Akan Datang!

Wednesday, May 15, 2013

Review: Mencari Cinta

Kalau teknikalnya kemas dan bagus, rasanya filem ini boleh duduk setaraf Ombak Rindu. Yalah, walaupun sebelum ni aku dok dengar yang orang banyak bercakap pasal adegan panas Rusdi Ramli dan Nora Danish lebih dari filem itu sendiri, aku tergerak hati untuk membuang hal tu jauh jauh. Apa kata kita lihat ceritanya daripada hanya bercakap tentang hal ranjang yang hanyalah menjadi paparan sebahagian daripada kisah cinta Razlan dan Humaira ini. 

Aku boleh ibaratkan cinta mereka epik walaupun halangan yang mereka tempuhi amatlah terlalu biasa! Macam Ombak Rindu, Shirin nampaknya membina perasaan ego itu dalam diri Humaira dan juga kelembutan si lelaki dalam watak Razlan. Di sini jauh larinya kalau nak dibandingkan dengan Ombak Rindu. Kali ini, filem Mencari Cinta menyelongkar ego wanita dan apa yang ada di sebaliknya. Memang awal tu aku tengok ada jugak macam drama Bawang Putih Bawang Merah sikit sikit. Tapi Shirin tahu, ini bukan sinetron. So, dia sederhanakan ‘kekejaman’ lalu menyuntik ‘dendam rindu’ dalam ego Humaira. 

Kredit title awal filem amat teruk. Serius rasa geli bila tengok font tajuk filem ni. Ah, di situ kurangnya first impression aku terhadap filem ni. Beberapa pandangan buruk dah mula nampak. Namun nasib baik ceritanya tidaklah seburuk yang disangka. Shirin berjaya menutup beberapa kelemahan dan kebiasaan filem cinta dengan baik.

Memang cantik pada ceritanya walaupun apabila aku sudah dapat mengagak yang dua kisah ini, iaitu Humaira dan Razlan yang mana berkongsi takdir akan mengalami jalan cerita yang hampir sama. Kalau ditutup mata tentang konflik kekasih lama datang balik tu, boleh aku katakan yang gandingan Nora Danish dan Rusdi Ramli amatlah meyakinkan. 

Nora Danish mempamerkan sisi kemanjaannya yang agak comel dan kadangkala boleh membuatkan penonton segelintirnya hanyut dalam dendam rindunya. Razlan pula menjadi satu pelembut hati kepada ego Humaira. Dengan tenang dan bersabar, Shirin menunjukkan satu sisi lelaki yang aku rasa hanya boleh ditonton di dalam drama tv je. Jarang nak angkat watak lelaki sebaik itu ke dalam panggung wayang. Ini kali pertamalah aku tengok watak sebegitu. 

Macam aku cakap tadilah, kalau teknikalnya kemas dan baik, pasti filem ni boleh jadi sehebat Ombak Rindu. Pertama, visualnya, pergerakan kameranya cantik. Aku tak ada masalah dengan itu. Cuma, beberapa pertukaran babak ke babak terlalu pantas sehingga menghilangkan mood. Kalau orang yang tak tahu apa apa, pasti diorang ingat LPF potong. Paling kacau stim ialah masa mak bapak Humaira merancang nak kahwinkan Humaira lepas Malik lari. Tak sampai few second, tukar babak pi ke rumah Razlan. At least, kalau berikan diam sebentar sebelum tukar, itukan lebih bagus. 

Beberapa plot kecil yang tidak dapat dibawa dengan baik. Contohnya, bila Humaira bertanya dengan suaminya tentang Milah, dari mana dia tahu tentang Milah? Atau, kalau dia tahu tentang Milah pun, kenapa masa tu? Kenapa tak awal awal cerita sikit ke. Aku paling confuse dengan adegan akhir filem ni walaupun aku rasakan ianya cantik. Di antara babak bangsal terbakar dan Razlan dan Humaira di padang, ada apa apa yang tertinggal ke? Kenapa Razlan bercakap tentang lari? Penjelasan yang tak berapa jelas. Dia terselamat, dan kemudian lari kah? Macam mana tu. 

Aku agak rimas dengan lagu tema yang asyik repeat all over again lepas babak ke babak. Kadang kadang, rasa macam romantik tu ditanam terlebih dos dalam sesetengah babak. Dan ya, honestly, babak ora Danish pose seksi depan kipas dan Razlan terpana tengok tu amatlah tak sesuai. Boleh buat idea lain kot untuk menjauhkan komedi dari filem yang full romantik nih. Serius tak sesuai scene tu.Oh ya, scene Rusdi Ramli buka baju mengalahkan scene Jacob buka baju pulak. Banyak benar! 

Overall, aku simpulkan yang Mencari Cinta sangat sweet dan conform buat korang menangis. Itu pun kalau korang betul betul hati jiwang. For husband and wife yang baru kahwin, pasti akan rasa feeling filem ni. Bagi aku, aku yang hati jiwang kadang kadang ni ada feel jugak dengan filem ni. Kekemasan adegan akhir, dan keutuhan cinta Humaira Razlan antara penyumbang kehebatan cerita. Malangnya, ketidakkemasan di beberapa babak nampak cuba menjadi kekurangan tetapi gagal. 

Dengan ayat puitisnya yang sangat menarik, dengan lakonan Rusdi dan Nora yang cantik, dan dengan epic cinta ala Ombak Rindu yang menjadi, Mencari Cinta hampir ke sebuah filem cinta agung yang baik. Seperti aku kata tadi, hanya kekemasan teknikal sahaja yang menghalang filem ni untuk diklasifikasikan sebagai sebuah filem hebat. Mencari Cinta menceritakan tentang cinta selepas kahwin. Plotnya simple, tetapi mampu menyentuh hati. Bagi sesetengah oranglah! 

3.5/5

No comments:

Review: Kingsman 2 - The Golden Circle (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Matthew Vaughn Pelakon | Colin Firth, Taron Egerton, Julianne Moore, Halle Berry Tak banyak filem ...