Akan Datang!

Tuesday, May 28, 2013

Novel: Gadisku, Wan Adnin (Noor Suraya)


Gadisku, Wan Adnin
Penulis: Noor Suraya
Penerbit: Adiwarna

Kenangan dan sejarah adalah isi utama buku ini. Noor Suraya yang bukan orang calang calang menggunakan sepenuhnya pengetahuan dalam membina plot novel ini. Itu yang aku dapat dari kuit belakang buku ini dan juga berdasarkan apa yang aku tahu tentang siapa sebenarnya Noor Suraya. Buku ini bukan karangan ringan. Ada isinya, ada isunya dan ada persoalan besar yang bukan hanya sekadar cinta yang diutarakan. Klasiknya buku ini, ianya berbicara tentang cinta darjat yang sangat besar pemahamannya.

Noor Suraya memulakan bab bab awal buku novel ini dengan bahasa yang sangat indah. Dekat di hati, ianya laras sastera yang amat mementingkan nahu dan juga lenggok yang menarik. Diperkenalkan Adnin dengan amat manis seperti gambaran watak itu juga. Dan aku sendiri dapat bayangkan Adnin itu bagaimana dalam novel ini. Merah delima, sopan, baik budi dan malangnya ada satu penghalang iaitu neneknya. 

Ini adalah kisah soal darjat. Ini kisah soal cinta yang terletak di bumi yang nyata. Dan itulah menyebabkan aku semakin lama sukar untuk membawa indahnya cerita ini semasa membacanya. Cerita Akhtar dan Adnin nampaknya lebih banyak didasari ‘explanation’ daripada tingkah laku sendiri menyebabkan aku rasa kebosanan dalam memahami keseluruhan cerita. Mungkin bukan salah penulis, cuma aku yang agak kurang biasa dengan cerita sebegini. 

Namun, keseluruhannya aku paham apa yang Noor Suraya mahu cakap. Penulis sebenarnya tidak menceritakan Adnin sebagai sebuah objek utama. Apa yang aku lihat di sini, penulis sebenarnya cuba bercerita tentang nenek Adnin yang dari satu sisi nampak menekankan isu kasta dan juga pangkat yang diketengahkan. Tok Bonda adalah symbol kebongkakan dan juga isu darjat dan pilihan hati yang menjadi perbincangan novel ini. 

Ada cinta tiga segi yang  tidak seperti romantik novel biasa. Penulis nampaknya mendekatkan Adnin, Akhtar dan Raja Izhar dengan isi isi yang berbentuk kiasan dan sindiran terhadap tingkahlaku orang kita. Dan aku rasakan penulis tidak menekankan ceritanya untuk dihayati tetapi penulis mahu bercakap sesuatu di dalamnya melalui semua perlakuan dan tindakan yang diberikan.

Setting kampung dan laras bahasa yang lebih ‘utara’ nampaknya mendekatkan diri aku dengan buku ini. Uniknya, pelat Kedah tidak dimasukkan. Hanya susunan tatabahasa sahaja kelihatan utara. Hal ni sekaligus menjauhkan tipikaliti dialog utara yang orang luar selalu dengar. Itu best!

Malah, pantun, dan juga ayat ayat puitis menghiasi buku ini. Ternyata walaupun aku kurang menggemari pergerakan plotnya, ayat ayat itu buat aku terbuai. Mungkin kalau aku bercinta nanti boleh pakai. Kih3. Noor Suraya memang seorang penulis yang penuh dengan bahasa puitis yang sangat indah. Tak percaya? Buku ini buktinya. 

Pendeknya, aku cuma nak katakan yang cerita dalam Gadisku, Wan Adnin ini nampak amat berat pada aku. Aku mengharapkan Adnin yang lebih ‘novel’, malangnya Noor Suraya memberikan Adnin yang lebih real. Mungkin ada yang suka, dan mungkin ada yang tak. Pada aku, walaupun aku tidak menggemari plotnya yang simple dan kurang ‘umph’ pada peribadi akulah, ending cerita ini buat aku terharu jugak. Kasihan dengan kisah hidup Tok Bonda dan kisah kesabaran Adnin. 

Dari kisahnya, aku tertanya tanya, adakah kisah Adnin ini diangkat dari satu kisah benar atau bagaimana? Bukan apa, kisahnya nampak berpijak di bumi yang nyata. 

3/5

No comments:

Review: Kingsman 2 - The Golden Circle (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Matthew Vaughn Pelakon | Colin Firth, Taron Egerton, Julianne Moore, Halle Berry Tak banyak filem ...