Sunday, June 16, 2013

Novel: Warkah Cinta Berbau Syurga (A Ubaidillah Alias)



WARKAH CINTA BERBAU SYURGA
Penulis: A Ubaidillah Alias
Penerbit: PTS Litera Utama 
beli novel di sini

Warkah Cinta Berbau Syurga pada aku bukan cerita yang banyak menasihat secara direct. Ianya lebih kepada sebuah drama yang moral agamanya diselitkan dengan nafas yang tenang dan bersahaja sekaligus tidak nampak seperti kata kata yang sedang bersyarah. A Ubaidillah Alias membawakan cinta, kehidupan, takdir dan juga ujian dalam satu atmosfera yang sesuai untuk pembaca Malaysia yang mengidamkan karya karya setanding Habiburrahman El-shirazy. 

Pertama kali membaca novel ni walaupun dulu aku pernah nampak kat kedai tapi malas nak beli sebab cover dia tak ada Heliza Helmi, aku rasa getaran ceritanya dari awal hingga akhir. Buku pertama dari kisah hidup Amir ini sebenarnya memulakan kisah hidup lelaki bernama Amir ini dari awal. Kisah cinta monyet menjadi taruhan bahagian pertama novel. Apa membezakan cinta ini dengan novel lain, ianya bersulam agama. 

Aku menyukai cinta utus utus surat yang dibina. Walaupun aku tahu, utus utus surat ni macam tak relevan dalam dunia reality dan di zaman FB dan handphone pintar ni, perkara itu mewujudkan romantikanya yang tersendiri. Wardah dipapar sebagai seorang manusia yang berperwatakan biasa sekaligus mewakili remaja yang mahukan cinta sepertimana yang mereka nampak dari morality Barat. 

Novel ini lebih berat menceritakan watak Amir itu sendiri. Dalam novel ni, Amir dibina dengan egonya yang tersendiri. Dan paling penting, dia sangat hot sehinggakan banyak gadis mahukannya. Jadi, siri cinta Wardah, Balqis dan Eliana disulam dalam cerita yang tak ubah seperti cerita moden tetapi pada masa yang sama, dengan ilmu agama si penulis, ianya membezakan antara novel hiburan biasa dan novel hiburan beragama. 

Umumnya, Warkah Cinta Berbau Syurga bercerita tentang hubungan cinta yang halal, kehidupan yang perlu dihadapi dengan kesabaran, dan juga dugaan tuhan yang sentiasa datang. Bagi Amir, cinta itu ujian baginya. Bagi Wardah, cinta itu pula anugerah. Dan bagi Balqis pula, cinta itu harapan. Bagi yang meminati novel islamik dan sudah menonton drama adaptasi di tv Al Hijrah, pasti versi novel ini antara jiwa tertinggal yang harus dimiliki. 

4/5

No comments: