Friday, June 7, 2013

Review: Lari

The best action film bagi tahun 2013. Visi Ahmad Idham untuk membentuk sebuah filem aksi yang ada martial art dan koreorafi ala ala filem aksi asia yang lain menjadi. Lari bukan sahaja menyebabkan Jiwa Taiko rebah di tanah, malah menjadikan 8 Jam hanya permulaan kepada segala galanya. Penuh engan aksi dan juga cerita yang amat baik dan simple, Lari memang sempurna sebagai sebuah filem aksi yang baik garapannya. 

Apa yang menarik tentang Lar1? Lari ada momen aksi yang cukup sifat walaupun sepatutnya lebih daripada itu adalah lebih baik. Aksi aksinya dibina bukan sekadar tumbuk menumbuk biasa macam Jiwa Taiko dan juga filem aksi Melayu lain. Ianya dikoreografi dengan baik dari tumbukan ke tumbukan. Kerja Kidsanapong Rachata nampaknya cukup sempurna. 

Lagi? Lari ada plot yang simple tetapi bisa memberikan rantaian dari aksi ke aksi yang cukup mantap. Cerita Lari tidak kejap ke kiri ke kanan. Motifnya jelas, iaitu Khaliff mahu mencari adiknya yang hilang selepas kematian bapanya. Dari situ, semuanya bermula. Aku suka plot sesimple ini sebab momen aksi boleh ditumpukan sepenuhnya. 

Lari ada isu yang lebih universal. Itu yang baiknya. Tak ada gaduh antara puak atau ala ala gangster-style yang korang selalu nampak penerbit filem tempatan yang asyik meniru niru tu. Lari keluar dari kepompong. Lari berlandaskan isu seperti filem Dilarang Masuk. Isu itu dibikin satu cerita yang pada satu masa bersifat menghibur tetapi masa yang sama bersifat mendidik. 

Aku puji Aaron Aziz. Lepas zaman kemerosotannya, Aaron Aziz nampaknya sudah bangun kembali dengan sebuah filem yang boleh mengangkat martabatnya sebagai seorang pelakon. Walaupun yalah, dia bukannya orang yang aku banggakan untuk memegang watak Khaliff, aku rasakan watak yang diberi sesuai. Kalaulah ada actor actor Malaysia tulen memegang watak Khaliff bukankah lebih baik? Tetapi siapa? Takkan Azlan Komeng kot! Ergh! 

Inilah filem aksi yang sepatutnya Malaysia buat. Plot yang simple. Aksi yang teratur dan yang penting ikonik. Lari ada aksi yang cukup buat penonton bercakap cakap lepas keluar panggung. Yang aku sangat kagum ialah aksi pertarungan Khaliff di ladang getah. Aksi yang menggunakan kayu api yang berapi sebagai senjata itu nampak gila babas cun! The best fighting scene in Malaysia lah! Aksinya pula mengagumkan walaupun aku rasa aku pernah tengok fighting scene dengan set hampir sama dalam filem Born To Fight, sebuah filem Thai. 

Lakonan Aaron Aziz memang macam mana korang pernah lihat. Jiwanya memang kalau babak sedih amatlah tak sampai. Tapi, sebagai pemegang watak yang memerlukan dia beraksi, Aaron Aziz ada mimic wajah dan jiwa yang sangat sampai. Mukanya serius memanjang dalam filem ni. Hazama adalah komedian yang sangat best! Dia membuktikan lakonan drama dalam Apa Celop Toqq kini membuktikan yang dia boleh menjadi apa saja! Hazama best! 

Dhira Abu Zahar pula hanyalah biasa biasa. Erin Malik juga biasa. Dua watak yang tidak terlalu menonjol. Malang sungguh untuk Erry Putra bila lakonannya nampak sangat plastik. Malah, aku nampak dialog Thainya sangatlah ‘kayu’ dan kurang menjadi. Tapi, ada momen momen yang baik untuk dirinya juga. Cuma, aku tak rasakan dia ada wajah jahat yang sesuai untuk watak KJ itu. Sekadar pandangan. 

Mike B, itu yang sangat ohsem. Memula aku macam tak percaya jer yang dia jadi main villain dalam filem ni. Dengan misai bagai. Jauh benar penampilannya dari filem Brave di samping Afdlin Shauki dahulu. Malang sungguh dia tidak diberi koreografi aksi yang hebat. Tapi, penampilannya menambah ke’international’an filem ni. 

Lari tak lari daripada kecacatan. Aku nampak final fight filem ni nampak sangat berwawasan tinggi. Ya, aku amat suka aksi fighting tambah tembak menembak di rumah pelacuran. Tapi, aku berdukacita sebab aku tak dapat tengok Mike B lawan Aaron Aziz dalam one to one fighting scene. Sepatutnya, ada satu pertarungan mega yang menjadi klimaks filem aksi sebegini, tetapi apa yang ada hanyalah ending biasa. 

Adegan kejar mengejar di jalanraya nampak terlalu banyak berlindung di sebalik kelemahan. Aksi kejar mengejar nampak kelam kabut dan babak letupan itu hasilnya tidak terlalu bagus. Aksi kejar mengejarnya tidak jelas dan tidak mampu memberikan perasaan berdebar debar. Tak sampai. Aksi yang lain semua baik. Yang klimaks tu je kurang sikit. 

Dari aku, tahniah untuk krew Lari. Bukan sebab filem ni dibikin di Perlis ke apa tapi sebab filem ni dibikin dengan niat yang baik iaitu memenuhi permintaan penonton yang nak aksi yang bagus. Lari memang jauh dari KL Gangster. Lari jauh dari gangsterisme. Cerita pemerdagangan orang ini lebih bagus dari Jiwa Taiko dari aksinya. Ternyata, Ahmad Idham hampir menjadi seperti Pracha Pinkaew and Gareth Ivan! Salutlah! 

4.5/5

2 comments:

Mawardi Yunus said...

wah kena tgok nie

June said...

Yupp...aku bru tgok filem Lari d channel 131. best giler utk filem tempatan. mcm lagi best jika ada filem susulan, lari 2. ade ke? hehe. katalah filem susulan ni brlaku d bandar KL, tengah Aaron bcuti, die mmbantu isterinya (Dhira) dan adiknya (Erin) bukak restoran. Pastu, ada lak pula adik "penjahat" yng nak balas dendam atas kematian abangnya....mcm best jeerr...mcm syok jerr