Akan Datang!

Monday, May 20, 2013

Review: Star Trek - Into Darkness

Star Trek bukan cerita aku. Aku tak minat Star Wars, dan aku tak minat Star Trek. In fact, aku tak pernah ambil kisah pun Star Trek versi reboot yang diterbitkan tahun 2009. Tapi entah kenapa, mungkin kerana trailer yang agak bagus di Youtube, dan juga musim ‘hero jatuh’ yang hangat dipaparkan di segala sisi hero, aku rasa tertarik untuk tonton Into Darkness. Kepercayaan aku, buat apa kalau tonton sekuel kalau tak tengok yang pertama. Jadi, aku tonton yang pertama, dan aku sudah jatuh hati sama Star Trek!

Into Darkness memang sekuel yang memuaskan. Aku rasa JJ Abrams memang berjaya tarik aku yang memang tak kisah langsung pasal filem kesatuan alien alien secakerawala ni. Bila pertama kali menyaksikan Star Trek pertama, semua permulaannya senang nak dihadam walaupun ada beberapa subjek si fi yang aku sukar hadam. Paling payah ialah ‘old Spock’. Ya, amat sukar untuk aku realitikan imaginasi tu dalam fikiran. 

Ok, berbalik kepada Into Darkness, pada aku, setelah JJ Abrams berjaya menjadikan filem Star Trek ini ikut acuan baru, aku rasa fannya makin berkembang. Aku suka garapan penulis penulisnya yang conform korang tahu pernah menulis untuk filem filem besar macam Transformers salah satunya. JJ Abrams tidak menunggu lama untuk memberikan aksi. Dan aku pula meletakkan expectation yang tinggi untuk melihat non stop action depan mata ternyata tak kecewa. 

Planet Nibiru cantik walaupun aku rasa macam tengok sami yang berevolusi ja. Visualnya amat memukau. Memang amat hebat. Gambaran bumi memang ohsem. Tidak jauh macam gambaran filem filem si fi lain Cuma entah kenapa aku rasakan visualnya amat ‘star trek’. Mungkin sebab uniform yang menjadi kewajipan itu yang terlalu menonjol agaknya. 

Watak Khan mungkin akan mengecewakan peminat Star Trek. Wataknya muncul dalam ‘tradisi’ bagaimana Robin diperkenalkan dalam The Dark Knight Rises. Mungkin akan sedikit membunuh harapan penonton setia Star Trek, tetapi bagi aku yang merupakan follower baru, aku rasa tak ada masalah dengan hal itu. Khan dalam The Wrath of Khan dan Into Darkness amat berbeza. Dan lawaknya, bila Khan kata ‘My Name Is… Khan’ pantas saja otak aku teringan filem My Name Is Khan yang lakonan Shah Rukh Khan. 

Scotty taklah komedi sangat. Spock dan kekasihnya pula Uhura diberi masalah walaupun nampaknya konflik itu tidak memberi impak sangat kepada filem ini. Sekejap ada sekejap tak ada. Iyalah, sedang Uhura tengah berkonflik, Spock akhirnya memilih untuk menangis atas kematian Kirk! Dan ianya sesuatu yang agak baik apabila ada beberapa adegan yang agak bagus untuk memberi emosi walaupun JJ Abrams seolah olah ‘mengoncang ketika tengah feeling’. Tengok saja bila Spock dan Uhura tengah menyelesaikan masalah ketika mereka nak ke Kronos, boleh pulak tiba tiba ship kena serang. 

Memang JJ meletakkan beberapa emosi yang corner tajam dalam filem ni. Iyalah, macam aku cakap tadi, tengah dok sweet sweet layan romantika, tiba tiba aksi pun mula. Dua jam penuh aksi dan drama. Semuanya sebuah sci fi yang baik. Yang paling penting, ianya tidaklah menerima tempias ‘hero jatuh’ yang sedang menjadi jadi sekarang ni. 

Semejak aku tonton first Star Trek, aku rasa pelik bila Karl Urban memegang watak kecil yang pada aku amatlah biasa. Aku tak kisah kalau Simon Pegg jadi pak lawak dalam filem ni sebab kelawakan dia menceriakan MI4. Tetapi atas sebab filem ini wujud atas kerjasama kru kru Enterprise, rasanya bagus kalau nanti dalam sekuel akan datang aku nak tengok watak Bones lebih penting dari hanya sekadar membawa torpedo. Namun, karakter yang agak banyak mungkin menyebabkan aku rasa ianya mustahil. 

Dalam bahasa bumi, aku nak kata yang star trek memang ohsem. Pengembaraannya luar imaginasi. Jika JJ salah buat, mungkin scene dalam kapal Enterprise tu akan nampak ‘bodoh’. Tapi, JJ dengan kebijaksanaannya membawakan suasana kapal Enterprise versi updated yang mengagumkan. Ternyata filem yang sebegini nampak luar biasa apabila menerima sentuhan yang agak berbeza. Aku rasa, kalau Michael Bay mahu bersara daripada buat siri Transformers, JJ Abrams mungkin pengganti yang baik.

4/5

No comments:

Review: Kingsman 2 - The Golden Circle (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Matthew Vaughn Pelakon | Colin Firth, Taron Egerton, Julianne Moore, Halle Berry Tak banyak filem ...