Saturday, June 1, 2013

Review: Kil

Bunuh diri bukan mudah. Dan bagaimana kalau tetiba ada orang yang nak bantu untuk kita mati? Persoalan Kil Nampak terbaik. Weird dan terlalu fresh. Posternya cun. Dan memang itulah yang menjadikan aku tertarik nak tonton. Kil arahan Nik Amir Mustapha memang hampir kepada gaya Dain Said dalam Bunohan. Erti kata lain, ‘boring’ mungkin perkataan yang sesuai kalau seseorang itu meminati filem komersil biasa. 

Filem ni bercakap tentang menghargai kehidupan. Bercakap tentang hidup akan dihargai apabila maut semakin mendekati. KIL ialah ‘makhluk aneh’. Dalam dunia cinema Malaysia, aku rasa inilah filem yang mengenengahkan keanehannya yang tersendiri. Life Action Bureau yang direka dan tidak terwujud dalam dunia sebenar. Kisah bunuh diri yang agak janggal untuk diceritakan. Cinta yang agak complicated. Takdir tuhan yang tidak terduga. Semuanya menjadikan Kil sebuah persembahan yang agak lain dari yang lain. 

Ini adalah pengalaman sinema Malaysia yang berbeza. Sebagai sebuah filem indie, pasti jangan dibandingkan Kil dengan filem filem komersial yang lain. Kil tidak punya moment yang buat kita rasa wow, haha dan juga ummm.. Semua babak Kil adalah momen indie yang perlu dihurai menggunakan kitab indie yang tersendiri. Hmm… boleh aku katakan pengalaman menonton Kil boleh aku kira macam menonton Bunohan. 

Apa yang aku nak kata di sini, Kil bukan dibina untuk peminat filem Melayu tipikal. Ianya sebuah evolusi dan juga perubahan dan hanya orang yang meminati perubahan itu yang tahu menilai Kil. Pada aku, Kil tidak buruk. Malah, sinematik momennya amatlah memerlukan kepala hotak yang amat indie untuk berfikir. Setiap babak dibina dengan persoalan yang memerlukan penonton berfikir dan bukannya duduk saja. 

Permulaan filem ni ohsem. Aku rasakan percubaan Kil bunuh diri guna asap eksos itu amatlah baik permulaannya. Dan momentum indie yang memperlihatkan watak mempersembahkan dialog yang nampak amat realistik bagi sebuah filem menjadikan Kil Nampak hidup. Dialognya amatlah real seolah olah pelakon tu tak berlakon langsung. Aku menyukai gaya Cristina Suzanne Stockstill mengucapkan dialognya. Amat realistik. 

Nak mengharapkan momen momen aksi, oh jangan harap. Ini filem banyak babak senyap yang memerlukan penonton pun senyap. Kil banyak syot yang sangat cun. Aku suka walaupun kadangkala beberapa syot seolah olah menyembunyikan ruang yang nampak boleh diperjelaskan lagi. Macam contohnyalah, masa babak Zara nak kemas rumah Akil, katanya rumah tu bersepah, tapi visual bersepah tu tak ada pulak. 

Dalam momentum indie filem ni, Kil tak lari dari kekurangan. Walaupun LAB adalah rekaan yang pada aku mempunyai twist yang agak unik, ada beberapa plot yang menimbulkan persoalan. Pertamanya, aku pelik dengan tindakan Akil yang kejap kata nak pindah sebab tuan rumah nak sewa kat orang lain. Pastu bila Zara datang, katanya tak jadi pindah pula. Eh, bukan tadi tuan rumah tu nak balik rumah tu kan? Takkan tetiba kau tim pulak dengan tuan rumah? 

Dan 'penipuan hebat' dalam bunyi tembakan pistol itu amatlah mengecewakan. Permainan twist itu adalah buruk dan sangat menipu. Aku pelik kenapa mahu letak bunyi tembakan kalau sebenarnya pistol tu palsu? Dan kenapa kau hanya mahu mempermainkan penontoon dengan bunyi tembakan itu sedangkan pistol itu tidak pernah melepaskan tembakan? Sangat sangat tak berapa nak suka dengan penipuan ini. Teruk! 

Overall, dari segi lakonan, amat menyukai lakonan Harun Salim Bachik walaupun bila dia cakap inggeris memang teringat aku kepada Oh My English!. Reza Minhat terbaik dalam gayanya tersendiri. Cristina Suzanne Stockstill pula ada bakat yang sangat hebat. Lakonannya amat menjadi dan aku nampak macam dia jadi diri dia sendiri dalam filem ni tanpa perlu berlakon lebih lebih. Komedinya aku suka wartawan tu. Mula macam kekok je, tapi lama lama sedap pulak mamat tu berlakon! 

Kil menolak jauh tipikal filem filem Melayu. Bagaimana hubungan Zara dan Akil dipersembahkan itu biasa. Tetapi, bagaimana rahsia Zara itu dipersembahkan, itu luar biasa. Walaupun ada sikap berhati hati dalam mengenengahkan isi LAB itu tersendiri, idea biro ini nampaknya rekaan yang menjadi. Akil adalah isi yang memang bukan tipikal. Yakin. Dan ending filem ini amatlah membuatkan korang rasa pelik sebentar untuk hadam sambil kata ‘biar benar endingnya macam ni’ or ‘takkan Zara dan Akil satu kebetulan?’ 

Dengan lagu piano yang banyak melatari filem ni, kalau penonton boring boleh buat lena woh. Bagi aku, Kil antara percubaan yang sangat bagus. Sekurang kurangnya, ada variasi dalam filem kita. Tak salah kot kalau aku katakana filem ni antara filem yang ada syot yang agak cantik bagi tahun 2013. Mungkin nak menghampiri kesempurnaan Bunohan, malangnya beberapa kelemahan menghalang. Apapun, aku nasihatkan penonton filem komersial melayu yang nak cuba kelainan, tonton Kil. Ingat, kalau anda minat Bunohan je anda boleh layan Kil. Dan jangan lupa, ‘Dunia Tanpa Esok’, satu plot kecil dalam filem ini yang tak kurang hebatnya. 

3.5 /5

4 comments:

Muhammad Za'im Mohamad Yusoff said...

As-salam wbt Saudara,

Ini review saya. Tengok hari Khamis. Review saya daripada sudut falsafah bahasa :)

http://zaimterbang.blogspot.com/2013/05/review-kil-2013-falsafah-bahasa-akil.html

Terima Kasih :)

Anonymous said...

Hi, I beg to differ on one point you mentioned above tentang tindakan pelik Akil untuk pindah rumah tapi tak jadi. I think you take that literally kot as in memang dia nak pindah. From my interpretation, he said to Zara he wanna move out as in "I'm preparing to leave the world, so I'm packing my stuffs for LAB and clean evidence". Kan masa di LAB, he asked the consultant about how to make payment, and all his harta is the pay after he is murdered by the anonymous agent. So, I think the lease end and so-called tuan rumah want to sell the house is just an excuse lah kot. White lie mat saleh cakap. Then he changed his mind tak jadi pindah sbb Zara enlighten his life again.Even his Chong pon dia ambik balik from his neighbor kan. Macam u said dah ade orang untuk die bercakap2 and dia also decided to end the contract yang Akil buat ng LAB. So, I think that scene is intentional and tak pelik kot.

Eh terpanjang pulak. Just wanna share what I think after watching KIL. I like your review ;)

Kthanxbye!

Neo89 said...

Belum tengok lagi. Macam best jerr~

farix farique said...

Good comments from anonymous n good review from u. .hidup indie movie. .jyeahh. .KIL pun dah masuk france kan. .