi enemy nya.

Pembetulan sikit. Clark Kent. Bukan Clack.

Ini opinion saya saja. :)

kempot said...

review yg bernas walopon ada segelintir yg tak berapa suka dgn MOS ni (mana ada filem yg perfect der).

anyway, saya agak agree dgn review saudara. kalo nak compare dgn filem superhero DC TERKINI antara dark knight rises dgn MOS, saya pilih dark knight rises. tu kalo dari sudut TERKINI tapi kalo nak compare yg sebetulnya, kena compare dgn filem permulaan iaitu antara batman begins dgn MOS. utk itu, saya pilih MOS sbb batman begins saya rasa sedikit slow dan mungkin kurang action-packed gamaknya.

papehal pon, saya enjoy MOS. dlm erti kata lain, dah tak pikir psl logik fizik ke apa ke. mmg totally enjoy as a film.

saya cuma rasa tak best bila tunjuk scene masa jonathan kent selamatkan anjingnya. bagi saya, tak perlu tunjuk scene tu. cukuplah sekadar tunjuk scene kuburnya (maaf, saya rasa ni bukan spoiler tp saya rasa rata2 tau yg jonathan kent akan mati jua dlm apa2 siri superman pon kecuali kartun).

mungkin ada yg bertanya pasal "kenapa suit dan cape dia takde koyak?". jawapannya sbb superman ada "protective aura". sila google utk maklumat lanjut.

sohoque said...

aku kalau bab filem superhero aku mesti tgk. tak kesahlah best ke tak best.. tak best pon bg aku tetap best. cuma ratingnya la aku bagi berbeza

Ayakaishi Ayasy said...

Aq kecewa coz diorang tukar baju superhero tue..
Cam batman..
Knapa nak diggantikan dengan suit macam tentera..?
Ada body camtue
n by the way..
Superman pakai underware kat luar, bukan kat dalam..
Knapa ditukar,,?
P/s - DC Nerd Rage

Silbi Abigail said...

mereka berusaha untuk memusnahkan dunia kerana mereka mahukan penyelamat turun dengan segera dan bumi akan pulih dari segala bentuk ancaman dan peperangan kerana mereka sendiri akan mentadbir - One World Goverment.. kerana itu, kita disajikan huruf 'S' sebagai Superman namun mereka sudah tidak sabar untuk mendedahkan bahawa simbol yang kelihatan seperti abjad 'S' itu adalah HARAPAN. Harapan untuk mereka memerintah dunia!

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

cerita aksi macam ni memang menarik wlpn tak logik tapi enjoy ;)